You are on page 1of 2

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI BAYU

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA CINA KALI KE-1 / TAHUN 2021

Tarikh : 09 Februari 2021


Masa : 12.30 tengah hari
Tempat : Pra Sekolah

Kehadiran :
1. Pn. Adila binti Osman @ Adnan (PK Pendidikan Khas)
2. Cik Durratul ‘Aliah binti Da Halib
3. Pn. Fuziah bt Idris
4. P. Masnida bt Ahmad Sahimi
5. Pn. Sam Rahmah binti Mohd Zain
6. Pn. Hazimahtun bt Mat Daud
7. Pn. Dhalilah bt Adawi

1 UCAPAN PENGERUSI DAN WAKIL PENTADBIR


1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran ahli mesyuarat Panitia Pra Sekolah dan
Panitia Bahasa Cina kali pertama untuk sesi 2021.
1.2 Wakil pentadbir mengucapkan tahniah kepada guru kerana berjaya menjalankan
sesi PdPR pada tahun 2020 semasa tempoh pandemik Covid-19.
1.3 Guru disarankan untuk mengambil pengalaman daripada tahun 2020 untuk
membuat penambahbaikan dalam PdPR bagi sesi tahun 2021.

Tindakan: Pengerusi dan Wakil Pentadbir

2 PEMBENTANGAN RANCANGAN PERBELANJAAN PANITIA BAGI SESI 2021


2.1 Wakil pra sekolah telah membentangkan rancangan perbelanjaan berdasarkan
peruntukan bagi pra sekolah.
2.2 Cikgu Fuziah menyatakan kekangan perbelanjaan dalam menyediakan modul
PdPR murid pra sekolah. Cadangan diusulkan untuk menampung lebihan
perbelanjaan yang diperlukan
2.3 Peruntukan bagi Panitia Bahasa Cina akan digunakan sepenuhnya bagi
membeli bahan bantu mengajar.
2.4 Puan Adila menasihatkan guru untuk menggunakan secara maksima bahan
bantu mengajar yang telah dibeli. Bahan yang rosak perlu dibuat hapus kira.

Tindakan: Makluman

3 PERANCANGAN AKTIVITI
3.1 Wakil pra sekolah membentangkan aktiviti yang akan dijalankan sepanjang tahun
2021.
3.2 Ketua Panitia Bahasa Cina membentangkan aktiviti yang akan dijalankan
sepanjang tahun 2021.
3.3 Panitia Bahasa Cina disarankan untuk menjalankan aktiviti semasa minggu
bahasa bagi memberi pendedahan tentang Bahasa Cina kepada semua murid.

Tindakan: Makluman
4 MODUL PdPR
4.1 Wakil pra sekolah membentangkan jumlah murid yang telah menghantar kembali
modul 1.
4.2 Mata pelajaran Bahasa Cina akan mulakan sesi PdPR bermula 17 Februari 2021.
Modul telah dikepilkan dalam modul 2 bersama mata pelajaran lain dan telah
diserahkan kepada murid.

Tindakan: Makluman

5 HAL-HAL LAIN

Tiada hal-hal lain.

6 PENUTUP DAN UCAPAN PENANGUHAN

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1.00 petang.

Disediakan oleh, Di sahkan oleh,

………………….................................................... .....................................................................................
(DURRATUL ‘ALIAH BINTI DA HALIB) (ADILA BINTI OSMAN @ ADNAN)
Ketua Panitia Bahasa Cina Penolong Kanan Pendidikan Khas
SK SERI BAYU SK SERI BAYU

You might also like