You are on page 1of 1

Melalui dan Salinan,

Guru Besar,
(Unit Kebajikan),
SK Taman Bukit Indah,
68000 Ampang Selangor.

YB Tan Sri/ YB Dato’/YB Datin/Tuan/Puan.


PER : MEMOHON SUMBANGAN GADJET BAGI MURID YANG KURANG MAMPU
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.
2. Dengan rendah hati, kami mewakili Unit Kebajikan SK Taman Bukit Indah memohon
sumbangan gadjet daripada pihak YB Tan Sri/ YB Dato’/YB Datin/Tuan/Puan, bagi membantu
murid kami yang kurang mampu untuk melaksanakan PDPr di kala pandemik ini.
3. Seperti mana yang kita tahu, ramai golongan terkesan akibat pandemik ini. Ekoran daripada
itu, segelintir murid SK Taman Bukit Indah tidak dapat menyertai pembelajaran secara dalam talian
kerana tidak mempunyai gadjet yang mencukupi. Ini adalah kerana, murid ini terpaksa menggunakan
peranti ibu bapa untuk dikongsikan bersama adik-beradik yang lain. Disebabkan masalah ini, murid
ini tercicir daripada mengikuti kelas yang diadakan secara dalam talian.
4. Kami amat berbesar hati sekiranya pihak YB Tan Sri/ YB Dato’/YB Datin/Tuan/Puan, sudi
memberi sumbangan gadjet dalam apa jua bentuk seperti telefon bimbit, tablet, komputer riba dan
lain-lain bagi membolehkan murid kami menyertai kelas dalam talian. Kami juga menerima
sumbangan dalam bentuk wang tunai. Namun begitu sumbangan dalam bentuk barangan dialu-alukan.
5. Untuk sebarang pertanyaan atau keraguan, pihak YB Tan Sri/ YB Dato’/YB
Datin/Tuan/Puan, boleh menghubungi Puan Norihan binti Nawawi di talian 013 352 5040
(Penyelaras Kebajikan SKTBI).
6. Jasa baik dan keprihatinan daripada pihak YB Tan Sri/ YB Dato’/YB Datin/Tuan/Puan,
kami dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.
Sekian.

Yang benar,

……………………………………….
( )
Penyelaras Unit Kebajikan,
SK Taman Bukit Indah, Ampang Selangor.

You might also like