You are on page 1of 5

SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA TAHAN

27000 JERANTUT, PAHANG

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU KALI 1 / 2020

Tarikh : 14 Januari 2020


Hari : Selasa
Masa : 02.30 Petang
Tempat : Bilik Gerakan SK Kuala Tahan

AGENDA :
1. Bacaan Doa
2. Aluan Pengerusi
3. Ucapan Penasihat
4. Pembentangan dan pengesahan Minit Mesyuarat
5. Perkara berbangkit
6. Laporan Aktiviti Tahun 2019
7. Jawatankuasa Panitia Bahasa Melayu 2020
8. Perancangan dan Pembentangan Program Tahunan Panitia 2020
9. Perancangan dan Pembentangan ABM Panitia 2020
10. Hal-hal Lain
Kehadiran :
1. Pn Roziah Bt Abd Hamid - GPK Pentadbiran
2. Pn Juita Bt Bapil
3. Pn Noraini Bt Roni
4. Pn Nor Hafizan Bt Mustafa
5. Pn Raja Norliza Bt Raja Pa
6. Cik Siti Fazilah Hanim Bt Sekh Abdillah
7. Pn Rohana Bt Abd Hamid
8. Pn Fadilah Bt Yahya
9. Pn Nor Adilla Bt Che Mohamad
10. Pn Wan Mahizan Bt Wan Mohd
11. En sadruddin Bin Saifuddin
12. En Alif Amirul Azrin Bin Samsuddin
1 Bacaan Doa
1.1 Majlis dimulakan dengan bacaan Umul Kitab Al fatihah

2 Aluan Pengerusi

2.1 Pengerusi mesyuarat mengalu-alukan kehadiran semua ajk Panitia Bahasa


Melayu bagi tahun 2020. Pengerusi berharap agar segala perancangan untuk
panitia yang telah dan akan dibincangkan ini akan berjalan dengan lancar.
Pengerusi juga mengucapkan terima kasih atas komitmen semua ahli dalam
menjayakan program sepanjang tahun 2019.

3 Ucapan Penasihat

3.1 Pn Roziah menyampaikan ucapan salam bagi pihak Tuan Guru Besar kerana
beliau tidak dapat menghadiri mesyuarat atas urusan yang lain. Beliau
mengucapkan terima kasih kepada semua guru Bahasa Melayu yang hadir ke
mesyurat Panitia Bahasa Melayu kali pertama sesi 2020.

3.2 Beliau juga mengucapkan tahniah kerana panitia Bahasa Melayu dapat
mengadakan mesyuarat pada hari ini untuk merancang aktiviti yang hendak
dilaksanakan sepanjang tahun.

3.3 Mengharapkan agar semua guru supaya dapat menimba ilmu dari masa
kesemasa dalam mempertingkat kemahiran dan pengetahuan dalam pdpc di
dalam kelas.

4 Pembentangan Minit Mesyuarat Yang lalu

Dibentang oleh Pn Rohana Binti Abdul Hamid

Dicadang untuk disahkan oleh Pn Fadilah Binti Yahya

Disokong untuk pengesahan oleh Pn Nor Aini Bt Roni


5 Perkara Berbangkit

5.1 Minit disokong tanpa perkara berbangkit

6 Laporan Aktiviti Tahun 2019

6.1 Tahniah kepada semua guru-guru kerana telah memberikan kerjasama yang
baik bagi membantu melaksanakan program panitia yang telah dirancang
sepanjang tahun. Oleh itu, pengerusi berharap agar tahun ini semua aktiviti
yang dirancang dapat dijalankan dengan sebaik mungkin.

6.2 Aktiviti panitia yang memberi kesan positif kepada murid harus dikekalkan
agar memberi manfaat kepada murid. Contoh seperti Bulan Bahasa, Program
panatia Bahasa Melayu setiap hari Selasa dan sebagainya.

Makluman dan Tindakan: Semua Guru

7 Jawatankuasa Panitia Bahasa Melayu 2020

7.1 Ketua Panitia Bahasa Melayu melalui perbincangan bersama pihak


pentadbiran telah melantik guru-guru Bahasa Inggeris tahun 2018 sebagai
jawatankuasa panitia yang berkuatkuasa 2 Januari 2020. Sila lihat Lampiran
yang disediakan.

7.2 Ketua Panitia juga mengharapkan agar semua ajk dalam panitia ini dapat
memberikan kerjasama serta menjalankan tanggungjawab yang telah
diberikan untuk meningkatkan kecemerlangan murid dalam mencapai tahap
maksima penguasaan murid bagi subjek bahasa Melayu.

Makluman dan Tindakan: Semua Guru

8 Perancangan dan Pembentangan Program Tahunan Panitia 2020

8.1 Setiap guru membentangkan program yang dirancang bagi kelas masing-
masing. program-program sebelum ini yang berjaya dilaksanakan dan
memberi kesan yang baik akan diteruskan, manakala program yang telah
gagal atau tidak mencapai matlamatnya telah digugurkan.
8.2 Pelancaran bulan Bahasa Melayu masih lagi dikekalkan pada bulan Febuari.
Aktiviti yang akan diadakan ialah pertandingan pidato, sajak, bercerita,
bahasa berirama, lakonan, Mestamu dan lain-lain.

8.3 Program mingguan setiap hari Selasa juga akan diteruskan dan ditambah
baik dengan adanya jadual minggu bertugas setiap minggu. Program selama
15 minit ini akan diisi dengan pelbagai aktiviti bagi memantapkan lagi
penguasaan murid dalam matapelajaran Bahasa Melayu.

Makluman dan Tindakan: Semua Guru

9 Perancangan dan Pembentangan ABM Panitia 2020

9.1 Pengerusi menjelaskan bahawa panitia setakat ini tidak mempunyai sebarang
baki untuk dibawa ke depan. Panitia akan mengisi borang ABM untuk
diserahkan kepada pihak pengurusan sekolah untuk kegunaan PdP
sepanjang tahun 2020. Beliau meminta guru merangka bajet yang diperlukan
untuk keperluan pdpc kelas masing-masing.

Makluman dan Tindakan: Semua Guru

10 Hal-hal Lain

10.1 Perancangan aktiviti bagi setiap kelas harus dihantar kepada ketua panitia
sebagai eviden. Setiap aktiviti yang dijalankan mesti disertakan dengan
perincian program dan laporan.

10.2 Ketua Panitia mencadangkan agar setiap guru menghadkan kerja rumah
untuk murid tujuannya untuk memberi ruang supaya murid boleh memberi
tumpuan pada subjek yang lain

10.3 Beliau juga mengingatkan kepada semua ahli untuk menyediakan DSKP dan
melengkapkan RPH mengikut format yang ditetapkan.

10.4 Guru juga diminta menghantar salinan jadual untuk simpanan ketua panitia.
10.5 Program Nilam guru perpustakaan memperuntukkan jadual selama 30 minit
masuk ke perpustakaan bagi murid mengikut kelas. Tujuannya untuk
menggalakkan murid menulis buku Nilam.

10.6 Pn Norhafizan menyatakan PLC untuk panitia perlu cukup 20 mata jam kredit.

10.7 Panitia juga perlu melaksanakan PKJR sebanyak 2 jam sebulan. Modul
disediakan, guru perlu gabung dalam topik Bahasa Melayu yang diajar pada
hari tertentu.

10.8 Pn Roziah turut mengingatkan berkenaan pengajaran sivik yang perlu


dilaksanakan pada minggu ke 4 setiap bulan. Selitkan pengajaran sivik
tersebut dalam topik Bahasa Melayu yang diajar.

Makluman dan Tindakan: Semua Guru

11 Ucapan penangguhan

11.1 Ucapan penangguhan oleh Pengerusi Mesyuarat / ahli mesyuarat dan


penetapan tarikh mesyuarat yang berikutnya.

11.2. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.30 petang.

Disediakan Oleh: Disemak Oleh:

_____________________ ___________________
( ROHANA BT ABDUL HAMID ) ( JUITA BT BAPIL )
Setiausaha Ketua Panitia
Panitia Bahasa Melayu Panitia Bahasa Melayu
SK Kuala Tahan SK Kuala Tahan
27000 Jerantut 27000 Jerantut

You might also like