You are on page 1of 5

SEKOLAH KEBANGSAAN PALONG 12 (F)

73450 GEMAS, N. SEMBILAN


MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA ARAB
BIL 4/2020

Tarikh : 8 Disember 2020 ( Selasa )

Masa : 9.00 pagi

Tempat : Bilik gerakan

Kehadiran :

1. En. Shamsudin bin Salleh (Guru Besar)


2. Pn. Rosidah binti Said (GPK 1)
3. Pn. Azizah binti Sanin (GPK Hem)
4. Pn. Normanisah binti Khalid (GPK Ko)
5. Pn. Ratna Sri Dewi binti Ab. Kudus
6. Cik Afiqah binti Mahmad
7. Pn. Siti Fatimah binti Md Zahar
8. Pn. Fatimah binti Shafie

1. KATA ALU-ALUAN PENGERUSI


1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua guru.
( Maklumat : Semua Guru )

1.2 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran semua


guru dalam Mesyuarat Panitia Bahasa Arab Kali Keempat bagi tahun
2020.

( Maklumat : Semua Guru )

2. MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT BIL. 3/2020

Minit mesyuarat dibentangkan dan disahkan :

Pencadang : Pn. Ratna Sri Dewi binti Ab. Kudus


Penyokong : Cik Afiqah binti Mahmad

3. PERKARA BERBANGKIT

Tiada

4. ISU-ISU PERBINCANGAN

4.1 Buku Rancangan Mengajar( BRM).

4.1.1 Perlu menyiapkan Buku Rancangan Mengajar( BRM) dan buku


tersebut perlu diletakkan di bilik gerakan sebelum cuti sekolah.

( Tindakan : Semua Guru )

4.2 Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Bilik Darjah (PBD).

4.2.1 PPD mengarahkan untuk menyiapkan Pelaporan Pentaksiran PBD

kali ke- 2 sebelum 11 Disember 2020 untuk diberikan kepada

murid- murid.

( Tindakan : Semua Guru )

4.3 Perancangan Strategik / Perancangan Kurikulum Tahun 2021.

4.3.1 Diharapkan guru- guru untuk menyediakan Perancangan Strategik

bagi tahun 2021-2023.

( Tindakan : Semua Guru )

4.4 Fail Panitia.

4.4.1 Guru- guru perlu menyiapkan fail panitia dan

fail tersebut perlu diletakkan di bilik gerakan sebelum cuti sekolah.


( Tindakan : Semua Guru )

4.5 Pelaporan Aktiviti.

4.5.1 Kesemua aktiviti yang dilaksanakan sepanjang tahun 2020 perlu

disediakan laporan untuk dijadikan evidens.

( Tindakan : Semua Guru )

4.6 Penataran LADAP.

4.6.1 Penataran Bahasa Arab KSSR Tahun 5 akan dibuat pada 12 Januari

2021( Rabu ).

( Maklumat : Semua Guru )

5. HAL-HAL LAIN

Tiada

6. UCAPAN PENANGGUHAN

6.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih dan tahniah yang tidak terhingga

kepada semua guru yang telah bekerja keras dengan penuh komited

terutama untuk menaikkan akademik sekolah kita sepanjang 2020.

6.2 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 10.00 pagi.


Disediakan oleh :

……………………………………..
(Afiqah binti Mahmad)
Setiausaha Panitia Bahasa Arab

You might also like