You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT PANITIA SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN

BIL.1/2019
SMK SERI TARCISIAN CONVENT, 30010 IPOH, PERAK

TARIKH : 31 DISEMBER 2018


MASA : 8.O0 PAGI HINGGA 10.00 PAGI
TEMPAT : DEWAN
KEHADIRAN:

1. Pn. Dermawan Binti Abdul Wadood PK HEM


2. Pn. Siti Aimimah Binti Baba Ketua Panitia
3. Pn. Roshidah Binti Mohd Raus GKMP Sains dan Matematik
4. Pn. Norlela Binti Mohamad Isa Guru Sivik
5. Pn.Hassnah bt Salleh Guru Sivik
6. Pn Sarimah Binti Abd Aziz Guru Sivik
Tidak hadir bersebab: Tiada

Urus setia:
Pn Siti Aimimah Binti Baba Ketua Panitia

1. UCAPAN PENGERUSI
1.1 Pengerusi mengalu-alukan kedatangan guru-guru panitia Sivik dan
Kewarganegaraan ke Mesyuarat Panitia Sivik dan Kewarganegaraan kali pertama
bagi tahun 2019.
1.2 Pengerusi memberi penekanan terhadap beberapa perkara yang dibincangkan
semasa mesyuarat kurikulum kali keempat.
1.2.1 Terdapat beberapa perubahan pelaksanaan dasar pendidikan seperti KSSM,
PAK 21,KBAT dan penggunaan ICT secara meluas dalam PdPc seperti
FrogVLE dan iThink.
1.2.2 Sukatan Pelajaran dan DSKP perlu diselesaikan pada tahun semasa dan
hendaklah sentiasa dirujuk sepanjang tahun.
1.2.3 Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT) mestilah mengikut takwim semasa
sekolah dan perlu mendapat pengesahan daripada pentadbir. RPT juga perlu
disimpan bersama-sama dengan BRM atau fail khas.
1.2.4 Rancangan Pelajaran Harian (RPH) mesti ditulis setiap hari dan mengikut
format yang ditetapkan seperti dalam Pekeliling SPI Bil 3/1999.
1.2.5 Untuk penilaian dan peperiksaan, penyediaan soalan mesti mengikut
ketetapan panitia.
1.2.6 Jadual guru ganti mesti dipatuhi untuk memastikan kelancaran MMI dan guru
bertanggungjawab sepenuhnya atas keselamatan murid dan PdPc murid
yang digantikan.
1.2.7 Pengurusan pengembangan staf akan dijalankan untuk perkembangan PdPc
melalui penyebaran perkara-perkara baharu dan perkongsian idea dari AJK
panitia.
Tindakan: Makluman

2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT


Pn. Sarimah bt Abd Aziz mencadangkan agar minit mesyuarat Bil 4/2018 disahkan dan
disokong sebulat suara.

1
3. PERKARA BERBANGKIT
3.1. Tiada lagi subjek Sivik dan Kewarganegaraan bagi Tingkatan 1, 2 dan 3
3.1.1. Subjek Sivik dan Kewarganegaraan hanya akan dipelajari oleh pelajar
tingkatan 4 dan 5.
Tindakan: Semua guru terlibat
3.1. Penyediaan folio sebagai kerja khusus
3.1.1. Penyediaan folio dalam bentuk kerja secara berkumpulan akan diteruskan.
3.1.2. Pelajar tingkatan 5 akan diberi masa sehingga bulan Jun dan tingkatan 4
sehingga Ogos tahun semasa
Tindakan: Semua guru terlibat

3.2. Program kelolaan panitia


3.2.1. Program kelolaan Panitia Sivik dan Kewarganegaraan belum boleh dijalankan
mahupun dirancang selagi jumlah peruntukan PCG belum diketahui.
3.2.2. Perancangan program akan dilakukan sejurus jumlah perutukan diketahui.
Tindakan: Guru yang terlibat

3.3. Penulisan Buku Rekod Mengajar


3.3.1. Kebenaran telah diberikan untuk penggunaan fail. Guru yang mahu kekal
menggunakan Buku Rekod Mengajar boleh berbuat demikian.
3.3.2. Dua jenis fail mesti digunakan; fail putih besar untuk fail sepanjang tahun dan
fail bersaiz A4 sebagai fail mingguan.
Tindakan: Semua guru

4. PERKARA BAHARU
4.1. PPPM – Anjakan 4 (Mentransformasi Profesion Keguruan Menjadi Profesion
Pilihan)
4.1.1. Gelombang Kedua (2016-2020) ini menekankan pada usaha peningkatan
profesionalisme guru bagi menghasilkan pendidik berkualiti. Memperluas
laluan guru untuk peranan kepimpinan dan pakar dalam bidang khusus
Tindakan: Makluman

4.2. Penyediaan Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) 2019


4.2.1. Penyediaan RPT 2019 telah selesai dijalankan.
Tindakan: Makluman

4.3. Penyediaan soalan peperiksaan bagi tahun 2019


PEPERIKSAAN UB 1 PPT PAT
Tingkatan 4 - Pn Hassnah Pn Norlela
Tingkatan 5 - Pn Sarimah -

Tindakan: Guru berkenaan

4.4. Peruntukan dan Pengurusan PCG


4.4.1. Peruntukan bagi tahun masih belum diketahui. Segala perancangan program
akan dilaksanakan kemudian.
Tindakan: Ketua Panitia

5. HAL-HAL LAIN
5.1. Analisis peperiksaan akhir tahun 2018
5.1.1. Pencapaian pelajar menunjukkan sedikit kemerosotan. Ramai pelajar
mengadu tentang soalan yang susah.
5.1.2. Pencapaian perlu ditingkatkan lagi pada tahun 2019

2
Tindakan: Makluman

5.2. Pelan Tindakan Peningkatan Prestasi Akademik Panitia.


5.2.1. Perlu dirangka untuk memantapkan pengurusan kurikulum dan panitia serta
meningkatkan keberkesanan PdPc.
5.2.2. Ini juga untuk memastikan pelaksanaan penggunaan kepelbagaian teknik dan
BBM dalam PdPc melalui program atau aktiviti panitia dan guru.
5.2.3. Kajian tindakan dan inovasi perlu dilakukan:
 Headcount perlu disediakan untuk setiap tingkatan.
 TOV dan ETR(lonjakan TOV sebanyak 10-20%) bagi setiap murid

Tingkatan 3 & 5 Minggu kedua


Tingkatan 1 & 4 Selepas PPT
Tingkatan 2 Minggu keempat
Tindakan: Semua guru Sivik

5.3. Dokumen Pelan Tindakan Peningkatan Prestasi Akademik Panitia.


5.3.1. Semua guru perlu merancang sebarang projek atau aktiviti untuk
memperbaiki prestasi pelajar dalam kemahiran atau bidang tertentu mengikut
format yang telah diberi.
Tindakan: Guru berkenaan

5.4. Pemantauan Kurikulum Berkualiti


5.4.1. Pemantauan akan dilakukan melalui beberapa medium seperti semakan
Buku rekod Mengajar, pencerapan PdPc, pelaksanaan PLC, semakan
kekerapan latihan murid dan juga pengurusan bilik darjah guru-guru.
Tindakan: Semua guru

5.5. Pengendalian buku latihan mengikut tingkatan.


5.5.1. Guru-guru telah bersetuju untuk menggunakan satu buku latihan sahaja.
Tindakan: Semua guru

6. PENUTUP
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.00 pagi.

Disediakan oleh:
Urus setia
31 Disember 2018

You might also like