You are on page 1of 6

SEKOLAH KEBANGSAAN SEKSYEN 19

JALAN PETANI 19/1, 40300 SHAH ALAM

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN MORAL


BILANGAN 1 TAHUN 2022

Tarikh : 17 Mac 2022 (Khamis)


Masa : 9:00 pagi
Tempat : Ruang Kerja masing-masing (Google Meet)

Kehadiran:
1. Pn Munaliza Bt Nawawi Guru Besar
2. Pn Asmidar Jamaiah Binti Alias PK Pentadbiran
3. En Mohd Zaidi Bin Abd Majid PK HEM
4. En. Kamisan Bin Saimin PK Petang
5. Pn Halimatus Saadiah Binti Abdul Rahman Ketua Panita
6. Pn Siti Nor Azzura Binti Misrom Setiausaha

Urus Setia:
1. Pn Siti Nor Azzura Binti Misrom Setiausaha Panitia

Tidak Hadir Bersebab:


Tiada

1
AGENDA MESYUARAT

1.0 PERUTUSAN PENGERUSI


1.1 Guru Besar selaku pengerusi mengucapkan terima kasih kepada guru yang
menghadiri Mesyuarat Panitia Moral Bil. 1/2022 dan mengucapkan tahniah
dengan pelantikan jawatankuasa baru Panitia Moral bagi tahun 2022.
Makluman

1.2 Pengerusi juga mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada guru yang telah
menghasilkan pelbagai kejayaan dan pencapaian sepanjang tahun 2021/2022.
Makluman

1.3 Pengerusi berharap agar semua guru dapat memastikan kemenjadian murid
dapat diteruskan dan ditingkatkan pada tahun 2022/2023.

Makluman

1.4 Pengerusi juga berharap semua guru dapat memberi kerjasama dalam
menjayakan semua aktiviti/program yang dianjurkan oleh panitia.
Makluman

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN MORAL BIL. 4/2021

2.1 Minit Mesyuarat Panitia Pendidikan Moral Bil.4 Tahun 2021/2022 diterima
dan disahkan tanpa pindaan.
Makluman

3.0 PERKARA BERBANGKIT DAN MAKLUM BALAS MINIT MESYUARAT PANITIA


PENDIDIKAN MORAL BIL.4/2021

3.1 Maklum balas mesyuarat Panitia Pendidikan Moral Bil.4/2021 adalah seperti
di Lampiran 1.
Makluman

4.0 PERBINCANGAN

4.1 PERANCANGAN 2022/2023

4.1.1 Mesyuarat Panitia akan dibuat 4x setahun mengikut perubahan takwim.


Makluman

2
4.1.2 Program Guru Penyayang/Prihatin masih lagi diteruskan sepanjang sesi
persekolahan dan perlu mengikuti dan mematuhi SOP yang ditetapkan.
Makluman

4.1.3 Guru Panitia Moral diminta untuk menyerah sesalinan RPT, maklumat diri
guru serta Salinan jadual waktu kepada ketua panitia sebelum 31 Mac 2022.
Tindakkan : Semua guru Pendidikan Moral

4.1.4 Guru Panitia Moral yang ingin membeli alat bantuan nmengajar pada tahun ini,
diminta untuk memaklumkan kepada ketua panitia , bagi tujuan pengisian borang .

Makluman

4.1.5 Semakan buku rampaian Panitia Moral akan dibuat dua kali setahun mengikut
takwim yang disediakan.
Makluman

4.2 PENGURUSAN PANITIA

4.2.1 Program 3P iaitu Pendigitilan, Pengurusan Pembelajaran. Ketua panitia


dan dibantu oleh setiausaha panitia, hendaklah sentiasa kemas kini
maklumat dan bahan sokongan bagi tahun 2022 dalam pelantar
DELIMa yang disediakan.

Makluman

4.2.2 Guru hendaklah menghantar eRPH 2022 melalui pelantar Google


Classroom dengan menggunakan format Microsoft Words / Google
Docs atau Microsoft Excel. Penghantaran eRPH perlu dihantar setiap
minggu mengikut tarikh yang ditetapkan kepada pentadbir seperti
ketetapan berikut:

i. Guru Besar – GPK dan Ketua Panitia

ii. GPK Pentadbiran – Panitia Bahasa Inggeris dan Matematik

iii. GPK HEM – Panitia Bahasa Melayu

iv. GPK Kokurikulum – Panitia Sains

v. GPK Petang – Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab

vi. GPK PPKI – Guru PPKI vii. Jika terdapat guru yang mengajar
subjek elektif sahaja, perlu dihantar kepada GPK Kokurikulum

Makluman
3
4.2.3 Semua guru perlu menghantar RPH kali pertama selewatnya-lewatnya
Ahad (20 Mac 2022) pada jam 8:00 malam.

Tindakan: Semua Guru Pendidikan Moral

4.2.4 Semua guru perlu melengkapkan maklumat eRekod mengajar pada


atau selewat-lewatnya Khamis (31 Mac 2022) dan hantar fail eRekod
tersebut melalui emel DELIMa sekolah.

Tindakan: Semua Guru Pendidikan Moral

4.2.5 eRPH / RPH mesti sentiasa dibawa bersama semasa PdPc dijalankan
dan catatkan refleksi setiap kali selesai PdPc dilaksanakan.

Makluman

4.3 PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PDPC)

4.3.1 Minggu persekolahan bagi tahun 2022 adalah sebanyak 43 minggu


dan minggu akademik sebanyak 40 minggu.

Makluman

4.3.2 Guru hendaklah meneruskan amalan terbaik PdPc seperti PAK21,


kolaboratif, penggunaan BBM dan penggunaan teknologi dan
maklumat seperti Google Classroom / Whatsapp / Telegram dan
sebagainya ketika pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran secara
bersemuka atau penggiliran.

Makluman

4.3.3 Guru Pendidikan Moral digalakkan untuk menerapkan elemen STEM


didalam aktiviti pdpc serta penglibatan di dalam project PBL-STEM

Makluman

4
4.4 PENTAKSIRAN SETARA STANDARD/PSS/PBD

4.4.1 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) perlu dilaksanakan secara


berterusan bagi Tahun 1-6.

Makluman

4.4.2 Pelaporan PBD perlu dilaporkan sekurang-kurangnya 2 kali


setahun.

Makluman

5.0 PEMBENTANGAN KERTAS KERJA


Tiada pembentangan kertas kerja.

6.0 HAL-HAL LAIN


6.1 Tiada hal-hal lain.

7.0 PENUTUP

7.1 Ketua Panitia selaku wakil Pengerusi mengakhiri ucapan beliau dengan
mengucapkan terima kasih atas komitmen dan kerjasama semua guru moral
sepanjang tahun. Semoga semua dapat menjalankan amanah dan
tanggungjawab dalam norma baharu untuk memantapkan Subjek Pendidikan Moral
dan menerapkan nila-nilai murni dikalangan murid-murid moral.
.
7.2 Mesyuarat Panitia Pendidikan Moral Bil.1/2022 ditangguhkan pada jam 12:00
tengah hari.

Disediakan Oleh, Disemak Oleh,

…………..………………………………. ………………………………………………….
(SITI NOR AZZURA BT MISROM) (ASMIDAR JAMAIAH BINTI ALIAS)
Setiausaha Unit Kurikulum PK Pentadbiran
SK Seksyen 19, Shah Alam SK Seksyen 19, Shah Alam

Disahkan Oleh,

…………………………………………….
(MUNALIZA BT NAWAWI)
Guru Besar
SK Seksyen 19, Shah Alam

5
6

You might also like