You are on page 1of 7

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI PANTAI,

KG. KERINCHI, 59200 KUALA LUMPUR

DRAF MINIT MESYUARAT PANITIA SEJARAH BIL 4 / TAHUN 2021


TARIKH : 8 DISEMBER 2021
MASA : 9.00 – 10.00 MALAM
TEMPAT : KEDIAMAN MASING-MASING
PLATFORM : GOOGLE MEET
PENGERUSI : PN. NORAZLIN BINTI MOHD NOR

Kehadiran :
1. Pn. Norazlin binti Mohd Nor (Ketua Panitia)
2. Cik Nurul Nabila bt Mohd Delham (Penolong Ketua Panitia)
3. En. Nor Azhar bin Muhammad
4. En. Shamsulniam bin Mat Nuri
5. En. Syukri bin
6. Cik Nur Azureen bt Abdul Malek
7. Pn Nur Khairulnisa Binti Mohamed
8. Cik Farawahida bt Jahiruddin (Setiausaha)

Urus Setia/ Setiausaha: Cik Farawahida bt Jahiruddin

1.0 PERUTUSAN PENGERUSI


1.1 Pengerusi iaitu Pn. Norazlin binti Mohd Nor mengucapkan terima kasih dan
mengalu-alukan kehadiran Penolong Kanan Kokurikulum dan semua ahli
Panitia Sejarah ke mesyuarat kali keempat bagi tahun 2021. Pengerusi turut
mengalukan kedatangan ahli baru dalam panitia iaitu En.Syukri.
Makluman : Semua guru

2.0 PENGESAHAN MINIT


2.1 Minit mesyuarat telah disahkan oleh Cik Nurul Nabila bt Mohd Delham dan
disokong oleh semua ahli panitia dengan sebulat suara.
Makluman : Semua guru

1
3.0 PERKARA BERBANGKIT
3.1 4.2 Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PDPR)
4.3 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
4.4 Program Peningkatan Prestasi

TING NAMA PROGRAM GURU TERLIBAT MASA PELAKSANAAN


1 MENGGILAP NOR AZHAR OGOS
HARAPAN
2 MENGGILAP KHAIRULNISA OGOS
HARAPAN
3 CELIK SEJARAH AZUREEN, NIAM JULAI

TING NAMA PROGRAM GURU TERLIBAT MASA PELAKSANAAN


4 SENTUHAN KASIH FARAWAHIDA SEPTEMBER
5 EKSPLORASI NORAZLIN , NURUL SEPTEMBER
SEJARAH SPM NABILA

Makluman : Semua guru

4.0 LAPORAN KETUA PANITIA


4.1 Pengurusan Fail Panitia 2021
4.1.1 Pengerusi mengucapkan tahniah kepada semua guru penggubal peperiksaan
percubaan sumatif akhir tahun dan penggubal perlu mengkongsikan soalan
dan skema di Telegram Bank Soalan Panitia Sejarah SMKSP.

4.1.2 Ketua Panitia perlulah mengemas kini Fail Panitia iaitu Fail Induk (hard
copy), Fail Sukatan dan Fail Bank Soalan (‘soft copy’’). Ketua Panitia perlulah
meletakkan Fail Induk di dalam bilik ABM setelah selesai mengemas kini fail
tersebut.

4.1.3 Ketua Panitia perlu menyediakan Anggaran Belanja Menguru (ABM)


bagi tahun 2022/2023.

4.1.4 Ketua Panitia perlu mengemas kini status inventori aset panitia dan
susun atur barang yang terdapat dalam almari di BILIK SEJARAH. Barang-
barang yang boleh digunakan perlulah digunaka secara optimum dan barang
yang tidak diperlukan perlulah disisih.

Makluman : Semua guru

2
4.2 Program Peningkatan Kecemerlangan SPM 2021

4.2.1 Program Peningkatan Kecemerlangan SPM 2021 perlulah dijalankan


bermula Januari 2022 dan panitia perlulah merancang program yang sesuai
bagi murid-murid ini.

4.2.2 Pengerusi memaklumkan antara program yang dirancang sepanjang


Januari hingga Februari 2022 ialah kelas tambahan, teknik menjawab kertas
1 dan 2 dan juga gerak gempur dan latih tubi.

4.2.3 Pengerusi memaklumkan pihak Panitia juga boleh mengadakan kelas


tambahan bagi murid tingkatan 5 (2021) semasa cuti sekolah bermula 11
Disember 2021 hingga 2 Januari 2022 sama ada secara bersemuka atau
dalam talian. Program ini adalah secara suka rela. Jika guru-guru ingin
mengadakan kelas tambahan secara bersemuka, mereka perlulah mematuhi
prosedur yang telah ditetapkan iaitu menyediakan Surat Kebenaran Ibu Bapa
dan memaklumkan kepada Penolong Kanan Pentadbiran tentang tarikh dan
masa kelas tambahan. Pakaian murid ialah baju PJPK atau baju kokurikulum.
Masa dibenarkan dari jam 8.00 pagi – 12.00 tengahari sahaja. Hari untuk
kelas ialah dari Isnin hingga jumaat.

Tindakan : Semua guru

4.3 Penilaian Berasaskan Bilik Darjah (PBD)

4.3.1 Tarikh akhir kunci masuk data PBD ialah pada 14 Disember 2021.
Semua guru mata pelajaran hendaklah mengemaskini data di dalam template
yang disediakan mengikut tahaP penguasaan terkini berdasarkan Ujian
Sumatif. Folder untuk mengemaskini data ialah DATA BERAKHIR 10 DIS 2021
4P (PEMENTORAN, PENGESANAN, PEMANTAUAN DAN PENYELARASAN)
akan dibuat oleh pencerap. Pencerap hendaklah memberikan laporan ringkas
kepada KP yang terlibat.

4.3.2 Semua guru dikehendaki memberikan laporan ringkas kepada KP status


kelas masing. (yang capai TP3 atau sebaliknya)

4.3.4 Panitia perlu merangka program intervensi yang bersesuaian bagi


murid TP 1 dan 2 untuk dilaksanakan pada Januari 2022.

4.3.5 Berdasarkan analisis, antara masalah yang telah dikenal ialah seperti
ketidakhadiran murid sepanjang PDP bersemuka dan PDPR dan murid tidak
boleh menguasai fakta Sejarah dan kemahiran menjawab Sejarah.

4.3.6 Antara intervensi yang akan dijalankan oleh panitia untuk

3
meningkatkan TP murid seperti berikut :
1. Guru mengadakan bimbingan secara individu / bimbingan berkala (khusus
untuk mencapai sekurang - kurangnya TP3
2. Guru memberikan latihan merangkumi semua kemahiran yang
bersesuaian/mudah dengan tahap kefahaman murid bagi membantu mereka
mencapai tahap penguasaan.
3. Guru boleh mempelbagaikan kaedah dan bahan PDP serta menggalakkan
murid terlibat dalam aktiviti sumbang saran/ kemahiran
4. Guru menyediakan modul yang bersesuaian dengan murid.
5. Guru menggabungkan kemahiran atau topik yang boleh dicapai oleh
murid.
6. Guru menilai murid berdasarkan pertimbangan profesional

Tindakan : Semua guru

4.4 PPC/ UJIAN SUMATIF T1-T4

4.4.1 Template untuk mengunci masuk markah telah disediakan di Google


Sites SMKSP. Tarikh akhir mengunci masuk markah ialah :
T1, T2 dan T3 (15 Disember 2021)
T4 (16 Disember 2021)
T5 PPC (17 Disember 2021

4.4.2 Bagi Peperiksaan Percubaan SPM(PPC), SAPS akan dibuka untuk guru-
guru mendaftar mata pelajaran dan mengunci masuk markah PPC. Guru-guru
Tingkatan 5 perlu mengunci masuk dalam templete sekolah dan SAPS.

4.4.3 Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 1 hingga Tingkatan 4, 20 peratus


markah boleh ditambah ke dalam markah Ujian Akhir Tahun.

Tindakan : Guru yang terlibat

4.5 Pengurusan Kewangan Panitia

4.6.1 Sebarang perbelanjaan panitia hendaklah dilakukan secara berhemah


dan memberi manfaat kepada murid.

4.6.2 Ketua panitia yang ingin membuat perbelanjaan perlulah menyediakan


kertas kerja, nota minta dan sebut harga. Semua perkara ini perlulah dirujuk
kepada Pengetua, PK Pentadbiran dan Pn. Aini Hayati.

4.6.3 Setelah barang diterima, nota serahan dan invois perlulah diserahkan
kepada Pn. Aini Hayati dalam tempoh tiga hari selepas barang diterima.

4
4.6.4 Baki PCG panitia (2021) akan diperoleh kemudian dan perlu digunakan
sepanjang Januari dan Februari 2022.

Tindakan : Semua guru

4.6 Pelan Strategik Panitia

4.7.1 Panitia telah melaksanakan program kecemerlangan yang tersenarai


dalam Pelan Strategik 2021 iaitu :
- Program Esploitasi Sejarah (Teknik Hafalan) - 15 Oktober 2021
- Program Titian Pasak Harapan – 2 November 2021

4.7.2 Ketua panitia perlu melengkapkan Jadual 3 dan 4 dalam pelan strategik
panitia dan perlu catat sama ada program yang dirancang telah dilaksanakan
atau belum dilaksanakan. Jika program tidak dapat dilaksanakan, program
alternatif dan pelan kontigensi perlulah dibuat.

4.7.3 Panitia juga perlu merancang program yang akan dilaksanakan


sepanjang tahun 2022 dengan melibatkan semua murid daripada tingkatan 1
hingga 5. Selain itu, panitia juga perlu menjalankan Program Peningkatan
Kualiti Guru yang sesuai seperti bengkel dan PLC.

Tindakan : Semua guru

4.7 Rancangan Pengajaran Tahunan 2022

4.8.1 Guru-guru perlu menyediakan RPT bagi tahun 2022. RPT yang
disediakan perlulah merujuk DSKP, Buku Teks,. Ketetapan adalah seperti
berikut :

TING NAMA GURU


1 CIK AZUREEN
2 CIK FARAWAHIDA
3 EN. SHAMSUL NIAM
4 CIK NABILA
5 PUAN NORAZLIN

4.8.1 RPT 2022/2023 perlu disiapkan dan dihantar kepada PK Pentadbiran


(soft copy) sebelum 28 Januari 2022.

Tindakan : Semua guru

5
4.8 Takwim Penggal 3
4.9.1 Takwim penggal 3 akan dikeluarkan sebelum sesi persekolahan 3
Januari 2022.

4.9.2 Peperiksaan untuk murid Tingkatan 3 dan 4 akan diadakan pada bulan
Jan/Februari 2022 dan mestilah mengikut format peperiksaan sebenar.
Justifikasi peperiksaan diadakan adalah untuk dijadikan penanda aras apabila
mereka melangkah ke tingkatan 4 (tingkatan 3) dan sebagai persediaan
murid untuk masuk ke tingkatan 5 (tingkatan 4).

4.9.3 Senarai penggubal soalan

TING NAMA GURU PENGGUBAL


3 CIK AZUREEN
4 K1 - SHAMSUL NIAM
K2 - NORAZLIN

4.9.2 Bagi murid Tingkatan 1dan 2, penjaminan kualiti dan pemerkasaan PBD
akan dilaksananakan oleh guru mata pelajaran. Intenvensi yang akan
diadakan telah dinyatakan pada perkara 4.3.6

Makluman : Semua guru

4.9 PENGGUNAAN BUKU TAHUN 2022


4.10.1 Pengerusi memaklumkan berkenaan dengan penggunaan buku latihan
bagi tahun 2022 adalah sebanyak dua buah iaitu satu buku gapen dan satu
buku modul bagi tingkatan 1 hingga 4.

Tindakan : Semua guru

5.0 HAL-HAL LAIN

6.0 PENUTUP
Mesyuarat Panitia Sejarah bil 4 / 2021 ditangguh pada jam 10 malam.

6
7

You might also like