You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT

PANITIA BAHASA INGGERIS


BIL 1/2022

Tarikh : 23 Mac 2022

Masa : 12:45 – 2.00 p.m.

Tempat : Bilik Gerakan

Pengerusi : Pn. Hafizah Azilah Binti Majid (Ketua Panitia)

Kehadiran : 1. Pn. Rosmaiza Binti Roslan

2. Pn. Nur Syuhada Binti Rodzali (Setiausaha)

3. Pn. Durgaa Devi a/p Saralan

4. Pn. Siti Maisarah Binti Jaafar

5. Pn. Nur Asiah Binti Abdul Manap

6. Pn. Ros Liza Binti Ismail

7. Cik Rohaiza Binti Che Mat

8. En. Suhaimi Bin Ali

Agenda :

1.0 Perutusan Pengerusi :

1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kehadiran guru-guru. Pengerusi mengucapkan
tahniah kepada semua guru di atas kejayaan dan kecemerlangan pelaksanaan program pada tahun
2022.

1.2 Pengerusi meminta semua ahli Panitia Bahasa Inggeris supaya berganding bahu untuk
membincangkan aktiviti-aktiviti dan intervensi yang akan dilaksanakan sepanjang tahun 2022
mengikut takwim yang terkini.

2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat yang lalu :

2.1 Dicadang untuk disahkan oleh : Pn. Siti Maisarah Binti Jaafar

2.2 Disokong untuk disahkan: Pn. Durgaa Devi a/p Saralan


3. Perkara-perkara Berbangkit :

3.1 Tiada perkara berbangkit.

Tindakan : Makluman

4.0 Perbincangan Profesional

4.1 Penggunaan DSKP

4.1.1 Semua guru diminta menggunakan DSKP yang terkini.


4.1.2 Guru-guru perlu memiliki softcopy DSKP terkini. Tiada penjajaran.
Tindakan : Semua guru

4.2 Penyediaan RPT


4.2.1 Guru-guru diminta menyediakan rpt berdasarkan DSKP penjajaran 2.0.
4.2.2 Guru – guru perlu menyediakan rpt dalam bentuk softcopy.
Tindakan : Semua guru

4.3 Program Peningkatan Murid


4.3.1 Rujuk Analisis TP Murid 2021 yang dilampirkan. Kenal pasti kumpulan sasaran (TP 1,
TP 2, TP 3 dan murid yang belum ditaksir).

4.3.2 Duduk semeja dengan guru-guru yang mengajar murid tersebut pada tahun sebelumnya
untuk kenal pasti kemahiran asas yang murid tersebut tidak dikuasaiRancang strategi yang akan
dilaksanakan dalam tempoh masa CUP 3.

4.3.3 Sepanjang pelaksanaan CUP 3, guru-guru harus merekod perkembangan murid-murid


tersebut setiap kali PdPc berlangsung dalam Rekod Transit Murid (PBD berterusan).

4.3.4 Pelaporan peringkat sekolah : Setelah cukup tempoh (mungkin 1- 4 minggu) selesai CUP 3,
guru membuat professional judgement untuk meletakkan TP murid-murid tersebut berdasarkan
rekod perkembangan murid dalam boring transit.

Tindakan : Semua guru


4.4 Program Panitia 2022

4.4.1 Panitia bercadang untuk menganjurkan pertandingan Reading, Spelling dan Singing
sempena Minggu Bahasa Inggeris yang akan dimaklumkan kelak.
4.4.2 Guru-guru menggalakan murid-murid menyertai pertandingan.
4.4.3 Guru-guru mencadangkan murid-murid menyediakan kad ucapan/ lagu ucapan
sempena hari – hari istimewa.

4.5 HIP

4.5.1 Program HIP akan dilaksanakan pada setiap hari Khamis. Murid menunjukkan impak
positif dalam kemahiran speaking.

4.5.2 Kokurikulum Bahasa Inggeris akan dilaksanakan selepas cuti Hari Raya Puasa.

Tindakan : Makluman

5.0 Kewangan Panitia

5.1.1 Pengerusi memaklumkan bahawa baki kewangan untuk Panitia Bahasa Inggeris dari tahun
2021 adalah sebanyak RM70.84. Peruntukkan 2022 belum masuk lagi.

5.1.2 Pengerusi berharap agar guru-guru dapat menyenaraikan bahan bantu mengajar yang
diperlukan seawal mungkin supaya dapat menggunakan peruntukkan yang diberi dengan lebih
berhemah.

5.1.3 Puan Durgaa Devi bercadang untuk membeli Workbook CEFR bagi murid-murid Tahun 5
& 6.

Tindakan : Makluman

6.0 Hal-hal Lain :

6.1.1 Kursus APTIS Online selama 4 bulan akan dijalankan pada April - Ogos. Guru yang
terlibat ialah Pn. Nur Syuhada.

6.1.2 Pencerapan guru akan dimaklumkan oleh pihak pentadbir dan Ketua Panitia.

6.1.3 Penyelarasan dari segi bilangan Buku Latihan Murid:

1 buku panjang, 1 buku pendek (Tahap 2)

2 buku pendek (Tahap 1)

Tindakan : Semua guru


7.0 Ucapan Penangguhan :

7.1.1 Ucapan penghargaan dan terima kasih dari pengerusi kepada semua ahli panitia yang hadir
dan mengharapkan ahli semua berganding bahu dalam meningkatkan pencapaian murid dalam
Bahasa Inggeris.

7.1.2 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.00 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

_____________________ ____________________________________

(NUR SYUHADA BINTI RODZALI) (HAFIZAH AZILAH BINTI MAJID)

Setiausaha, Ketua Panitia Bahasa Inggeris

Panitia Bahasa Inggeris

Disahkan oleh,

________________________

(AHMAD NIZAM BIN CHE MOD)

Penolong Kanan Pentadbiran

You might also like