You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS KALI KEDUA SESI 2017 SK SUNGAI BATU

Tarikh : 14 Februari 2017


Hari : Selasa
Masa : 1.30 petang
Tempat : Bilik Sains
Kehadiran :
1. En. Mohd Zafrullah bin Kamarozaman (Ketua Panitia)
2. Pn. Nurul Wahida binti Hamdan
3. Pn. Fadzlyaton binti Zainol
4. Pn. Eda Rohani binti Che Deris
5. Pn. Asitah binti Ibrahim
6. Pn. Lai Ooi Leng

Agenda :
1. Ucapan alu-aluan daripada Ketua Panitia Sains
2. Pengesahan minit mesyuarat kali pertama
3. Dapatan Nazir
4. Perancangan Bulan Sains dan Matematik
5. Soalan Peperiksaan
6. Penutup

Bil Perkara Tindakan


1. Ucapan Alu-aluan Ketua Panitia Sains

1.1 En. Mohd Zafrullah bin Kamarozaman selaku Ketua


Panitia Sains mengalukan kehadiran semua guru panitia
Sains ke mesyuarat panitia sains kali kedua bagi tahun
2017.

2. Pengesahan Minit Mesyuarat Kali Pertama

2.1 Minit Mesyuarat Kali Pertama telah disokong dan


dicadangkan oleh:
 Pencadang : Puan Fadzlyaton binti Zainol
 Penyokong : Puan Lai Ooi Leng

3. Dapatan Nazir

3.1 Menurut Ketua Panitia, berdasarkan lawatan nazir pada


tahun lepas, beliau menekankan beberapa aspek penting
bagi penambahbaikan Panitia Sains iaitu:
 Penyemakan Kerja Murid
 Penerapan Elemen KBAT
 Bahan dan Radas
 Perekodan Data dari Pentaksiran Prestasi Murid
 Pencerapan
 PCG
3.2 Penyemakan kerja murid dilaksankan setiap bulan, iaitu
10 sampel hasil kerja murid setiap kelas yang diajar oleh
guru panitia akan dihantar secara rawak bagi tujuan Semua guru
penilaian Ketua Panitia atau Ketua Bidang Sains dan panitia
Matematik. Ketua Panitia menyatakan bahawa setelah
menyemak hasil kerja murid bagi setiap tingkatan bagi
bulan Februari, beliau mendapati hasilnya tidak begitu
memuaskan. Ketua Panitia mahu kesemua guru panitia
memastikan hasil kerja murid lengkap dan menyuruh murid
untuk menyiapkan kerja atau membuat pembetulan
tersebut secepat mungkin.

3.3 Di dalam dapatan nazir juga ada menyentuh berkaitan


Penerapan Elemen KBAT dalam pembelajaran dan Semua guru
pengajaran. Ketua Panitia menyarankan kesemua guru panitia
panitia supaya menyelitkan elemen tersebut dalam PdP.
Elemen KBAT boleh diwujudkan dalam soalan. Ketua
Panitia menyatakan bahawa nazir mencadangkan supaya
kesemua guru panitia membuat perancangan dan
memperbanyak soalan-soalan yang berbentuk KBAT bagi
merangsang murid untuk berfikir dengan lebih mendalam.

3.4 Ketua Panitia juga menyatakan bahawa melalui dapatan


nazir, beliau menyarankan kesemua guru panitia sains Semua guru
supaya memaksimumkan penggunaan bahan dan radas di panitia
makmal dalam PdP. Walaupun makmal sains mempunyai
bahan dan radas yang terhad dan tidak mencukupi namun
nazir menyarankan supaya guru panitia menggunakan
bahan dan radas tersebut seadanya semasa menjalankan
eksperimen. Ketua Panita juga mencadangkan supaya
guru panitia sains menggunakan bahan dari luar supaya
PdP berjalan dengan lebih kreatif dan menarik.

3.5 Ketua Panitia juga menyentuh isu mengenai perekodan


data daripada Pentaksiran Prestasi Murid. Ketua Panitia
menegaskan bahawa TOV dan ETR harus ada bagi setiap Semua guru
ujian sumatif yang dijalankan. Ketua Panita menyatakan panitia
bahawa, contoh templat rekod prestasi murid boleh
didapati daripada beliau.

3.6 Ketua Panitia memberitahu bahawa beliau akan


mengadakan pencerapan terhadap kesemua guru sains
bagi menganalisis kekuatan dan kelemahan proses Pdp
yang dijalankan oleh guru tersebut. Selain itu, Ketua
Panitia menggalakkan kesemua guru panitia supaya
melaksanakan PLC antara rakan-rakan guru panitia
supaya dapat menambahkan ilmu pengetahuan dan boleh
diterapkan dalam pembelajaran dan pengajaran masing-
masing.

3.7 Ketua Panitia menyatakan beliau belum menerima berita


mengenai kemasukan wang PCG. Ketua Panitia akan
sentiasa mengikuti perkembangan melalui unit pentadbiran
sekolah mengenai hal ini supaya segala aktiviti dan
perancangan akan berjalan seperti yang dirancang. Ketua
Panitia menyatakan sekali lagi bahawa 60% daripada PCG
akan dibelanjakan bagi bahan dan radas. Beliau juga
menyatakan bahawa Sarawak Hidro akan memberi
sumbangan kepada sekolah bagi menyediakan bahan dan
radas di makmal.

Semua guru
panitia

dimasukkan dalm RPH. Ketua Panitia mengatakan bahawa


RPH yang baru akan disediakan ruangan kemahiran berfikir
dan meminta semua guru sains menggunakan RPH yang
selaras.
4 Penggunaan alat radas

4.1 Ketua panitia telah memberitahu bahawa guru panitia


sains perlu kreatif dalam menggunakan alatan radas dan
abahan eksperimen. Tidak semestinya mengharapkan alatan
makmal semata-mata. Guru juga boleh menggunakan bahan
luar untuk membantu dalam proses PDP dan melakukan
eksperimen. Walaubagaimanapun, panitia akan
memperuntukan duit PCG tahun hadapan untuk
menambahkan lagi bilangan alatan makmal.
Rekod prestasi murid
5
5.1 Ketua panitia memberitahu supaya ujian foramatif harus
dilakukan setiap kali habis bab. Tempoh ujian formatif adalah
dalam linkungan 30 minit.

5.2 Ketua Panitia menyuruh setiap guru panitia supaya


menyiapkan soalan Ujian Sumatif lebih awal dari tarikh yang Semua guru
ditetapkan bagi mengelakkan sebarang kelewatan.

5.3 Kertas soalan ujian Sumatif juga haruslah mengikut Jadual


Spesifikasi Ujian.

5.4 Guru perlu memproses data yang diperolehi daripada


pentaksiran kepada maklumat prestasi murid secara terperinci
untuk dijadikan asas penjanaan strategi yang berkesan bagi
meningkatkan pencapaian murid dalam akademik. Analisi
item mesti dibuat dan daripada hasil dapatan guru perlu
berbincang untuk wujudkan program / aktiviti yang dapat
meningkatkan prestasi akademik murid.
6 Pencerapan dan PLC guru panitia Ketua Panitia
6.1 Daripada dapatan Nazir, Ketua panitia perlu membuat & guru panitia
nalaisis kekuatan dan kelemahan setiap guru dan perlu
dicerap secara sistematik supaya prestasi guru
meningkat. Oleh yang demikian, KP sains akan
membuat pencarapan secara PLC bagi menganalisis
kekuatan dan kelemahan setiap guru berdasarkan
pencerapan tahun semasa. Mulai tahun hadapan, PLC
akan dijalankan secara berkala.
6.2 Puan Normila meminta supaya guru yag
berpengalaman untuk selalu berkongsi pandangan dan
ilmu kepada guru baru supaya dapat membantu guru
dalam menigkatkan kemahiran pdp mereka.
7 PCG Ketua Panitia
7.1 Ketua panitia menyatakan bahawa duit PCG telah 100%
digunakan pada 26 September 2016. Dimana sebahagian
besar duit tersebut dibelanjakan untuk pembelian bahan radas
makmal sekolah yang kurang.
8 Hal – hal lain Ketua Panitia
8.1 Encik Jan Tusau memohon supaya setiap guru diberikan
kelas yang sama tingkatan bagi mengajar subjek Sains pada
tahun hadapan bagi memudahkan persiapan dan
meningkatkan kemahiran guru.
KP mengatakan bahawa dia akan berusaha untuk
memudahkan kerja guru sebaik yang mungkin.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.40 petang.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

……………………. ………………………………..
(NURUL WAHIDA BINTI HAMDAN) (MOHD ZAFRULLAH BINTI
Setiausaha Panitia Sains KAMAROZAMAN)
SK Sungai Batu Ketua Panitia Sains
SK Sungai Batu

You might also like