You are on page 1of 3

Minit Mesyuarat Panitia Sains Sekolah Kali pertama Sesi 2023/2024

Sekolah Kebangsaan Maras,Kuala Nerus.

Tarikh : 3 Mei 2023


Hari : Rabu
Masa ; 1.15 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat
Pengerusi Mesyuarat : Puan Siti Salwana binti Halim
Kehadiran :

Cg.Shamsul Anuwi Bin Othman - Guru Besar


Cg Siti Salwana binti Halim - Penolong Kanan Pentadbiran
Cg.Zainuzi bin Abdul Rashid - Penolong kanan ko kurikulum
Cg. Zalena bt Yusof - Ketua Panitia Sains
Cg. Wan Salwani binti Wan Leh - S/U Panitia Sains
Cg. Hasmarina binti Hanafi - AJK

Agenda 1 : Ucapan Pengerusi Mesyuarat

1. Mulakan mesyuarat dengan membaca surah Al-Fatihah dan ucap terima kasih atas

kehadiran semua guru pada hari ini.

Agenda 2 :Pengesahan minit Mesyuarat

2.1 Cikgu Hasmarina mencadangkan minit mesyuarat ketiga 2022 diterima tanpa pindaan.
2.2 Cikgu Zainuzi menyokong cadangan tersebut.

Agenda 3 : Ucapan Guru Besar

3.1 Mengucapkan tahniah kepada panitia sains kerana berjaya mengadakan mesyuarat
panitia sains kali pertama bagi sesi 2023/2024

3.2 -Susulan lawatan Timbalan PPD dan pegawai SISC harap guru-guru dapat menambah
baik bilik sains. Harap dapat menambahbaik Bilik sains ,dengan mengadakan gotong royong
bilik sains masa PLC.

3.3 Berharap ada penambahbaikan bilik/makmal sains dan pdp dapat menggunakan
makmal sains sepenuhnya.

3.4 Harap guru dapat mempelbagaikan Teknik pengajaran dan pelbagaikan aktiviti untuk
murid supaya mata pelajaran sains menjadi mata pelajaran kegemaran murid.

3.5 Berharap cikgu yang opsyen sains dapat membimbing guru lain.

3.6 Memastikan dari jauh orang tahu bahawa itu makmal atau bilik sains.

3.7 Galakkan murid menyertai aktiviti sains dan STEM.


Agenda 4 :Kewangan panitia

4.1 Pengerusi memaklumkan kepada ahli duit panitia ada rm933 sebelum ditolak ada
rm800.
4.2 cikgu-cikgu perlu rancang pembelian ikut buku teks kelas yang diajar.

Agenda 5. : Perkara Berbangkit

3.1 Tiada perkara berbangkit.

Agenda 6 : Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) dan post mortem

6.1 PKP menjelaskan konsep dan prinsip UASA merupakan ujian peringkat sekolah dan
dilaksanakan sebagai sebahagian daripada PBD sumatif pada akhir kalendar
akademik.
6.2 UASA adalah untuk menguji tahap kognitif murid dan bukan untuk membandingkan
prestasi atau pencapaian antara murid, sekolah, daerah dan negeri.
6.3 UASA melibatkan murid tahap 2 sahaja di sekolah rendah.
6.4 Beri pendedahan awal kepada murid tentang UASA supaya anak murid kita
cemerlang.
6.5 Mohon tengok semula murid yang tp1 dan tp2 .

Agenda 7 :Perancangan strategik

7.1 Guna pakai yang tahun 2022/2023 dan ikut perkembangan semasa.

Agenda 8 : Perancangan aktiviti tahunan

8.1 Lawatan ke pusat sains .


8.2.Projek sains
8.3 Cadangan kelas tambahan sains selepas kelas.
8.4 Gb cadangkan untuk adakan bengkelsains untuk UASA untuk tahun 6 dan tahun 5.
8.5 Beli buku latihan untuk guru sahaja.
8.6 Minggu sains bulan September

Agenda 9 :Rpt dan penulisan Erph

9.1 boleh pilih mana yang sesuai

Agenda 10 :Penyemakan buku latihan murid

10.1 Semak buku latihan murid


10.2 Guru mengajar suruh murid ambil gambar dan hantar ke group kelas.
10.3 Untuk semakan pentadbir akan beri Tarikh.

Agenda 11 : PLC /Kursus dalaman

11.1 Telah buat Bersama guru-guru.

Agenda 12 :Bilik sains

12.1 Mengadakan gotong royong bilik sains pada waktu PLC.


12.2 Pastikan dari jauh orang tahu itu bilik sains.
12.3 Setiap rabu gotong royong.

Agenda 13 : Hal-hal Lain

13.1 PKP berharap semua guru dapat patuh dengan jadual kerja seperti penandaan,
penskoran dan sebagainya yang berkaitan degan UASA.
13.2 Pastikan semua guru kelas dapat menyemak maklumat murid dalam kelas masing-
masing.
13.3 Pk 1 cikgu Siti Salwana mencadangkan untuk buat taman sains.
13.4 Gb mengusulkan murid yang bermasalah untuk dirujuk kepada kaunselor.
13.5 Cikgu Zalena meminta supaya dapat menukar papan putih untuk bilik sains.

Agenda 14 : Ucapan Penangguhan

14.1 Pengerusi berharap semua perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat hari ini dapat
diambil tindakan segera oleh semua guru.
14.2 Mengucapkan ribuan terima kasih atas kerja buat semua guru.
14.3 Mesyuarat ditangguhkan pada 3.00 petang dengan membaca tasbih kifarah surah al-
Asr.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

………………………………. ………………………………….
(WAN SALWANI BINTI WAN LEH ) (SITI SALWANA BINTI HALIM)
Setiausaha Panitia Sains, PEN.KANAN PENTADBIRAN
SK Maras, SK Maras.
Kuala Nerus, Terengganu. Kuala Nerus, Terengganu.

You might also like