You are on page 1of 3

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN CENEH BARU

Semua ahli Panis


24000 KEMAMAN TERENGGANU

MESYUARAT PANITIA MATEMATIK KALI PERTAMA SESI 2024/2025


Tarikh : 11 Mac 2024
Masa : 1.00 ptg- 2.30 ptg
Tempat: Bilik Ketua Bidang

Kehadiran :

Hadir

1) PN NORZAIHA BINTI RAZALI (Ketua Bidang Sains dan Matematik)


2) EN AZLIE BIN MAT ARIFFIN (Ketua Panitia)
3) PN NORHAZANI BINTI HUSSIN
4) PN NOR RADIAH BINTI MD ROMALI
5) PN ROHAIDA BINTI NGAH
6) EN ABDUL AZIZ BIN IDRIS
7) EN FAIDAY BIN KHALID
8) EN MOHD HISHAM SHAH BIN ISMAIL
9) EN HASBULLAH BIN MOHAMED

Tidak Hadir

Agenda 1: Ucapan Pengerusi

1.1 Cikgu Azlie bin Mat Ariffin selaku pengerusi memulakan mesyuarat dengan bacaan surah Al-
Fatihah dan memberikan kata-kata aluan.
1.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang hadir ke mesyuarat Panitia
Matematik pada kali ini.
1.3 Harapan pengerusi untuk sesi 2024/2025 agar semua guru yang masih berada di sini
meneruskan perjuangan dengan semangat dan keazaman yang baru.

Tindakan : Pengerusi
Agenda 2: Pengesahan Minit Mesyuarat

2.1 Tiada perkara berbangkit.


2.2 Diterima dan disahkan oleh Cikgu Rohaida binti Ngah dan disokong oleh Cikgu Nor Radiah binti
Md Romali.

Tindakan : Semua guru Matematik


Agenda 3: Maklum Balas Mesyuarat/ Perkara Berbangkit

3.1 Semua tugasan Panitia Matematik bagi sesi 2023/2024 telah siap dilaksanakan dan dihantar
mengikut garis masa yang telah ditetapkan.
Tindakan : Semua guru Matematik
Agenda 4: Penetapan Penyelaras Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 dan Agihan Tugas

4.1 Berikut merupakan agihan penyelaras mengikut tingkatan iaitu bersamaan juga dengan
penyelaras untuk peperiksaan.

TINGKATAN NAMA GURU PENYELARAS


1 Cikgu Nor Radiah Binti Md Romali
2 Cikgu Faiday bin Khalid
3 Cikgu Rohaida binti Ngah
4 Cikgu Azlie bin Mat Ariffin
5 Cikgu Abdul Aziz bin Idris
Tindakan : Guru Penyelaras

Agenda 5: Depisit Pembelajaran

5.1 Semua silibus pembelajaran telah berjaya dihabiskan mengikut masa yang ditetapkan.
Tindakan : Semua guru Matematik

Agenda 6: RPT /Volume Kerja

6.1 Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT) bagi setiap tingkatan akan disediakan oleh Guru Penyelaras
Tingkatan.
6.2 Buku tulis yang akan digunakan oleh murid hanya sebuah iaitu buku tulis panjang.
Tindakan : Semua guru Matematik

Agenda 7: KPI Panitia

7.1 Pelaksanaan PBD berjalan seperti biasa dan melibatkan semua guru mata pelajaran tingkatan 1
hingga 5.
7.2 Guru diingatkan agar dapat memberikan TP PBD yang tertinggi mengikut kemampuan pelajar
dan TP minimum perlu dikurangkan terutamanya TP1 Dan TP2 yang hanya boleh diberikan
kepada pelajar yang bermasalah.
7.3 PLC akan diadakan mengikut masa yang akan dipersetujui oleh ahli panitia.
7.4 Komponen PLC ialah lesson study, Peer Coaching, Learning Walks, Video Critic dan Sharing
Session.
Tindakan: Semua guru Matematik
Agenda 8: Peruntukan/ Perancangan Perbelanjaan Panitia

8.1 Pembelian kalkulator perlu ditambah untuk kegunaan murid di dalam kelas.
8.2 Pembelian buku latih tubi Galus untuk tingkata 1 hingga 3 bagi kelas Ibnu Khaldun dan Ibnu
Rusyd. Separuh harga bku Galus akan dibiayai oleh Panitia Matematik dan selebihnya akan
dikutip daripada murid.
8.3 Pembelian marker pen biru, hitam dan merah untuk semua guru Matematik dan jangka Lukis
untuk kegunaan PdP di dalam kelas.

Tindakan : Semua guru Matematik


Agenda 9: Pelan Operasi/Pelan Taktikal/Aktiviti/Program Kecemerlangan Panitia

9.1 Pelan operasi dan pelan taktikal telah disediakan oleh Ketua Panitia dan akan dilaksanakan
mengikut garis masa yang telah ditetapkan.
Tindakan : Ketua Panitia Matematik

9.2 Cikgu Norzaiha mencadangkan agar panitia mengadakan sekurang-kurangnya satu program bagi
setiap tingkatan untuk menigkatkan kualiti murid dalam matematik.
9.3 Program mentor mentee akan diperkasakan lagi untuk tahun 2024 dan hanya beberapa murid
sahaja yang akan terpilih dalam program ini.
9.4 Beberapa program kecemerlangan untuk tingkatan 5 masih diteruskan untuk tahun 2024 iaitu
ceramah Teknik menjawab, kelas tambahan, prep tambahan, kem semasa cuti sekolah dan
program mentor mentee.
Tindakan : Semua guru Matematik

Agenda 10: Hal-hal Lain

10.1 Semua ahli panitia diminta untuk menghantar maklumat guru,jadual waktu terkini dan
Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) mengikut penyelaras yang telah ditetapkan.Item tersebut
boleh diserahkan kepada Ketua Panitia.

Tindakan : Semua guru Matematik


Agenda 11: Penutup

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.30 petang dengan bacaan tasbih kaffarah dan surah al-Asr.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

.............................................. ..............................................

(NOR RADIAH BINTI MD ROMALI) (AZLIE BIN MAT ARIFFIN)


Guru Panitia Matematik Ketua Panitia Matematik

You might also like