You are on page 1of 5

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA

SK SKITONG MERANTI, SIMUNJAN


BIL 1/2O21

________________________________________________________________________

TARIKH : 25 Mac 2021

HARI : Khamis

MASA : 2.00 Petang

TEMPAT : Pusat Sumber Sekolah

YANG HADIR :

1. En. Ramlee bin Bohari Guru Besar SK Skitong Meranti


2. Pn. Abidah bt Jamai Penolong Kanan Pentadbiran
3. Cik Siti Puspa binti Sabang Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
4. Pn. Nurul Nadiah binti Faruk Penolong Kanan Kokurikulum
5. Pn. Sarty bt Sulaiman Guru Akademik Biasa
6. Cik Nandi bt Ismail Guru Akademik Biasa
7. Cik Narita ak Lajan Guru Akademik Biasa

YANG TIDAK HADIR (BERSEBAB) :

1.0 UCAPAN ALU - ALUAN GURU BESAR

1.1 Guru Besar selaku Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua
guru kerana menghadirkan diri ke mesyuarat Panitia Bahasa pada kali ini.

1.2 Semua guru disaran untuk menggunakan email sekolah yang telah
ditetapkan untuk semua perkara yang melibatkan urusan sekolah dan
bukan email peribadi.
1.3 Guru-guru diingatkan agar sentiasa menghantar RPH mengikut masa yang
telah ditetapkn

Makluman : Semua guru

2.0 MEMBENTANGKAN DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA


BIL 1/2020

2.1 Cik Nandi selaku ketua panitia membentangkan minit mesyuarat Panitia
Bahasa Bil 1/2O20. Pengesahan minit mesyuarat Panitia Bahasa Bil
1/2O20:

Dicadang oleh : Cik Siti Puspa binti Sabang


Disokong oleh : Pn. Nurul Nadiah binti Faruk

Makluman : Semua guru

3.0 PERKARA BERBANGKIT

3.1 Tiada

4.0 JAWATANKUASA PANITIA BAHASA 2021

4.1 Cik Nandi membentangkan senarai Jawatankuasa panitia Bahasa yang


baharu bagi sesi 2021 seperti di lampiran.

Makluman : Semua guru

5.0 PERANCANGAN TAHUNAN

5.1 Terdapat beberapa aktiviti telah dirancang sepangjang tahun seperti di


lampiran.

Makluman : Ketua Panitia


6.0 KPI PANITIA BAHASA 2021

6.1 Ketua Panitia telah menyediakan KPI bagi semua subjek di bawah seliaan
panitia bahasa seperti Bahasa Inggeris,Bahasa Melayu dan Bahasa Iban
seperti di lampiran.

6.2 Ketua panitia berharap dapat mencapai KPI dengan baik.

Tindakan : Semua guru

7.0 PROGRAM INTERVENSI

7.1 Program intervensi diadakan untuk membantu murid yang mempunyai


tahap pencapaian akademik yang kurang memuaskan.

7.2 Program ini diadakan pada setiap hari Selasa dan Khamis selepas tamat
sesi persekolahan.

7.3 Senarai nama murid yang terlibat adalah seperti di lampiran.

Makluman : Semua guru

8.0 PENYELARASAN RPH

8.1 Ketua panitia bahasa telah menyelaraskan format penulisan RPH untuk
semua subjek di bawah seliaan Panitia Bahasa.

8.2 Semua guru yang terlibat hendaklah menggunakan format ini seperti
yang telah dibincangkan.

Makluman : Semua guru

9.0 KEWANGAN

9.1 Ketua Panitia membentangkan laporang kewangan 2020 bagi subjek


Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan Bahasa Iban

9.2 Ucapan tahniah kepada semua guru kerana dapat membelanjakan


peruntukan dengan baik.
Tindakan : Semua guru

10.0 HIP

10.1 Semua aktiviti HIP akan terus dilaksanakan tahun ini seperti yang telah
dijalankan pada tahun 2020.

10.2 Aktiviti HIP yang tidak dapat dijalankan pada tahun lepas akan
dilaksanakan pada tahun ini seperti Program Outreach bersama ibu bapa
dan komuniti.

10.3 Aktiviti HIP sangat penting dalam usaha membantu murid dalam
meningkatkan pencapaian mereka dalam Bahasa Inggeris khususnya
murid Tahun 1 dan 2 yang akan menjalani Program DLP pada tahun ini.

Tindakan : Semua guru

11.0 HAL-HAL LAIN

17.1 Pn. Abidah memohon guru-guru yang ingin mengambil cuti rehat khas
(CRK) untuk meminta kebenaran dari guru besar terlebih dahulu dan
memaklumkan kepada Penolong kanan Pembelajaran ( PKP) untuk
tindakan selanjutnya.

Makluman : Semua guru

12.0 PENUTUP

12.1 Pengerusi berharap agar semua guru memberikan kerjasama sebaik


mungkin bagi memastikan segala aktiviti yang dirancang dapat
dilaksanakan dengan jayanya. Pengerusi juga berharap agar tugas dan
tangggungjawab yang telah diamanahkan dapat dilaksanakan dengan
penuh dedikasi.

12.2 Pn. Sarty telah mencadangkan agar Mesyuarat Panitia Bahasa Bil. 1/2021
ditangguhkan dan disokong oleh Cik Narita.

12.3 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.30 petang.

12.4 Mesyuarat Panitia Bahasa Bil. 2/2021 akan dimaklumkan kemudian .

Makluman : Semua guru


Dicatat dan disediakan oleh,

……………………………………………………..
(CIK NARITA AK LAJAN)
Setiausaha Panitua Bahasa,
SK Skitong Meranti,
Simunjan, Sarawak.

You might also like