You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN BUKIT INDAH AMPANG SELANGOR

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU


BILANGAN 3 TAHUN 2020

Tarikh : 4 November 2020/ Rabu


Masa : 10.00 pagi – 11.00 pagi
Tempat : Kediaman masing-masing (melalui aplikasi whatsapp group)

Kehadiran :
1. Encik Mohd Faizal bin Mamat@Zakaria PK Pentadbiran (Pengerusi)
2. Puan Arbaiyah binti Mahmud PK Hal Ehwal Murid
3. Puan Shalwana binti Hussain PK Petang
4. Hasniza binti Mohd Din
5. Nik Azilawani binti Nik Yusoff
6. Abdul Moin bin Abdul Nasir
7. Ahmad Shahril bin Jamaluddin
8. Amnah binti Mat Yaman
9. Farah Diba binti Ahmad Tajuddin
10. Hamizah binti Ismail
11. Mardhiyah binti Hashim
12. Mohammad Hafiz bin Razali
13. Muhammad Fadli bin Hussin
14. Muhamad Zulisham bin Ramli
15. Muhammad Norbadri bin Mamat
16. Muhammad Syafiq bin Ab Manan
17. Naze binti Arifin
18. Norhidayah binti Mohamad Hussain
19. Norliana binti Che Mat
20. Rozlina binti Ibrahim
21. Syamimi binti Sulaiman
22. Tanalakshmi A/P Sukumaran
23. Wan Ahmad Fakri bin Wan Othman
24. Wan Mohd Zulfaqar bin Wan Yahya
25. Zabidi bin Alias
26. Zulhafizal bin Daud
Urus Setia Mesyuarat :
1. Hasniza binti Mohd Din Ketua Panitia Bahasa Melayu
2. Nik Azilawani binti Nik Yusoff Setiausaha Panitia Bahasa Melayu

1. PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Pengerusi mengalu-alukan kedatangan semua guru Bahasa Melayu ke Mesyuarat
Panitia Bahasa Melayu kali Ketiga 2020.
1.2 Pengerusi menjelaskan bahawa mesyuarat diadakan adalah untuk membincangkan
hal-hal yang berkaitan dengan Panitia Bahasa Melayu.

Makluman

2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT


Cadangan : Abdul Moin bin Abd Nasir
Sokongan : Muhammad Norbadri bin Mamat

3. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT:
3.1 Program Bulan Panitia Bahasa Melayu
3.1.1 Program Bulan Panitia Bahasa Melayu telah dilancarkan pada 17 September 2020
bagi sesi petang. Sesi pagi akan dilancarkan kemudian sehingga tarikh diberitahu
untuk selaraskan bajet kewangan. Kertas kerja telah siap.
.
4. PERKARA BAHARU / PERBINCANGAN
4.1 Pencerapan PdPC
4.1.1 Pencerapan PdPC telah dilaksanakan mengikut tarikh yang diberi oleh pencerap
sepanjang bulan Ogos, September dan Oktober 2020.

4.2 Semakan hasil kerja murid


4.2.2 Guru-guru telah menghantar buku latihan murid kepada pihak pentadbir seperti yang
telah dijadualkan oleh penyelaras.
Makluman
4.3 Pentaksiran akhir tahun 2020 / PBD
4.3.1 Pentaksiran akhir tahun akan dijalankan pada 17 hingga27 November 2020. Ketua
Panitia memohon penggubal soalan Pentaksiran Akhir Tahun 2020 menyediakan
soalan untuk pentaksiran tersebut dalam tempoh masa yang ditetapkan. Soalan yang
telah siap perlu disemak oleh Ketua Panita dan Penolong Kanan Pentadbiran terlebih
dahulu sebelum dicetak.
4 3.2. Sebarang perubahan / pindaan akan dimaklumi bergantung kepada situasi semasa.
4.3.3 PBD perlu dilaksanakan secara berterusan bagi semua murid tahun 1 hingga tahun 6.

Tindakan: Semua guru

4.4 Pentaksiran akhir tahun 2020 / PBD


4.4.1 Teknik menjawab soalan penulisan dan pemahaman bagi murid tahun 4, 5 dan 6.
Cadangan aktiviti akan dijalankan apabila sekolah dibuka selepas berakhirnya PKPB
di Selangor.
4.4.2 Pn Hamizah mencadangkan diadakan program teknik menjawab untuk murid tahun 4
dan diasingkan kepada dua kelompok, menguasai dan tidak menguasai.
4.4.3 En. Zabidi mencadangkan guru menekankan/melebihkan ukangkaji Karangan Biasa
dan Karangan Berformat untuk murid tahun 4 dan 5. Guru boleh kongsi karangan
dalam group kelas masing-masing.
4.4.4 Pertandingan kuiz bagi murid tahap 1. Cadangan aktiviti bagi murid tahap 1 adalah
semasa pentaksiran akhir tahun murid tahap 2.

Tindakan: Semua guru

4.5 Pengurusan Folder / Fail


4.5.1 Semua folder/fail Panitia Bahasa Melayu telah dikemaskini sehingga Oktober 2020.
Makluman

4.6 Kewangan / Peruntukkan Panitia


4.6.1 Wang peruntukkan sebanyak RM 1300 telah dibelanjakan untuk aktiviti bulan panitia.
Baki lebihan belum disemak. Baki lebihan telah dikemaskini oleh PT Kewangan.
Makluman

4.7 Kursus KSSR Semakan Tahun 5 2021


4.7.1 Kursus KSSR Semakan Tahun 5 atau Kursus Orientasi Penyebaran Kurikulum bagi
Tahun 2021 ini bukan sahaja tertumpu kepada KSSR Semakan Tahun 5  sahaja,
namun terdapat juga kursus-kursus lain. Kursus ini telah berjaya diikuti oleh semua
guru tahun 5 dan beberapa guru aliran lain melalui Portal DELIMa KPM .
Makluman
4.8 PdPc / Latihan murid semasa PKPB
4.8.1 Guru-guru perlu mematuhi jadual PdPc yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.
Pengajaran dan pembelajaran akan tetap diteruskan secara Home-Based Learning
mengikut kesesuaian guru dan murid.
Tindakan: Semua guru

5. HAL-HAL LAIN
5.1. Tarikh pengisian Data PBD belum dimaklumkan oleh penyelaras. Semua guru haruslah
sentiasa membuat penilaian tahap murid dari masa ke masa. Kenal pasti murid untuk
pengisian data yang lebih tepat.
Tindakan: Semua guru

5.2. Timbul isu murid belajar dari rumah kerana tidak semua murid mengambil bahagian
ketika guru menjalankan kelas dalam talian. Ini disebabkan capaian internet menjadi
perkara utama. Kekangan ini menghalang penyampaian proses PdP andragogi dan
pedagogi. Guru diminta lebih kreatif dalam menyampaikan ilmu pengetahuan kepada
murid.
Tindakan: Semua guru

6. Penutup
Pengerusi meminta daripada semua guru Bahasa Melayu agar dapat bantu membantu
antara satu sama lain. Harapan semua agar Pandemik Covid 19 akan berakhir dengan
segera.

Mesyuarat ditangguh pada pada pukul 11.11 minit pagi.

Urus Setia
Panitia Bahasa Melayu
SK Taman Bukit Indah
Tarikh : 7 November 2020

You might also like