You are on page 1of 4

SPSK PK 07/3

SK KUANG

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN


KESIHATAN
BIL. 2/2018

Tarikh : 5 April 2018


Masa : 2.00 petang
Tempat : Bilik ICT
Kehadiran :
1.
2.
3.
4.
5.
6.

1. Perutusan Pengerusi

Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru kerana sudi menghadiri
Mesyuarat Panitia Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan kali kedua sesi 2018.

Tindakan: Makluman

2. Pengesahan Minit Mesyuarat

Cik Nurulazmira mencadangkan minit mesyuarat Bil. 1/2018 disahkan dan disokong
sebulat suara ahli mesyuarat.

Tindakan: Makluman

3. Perkara-perkara Berbangkit
Tiada perkara berbangkit

4. Pembentangan Kertas Kerja/ Laporan Unit


4.1 Pengajaran dan pembelajaran
4.1.1 Pengerusi menerangkan tentang Rancangan Pengajaran Harian (RPH)
perlu disediaka oleh guru sehari sebelum hari mengajar kelas-kelas
tertentu. Tambahan lagi, pengerusi memaklumkan guru-guru perlu
1
SPSK PK 07/3

memasukkan elemen Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21) di dalam RPH


masing-masing. Ia adalah bagi tujuan persediaan sekiranya terdapat
pemantauan daripada pihak atasan.
4.1.2 Tahun 1 dan 2 telah mula menggunakan semakan Dokumen Standard
Kurikulum Dan Pentaksiran (DSKP) bermula awal tahun 2018. Oleh
yang demikian, guru-guru perlu peka dengan perubahan tersebut di mana
guru-guru perlu menggunakan DSKP semakan yang baru bagi tujuan
Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) serta pentaksiran. Manakala bagi
tahun 3 pula semakan DSKP akan dijalankan pada tahun ini dan akan
digunapakai bermula tahun 2019.
4.1.3 Pengerusi menerangkan serba sedikit RPH yang mempunyai elemen
PAK21 dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) di mana kedua-dua
elemen tersebut boeh diperoleh melalui DSKP.
4.1.4 Elemen EMK dan refleksi hendaklah jelas dan teliti. Pengerusi juga
memaklumkan kriteria kejayaan mestilah sesuatu yang boleh diukur
berdasarkan objektif PdP.
4.1.5 Guru-gru perlu mempelbagaikan aktiviti yang menarik semasa sesi PdP
agar murid-murid tidak berasa bosan semasa sesi PdP.
Tindakan: Makluman/ Guru Kelas

4.2 Pentaksiran
4.2.1 Pengerusi memaklumkan pentaksiran perlu dijalankan untuk mata
pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan.
4.2.2 Terdapat 6 tahap penguasaan yang boleh dicapai oleh murid-murid.
Kriteria untuk setiap tahap penguasaan boleh dirujuk di dalam DSKP.
4.2.3 Tahap pencapaian minimun yang boleh diberikan kepada murid-murid
adalah tahap pencapaian 3.
4.2.4 Guru-guru boleh menjalankan pentaksiran mengikut kesesuaian masa
guru-guru sama ada setiap kali selepas tamat sesi PdP atau selepas tamat
satu-satu tajuk pembelajaran.
4.2.5 Guru-guru boleh menggunakan instrumen pentaksiran seperti
pemerhatian, kerja projek, senarai semak dan latihan untuk tujuan
pentaksiran.
4.2.6 Guru-guru boleh menyimpan instrumen pentaksiran dalam satu fail yang
sama agar boleh digunakan pada masa yang lain.

2
SPSK PK 07/3

4.2.7 Pelaporan Penilaian Bilik Darjah (PBD) perlu diisi sebanyak dua kali
dalam setahun.
Tindakan: Makluman/ Guru mata pelajaran

4.3 Ujian SEGAK


4.3.1 Ujian SEGAK perlu dilaksanakan sebanyak dua kali setahun iaitu pada
bulan Mac dan bulan Ogos.
4.3.2 Murid-murid yang terlibat dengan ujian SEGAK ialah Tahun 4,5 dan 6.
4.3.3 Guru-guru melaksanakan ujian SEGAK pada awal bulan Mac. Rasional
pelaksaan Ujian SEGAK pada awal bulan adalah sebagai persediaan
sekiranya terdapat murid yang tidak hadir dan mereka dapat
melaksanakan ujian pada hari yang lain.
4.3.4 Guru merujuk buku panduan sepanjang ujian berlangsung untuk
mengelakkan kesilapan.
4.3.5 Guru perlu mengisi data keputusan ujian SEGAK di dalam website
Penilaian Aktiviti Jasmani dan Kokurikulum (PAJSK). Tarikh tutup
pengisian data SEGAK sesi Mac pada 30 Jun 2018.
4.3.6 Guru perlu mencetak data keputusan ujian SEGAK dan disimpan di
dalam fail panitia.
Tindakan: Makluman

4.4 BBB/ Peralatan Sukan


4.4.1 Pengerusi memaklumkan bahawa tendapat banyak bola yang rosak dan
tidak dapat digunakan untuk sesi PdP.
4.4.2 Pengerusi memaklumkan supaya guru tidak membenarkan murid
mengambil peralatan di dalam stor sukan tanpa pengawasan guru
Pendidikan Jasmani.
4.4.3 Semua peralatan yang di ambil daripada stor sukan perlu direkodkan di
dalam buku log penggunaan peralatan.
Tindakan: Makluman

4.5 Keselamatan Murid


4.5.1 Pengerusi mengingatkan semua guru supaya dapat menekankan faktor
keselamatan terutama semasa proses pdp supaya tidak berlaku perkara
yang tidak diingini.
Tindakan: Makluman
3
SPSK PK 07/3

5. Hal-hal lain
5.1 Seua guru yang mengajar Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan perlu
menyerahkan profil diri dan jadual mengajar kepada ketua panitia untuk tujua
simpanan fail panitia.
Tindakan: Makluman

5.2 Guru bertanggungjawab menjaga dan membawa keluar barang-barang dari stor
sukan.
Tindakan: Makluman

5.3 Guru-guru tidak boleh membenarkan murid-murid membeli air di kantin semasa
atau selepas sesi Pdp Pendidikan Jasmani.

Tindakan: Makluman

6. Penutup

Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir pada mesyuarat kali ini.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.00 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

............................................. .....................................................
(Pn. Hanani Binti Ishak) (Pn. Nor Selina Binti Ghazali)
Ketua Guru Penolong Kanan
Panitia PJK Kokurikulum
SK (P) Pudu Satu SK (P) Pudu Satu

17 April 2013

You might also like