You are on page 1of 8

SEKOLAH KEBANGSAAN PANGKALAN TLDM

32100 LUMUT
PERAK

MINIT MESYUARAT PANITIA MATEMATIK BIL 1


TAHUN 2023/2024

Tarikh : 30 Mac 2023


Hari : Rabu
Masa : 12.30 tgh
Tempat : Bilik Mesyuarat SK PTLDM
Pengerusi : Pn. Fatimah binti Sulaiman
Kehadiran : 16 orang

Kehadiran :

1. En. Rohaizan bin Mohamed Hanif (Guru Besar)


2. Fatimah Binti Sulaiman
3. Nor Herda Yanti Binti Mohamed Isa
4. Zanainah Binti Aziz
5. Noryuhaida Binti Yusoff
6. Azmar Binti Omaruddin
7. Mazlifah Binti Mashur
8. Mohd Fahmi Bin Omar
9. Siti Nabila Assilah Binti Alias
10. Masrani Binti Hashim
11. Ratna Saerah Binti Zainal Abidin
12. Noor Hafizah Bt Md Ali
13. Raizatul Azora Binti Ab Rashid
14. Nor Ibriziah Binti Mat Shahizan
15. Rasidah Binti Abd Wahab
16. Ahmad Hamdan Bin Isa

Tidak Hadir :
1. Mohd Firdaus Bin Abdul Rashid (Mesyuarat)

1.0 UCAPAN ALUAN PENGERUSI


1.1 Bacaan Al-Fatihah dan Pengerusi merakamkan ucapan terima kasih kepada En.
Rohaizan bin Mohamed Hanif dan kepada semua guru matematik yang hadir
Tindakan : Makluman

1.2 Ucapan tahniah dan syabas kepada guru-guru kerana telah memberi sepenuh kerjasama
dan sumbangan bakti dalam membantu menguruskan urusan persekolahan sepanjang
sesi persekolahan 2022/2023. Diharapkan guru-guru lebih komited dan dapat
memberikan kerjasama yang baik bagi Sesi Akademik 2023/2024 dalam meningkatkan
kecemerlangan akademik murid-murid.

Tindakan : Makluman

1.3 Pengerusi menyatakan bahawa kesemua guru di dalam Panitia Matematik telah sepakat
untuk meneruskan penggunaan CIDS untuk membuat rekod pengajaran harian.

Tindakan Makluman

1.4 Sesi persekolahan bagi tahun 2022/2023 adalah sebanyak 40 minggu bagi murid Tahun
1 hingga Tahun 5.

Tindakan : Makluman

1.5 Penggunaan buku bagi subjek Matematik adalah hanya sebanyak 2 buah tulis untuk
latihan, buku aktiviti yang dibekalkan oleh KPM dan juga buku teks sahaja bagi
menyahut seruan KPM untuk meringankan beg sekolah murid.

Tindakan : Semua Guru Matematik

1.6 Beliau menegaskan terdapat perubahan pada DSKP Semakan 2017 bagi Tahun 6 dan
guru yang terlibat perlu peka dan membuat rujukan pada DSKP tersebut.

Tindakan : Semua Guru Matematik Tahun 6

1.7 Pengerusi juga berharap aktiviti yang dirancang pada tahun ini dapat dijalankan dengan
lebih baik dan lancar.

Tindakan : Makluman

2.0 UCAPAN PENASIHAT

2.1 En. Rohaizan bin Mohamed Hanif selaku Guru Besar mengucapkan terima kasih atas
kehadiran semua guru Matematik.
2.2 Beliau juga berharap agar semua guru Matematik bekerjasama supaya dapat
meningkatkan prestasi dan meneruskan aktivti-aktiviti panitia supaya kemenjadian
murid dapat dipertingkatkan.

3.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT


3.1 Pengerusi membentangkan minit mesyuarat akhir panitia pada sesi persekolahan yang
lepas.
3.2 Minit Mesyuarat Panitia Matematik yang pertama 2022/2023 dicadang dan disokong
untuk disahkan.
Pencadang : Pn. Azmar binti Omar
Penyokong : Cik Masrani binti Hashim

Tindakan : Makluman

4.0 PERKARA BERBANGKIT


4.1 Tiada
Tindakan : Makluman

5.0 PENGURUSAN PANITIA


5.1 Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran ( DSKP) dan Rancangan Pengajaran
Tahunan (RPT )

5.1.1 Pengerusi memaklumkan bahawa DSKP dan RPT boleh dapatkan dalam link
google drive yang disediakan oleh SU panitia Math yang akan diberikan di
dalam Telegram.
5.1.2 Pengerusi juga menegaskan bahawa RPT perlu diselaraskan bagi semua tahun.
5.1.3 Memastikan guru-guru merancang PdP mengikut Rancangan Pengajaran
Tahunan (RPT) untuk 40 minggu bagi Tahap 1 dan 39 minggu bagi Tahap 2.

Tindakan : Semua guru

5.2 Penyelarasan Kandungan CIDS


5.2.1 Pengerusi menyatakan kandungan di dalam CIDS perlu diselaraskan oleh semua
guru matematik.
5.2.2 Kandungan yang perlu dilengkapkan oleh semua guru adalah seperti berikut :
i. Tajuk
ii. Standard Kandungan
iii. Standar Pembelajaran
iv. Objektif
v. Aktiviti
vi. Impak / Refleksi

5.3 Penggunaan Buku Teks dan Buku Latihan

5.3.1 Semua guru Matematik perlu menggunakan buku teks dan buku aktivti yang
dibekalkan oleh KPM sahaja bagi murid Tahap 1.

5.3.2 Buku kerja yang dibelikan oleh murid perlu disimpan sendiri oleh guru dan
digunapakai sebagai kerja rumah bagi murid Tahap 2.

5.3.3 Sebarang buku kerja tidak boleh berada di dalam kelas kecuali buku yang
dibekalkan oleh KPM dan buku tulis sahaja.

5.3.4 Pengerusi memaklumkan bahawa bilangan buku latihan untuk setiap tahap
ditetapkan seperti berikut,
Tahap 1 : 2 Buah buku latihan
Tahap 2 : 2 buah buku latihan
Tindakan : Semua guru

5.3.5 Pengerusi menegaskan bahawa buku teks wajib digunakan semasa PDPc. Buku
kerja dan buku latihan harus sentiasa disemak oleh guru .Beliau juga memohon
kepada guru-guru supaya memberi penekanan terhadap penulisan
tarikh,hari,garis tepi dan tulisan murid yang kemas.

Tindakan : Semua guru

5.4 Penetapan Latihan Matematik untuk Murid.

5.4.1 Bagi murid Tahap 1,minimum soalan secara terus adalah sebanyak
1 hingga 5 soalan akan diberikan sebagai latihan pada setiap kali
PDP kepada murid sebagai pengukuhan dan pengayaan.

Tindakan: Semua Guru

5.4.2 Bagi murid Tahap 2, panitia telah menetapkan minimum 10 soalan seminggu
yang akan diberikan kepada murid. Soalan latihan yang akan diberi adalah
mengikut tahap perkembangan murid.
Tindakan: Semua Guru

5.4.3 Pn Fatimah mencadangkan aktiviti congak asas pada 5-10 minit waktu PDP
kepada semua murid tahun 1 sehingga tahun 6 tetap diteruskan bagi
membiasakan mereka untuk mengira secara pantas.

5.4.4 Guru besar mencadangkan kepada guru-guru untuk membuat ujian selepas
selesai setiap tajuk bagi memudahkan guru mengenalpasti tahap murid dan ujian
ini adalah untuk simpanan guru-guru dan boleh dirujuk pakai untuk menentukan
tahap PBD murid.

Tindakan: Semua Guru

5.5 Perancangan Aktivti Panitia Tahun 2023/2024

5.5.1 Pengerusi memaklumkan bahawa aktiviti yang akan dilaksanakan mestilah


mendapat kerjasama semua guru matematik supaya program dan aktiviti yang
dilaksanakan dapat berjalan lancar.

Tindakan: Semua Guru

5.5.2 Aktiviti bagi murid yang telah dibincangkan adalah :

i. Minggu Matematik
 Mengadakan Minggu Matematik melibatkan murid Tahap 1 dan 2.
 Aktiviti bersuaian dengan tahap murid.

ii. Program Pantas Sifir


 Murid yang paling pantas menghafal sifir akan dipilih oleh guru Matematik
mengikut kelas dan akan diberikan ganjaran.

Tindakan: Semua Guru

5.6 Pengurusan Kewangan dan Perbelanjaan Panitia


5.6.1 Pengerusi memaklumkan peruntukan sebanyak RM1762.10 telah diberikan
kepada Panitia Matematik.
Tindakan: Makluman

5.6.2 Pengerusi menyatakan sekiranya ada peralatan atau BBM yang diperlukan untuk
memaklumkan kepada beliau untuk disenaraikan.
Tindakan: Makluman

5.6.3 Peralatan untuk membantu proses PDP seperti alat pembilang dan bahan maujud
yang lain perlu ditambah untuk membantu proses PDP dengan lebih baik.

5.6.4 Peralatan Matematik yang sedia ada akan diletakkan pada satu tempat yang akan
dipilih dan guru-guru perlu bekerjasama untuk memastikan peralatan yang masih
boleh digunakan dapat disimpan dan diletakkan pada tempat berkenaan dengan
kemas dan teratur.

6.0 HAL-HAL LAIN

6.1 Guru-guru diingatkan supaya penggunakan laras bahasa matematik yang betul dan tepat
supaya murid dapat memahami sesuatu tajuk dan sub tajuk dengan lebih mudah.

6.2 Guru-guru juga diminta supaya lebih rasional dan sentiasa meletakkan etika perguruan
ketika mengajar supaya penyampaian PDP dalam dijalankan dengan lebih baik serta
murid dapat memahami sesuatu pembelajaran megikut tahap dan kebolehan masing-
masing.

6.3 Guru-guru juga perlu lebih kreatif dalam mengemukan soalan-soalan kepada murid
selaras dengan DSKP yang telah dibekalkan.

6.4 Guru besar juga berharap agar guru-guru matematik melibatkan diri dalam program
inovasi dan kajian tindakan supaya kebolehan guru-guru dapat dilebarkan lagi sekaligus
dapat meningkatkan nama sekolah.

Tindakan : Makluman

7.0 PENANGGUHAN MESYUARAT

7.1 Ketua Panitia mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang sudi
meluangkan masa untuk menghadiri mesyuarat panitia matematik kali kedua sesi
2023/2024.
7.2 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1:15 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

............................................................. .......................................................
(SITI NABILA ASSILAH BINTI ALIAS) (FATIMAH BINTI SULAIMAN)
Setiausaha Panitia Matematik Ketua Panitia Matematik
SK Pangkalan TLDM, Lumut SK Pangkalan TLDM, Lumut
Tarikh : 17 Mei 2023 Tarikh : 17 Mei 2023

Disahkan oleh,

.............................................................
(ROHAIZAN BIN MOHAMED HANIF)
Guru Besar
SK Pangkalan TLDM, Lumut
Tarikh :

You might also like