You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS KALI PERTAMA SESI 2019

SMA SUNGAI PETANI

Tarikh : 14 Februari 2019


Hari : Selasa
Masa : 2.30 petang
Tempat : Makmal Sains
Kehadiran :
1. Pn. Norazian binti Ta’at (Ketua Panitia)
2. Pn. Mardiyana binti Mohd Nayan

Agenda :
1. Ucapan alu-aluan daripada Ketua Panitia Sains
2. Maklumat Mesyuarat Panitia Sains PPD KMY
3. Penggunaan alat radas
4. Rekod prestasi murid
5. PCG

Bil Perkara Tindakan


1. Ucapan Alu-aluan Ketua Panitia Sains

1.1 En. Mohd Zafrullah bin Kamarozaman selaku Ketua


Panitia Sains mengalukan kehadiran guru panitia Sains
ke mesyuarat panitia sains kali pertama bagi tahun 2019.

2. Maklumat Mesyuarat Panitia Sains PPD KMY

2.1 Menurut Ketua Panitia, berdasarkan mesyuarat tersebut


pada tahun lepas, beliau menekankan beberapa aspek
penting bagi penambahbaikan Panitia Sains iaitu:
 Penyemakan Kerja Murid
 Penerapan Elemen KBAT
 Bahan dan Radas
 Perekodan Data dari Pentaksiran Prestasi Murid
 Pencerapan
 PCG

2.2 Penyemakan kerja murid dilaksankan setiap bulan, iaitu


10 sampel hasil kerja murid setiap kelas yang diajar oleh
guru panitia akan dihantar secara rawak bagi tujuan Semua guru
penilaian Ketua Panitia atau Ketua Bidang Sains dan panitia
Matematik. Ketua Panitia menyatakan bahawa setelah
menyemak hasil kerja murid bagi setiap tingkatan bagi
bulan Februari, beliau mendapati hasilnya tidak begitu
memuaskan. Ketua Panitia mahu kesemua guru panitia
memastikan hasil kerja murid lengkap dan menyuruh
murid untuk menyiapkan kerja atau membuat pembetulan
tersebut secepat mungkin.
2.3 Di dalam mesyuarat itu juga ada menyentuh berkaitan
Penerapan Elemen KBAT dalam pembelajaran dan Semua guru
pengajaran. Ketua Panitia menyarankan kesemua guru panitia
panitia supaya menyelitkan elemen tersebut dalam PdP.
Elemen KBAT boleh diwujudkan dalam soalan. Ketua
Panitia menyatakan bahawa nazir mencadangkan supaya
kesemua guru panitia membuat perancangan dan
memperbanyak soalan-soalan yang berbentuk KBAT bagi
merangsang murid untuk berfikir dengan lebih mendalam.

2.4 Ketua Panitia juga menyatakan bahawa kesemua guru


panitia sains supaya dapat memaksimumkan penggunaan Semua guru
bahan dan radas di makmal semasa PdP. Walaupun panitia
makmal sains mempunyai bahan dan radas yang terhad
dan tidak mencukupi namun nazir menyarankan supaya
guru panitia menggunakan bahan dan radas tersebut
seadanya semasa menjalankan eksperimen. Ketua Panita
juga mencadangkan supaya guru panitia sains
menggunakan bahan dari luar supaya PdP berjalan
dengan lebih kreatif dan menarik.

2.5 Ketua Panitia juga menyentuh isu mengenai perekodan


data daripada Pentaksiran Prestasi Murid. Ketua Panitia
menegaskan bahawa TOV dan ETR harus ada bagi setiap Semua guru
ujian sumatif yang dijalankan. panitia

2.6 Selain itu, Ketua Panitia menggalakkan kesemua guru


panitia supaya melaksanakan PLC antara rakan-rakan
guru panitia ataupun dengan guru dari panitia yang lain
supaya dapat menambahkan ilmu pengetahuan dan boleh
diterapkan dalam pembelajaran dan pengajaran masing-
masing.

2.7 Ketua Panitia menyatakan beliau belum menerima berita


mengenai kemasukan wang PCG. Ketua Panitia akan
sentiasa mengikuti perkembangan melalui unit
pentadbiran sekolah mengenai hal ini supaya segala
aktiviti dan perancangan akan berjalan seperti yang
dirancang. Ketua Panitia menyatakan sekali lagi bahawa
60% daripada PCG akan dibelanjakan bagi bahan dan
radas.

2.8 Ketua Panitia mengatakan bahawa RPH yang baru akan


disediakan ruangan kemahiran berfikir dan meminta
semua guru sains menggunakan RPH yang selaras.
3. Penggunaan alat radas

3.1 Ketua panitia telah memberitahu bahawa guru panitia


sains perlu kreatif dalam menggunakan alatan radas dan
abahan eksperimen. Tidak semestinya mengharapkan alatan
makmal semata-mata. Guru juga boleh menggunakan bahan
luar untuk membantu dalam proses PDP dan melakukan
eksperimen. Walaubagaimanapun, panitia akan
memperuntukan duit PCG tahun hadapan untuk
menambahkan lagi bilangan alatan makmal.

4. Rekod prestasi murid

4.1 Ketua panitia memberitahu supaya ujian foramatif harus


dilakukan setiap kali habis bab. Tempoh ujian formatif adalah
dalam linkungan 30 minit.

4.2 Ketua Panitia menyuruh setiap guru panitia supaya Semua guru
menyiapkan soalan Ujian Sumatif lebih awal dari tarikh yang
ditetapkan bagi mengelakkan sebarang kelewatan.

4.3 Kertas soalan ujian Sumatif juga haruslah mengikut


Jadual Spesifikasi Ujian.

4.4 Guru perlu memproses data yang diperolehi daripada


pentaksiran kepada maklumat prestasi murid secara
terperinci untuk dijadikan asas penjanaan strategi yang
berkesan bagi meningkatkan pencapaian murid dalam
akademik. Analisi item mesti dibuat dan daripada hasil
dapatan guru perlu berbincang untuk wujudkan program /
aktiviti yang dapat meningkatkan prestasi akademik murid.
Ketua Panitia
5. PCG
5.1 Ketua panitia menyatakan bahawa duit PCG telah 100%
digunakan pada 2018. Dimana sebahagian besar duit
tersebut dibelanjakan untuk pembelian bahan radas makmal
sekolah yang kurang.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.00 petang.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

……………………. ………………………………..
(NORAZIAN BINTI TA’AT) (BAKRI BIN OMAR)
Ketua Panitia Sains PK Kurikulum
SMA Sungai Petani SMA Sungai Petani

You might also like