You are on page 1of 9

SMK BANDAR UTAMA DAMANSARA 2

Jalan BU 1/11, 47800 Petaling Jaya


SELANGOR DARUL EHSAN
MALAYSIA;

MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS BIL. 1/22

Tarikh : 19 Mac 2022


Tarikh : Sabtu
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Google Meet

Kehadiran :
1. Pn. Siti Noor Shaheera Ilani bt Shah Azam Ketua Panitia Sains
2. Pn Amirah bt Noor Affandi Penyelaras Unit Kimia
3. Pn. Dila Zunarti Bt Md Jahaya Penyelaras Unit Biologi
4. En. Safuan bin Che Sulaiman Penyelaras Unit Fizik
5. Pn. Norhaidawati bt Dollah
6. Cik Mindy Miriam Loh Leh Min
7. Pn. Hazwani Noor bt Mohd Yahya
8. Pn Wan Syazwanie bt Wan Yusuf
9. Pn. Nor Amira binti Wahab

Turut Hadir:
Tiada

Tidak Hadir (Bersebab):


-

Urusetia :

Pn. Nor Amira binti Wahab (SU Panitia Sains)

AGENDA MESYUARAT

1.0 PERUTUSAN PENGERUSI


.
1.1 KP Sains selaku pengerusi mesyuarat mengucapkan selamat datang dan terima
kasih di atas kehadiran guru Sains di dalam Google Meet di Mesyuarat Panitia
Sains Bil. 1/2022.
Makluman

1.2 Pengerusi menyisipkan pesanan daripada Pengetua yang semua guru dapat
bersedia memberikan komitmen yang sepenuhnya bagi tahun 2022 dan
memperkasakan pengajaran dan pembelajaran selari dengan Hasrat yang
terkandung dalam pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Makluman

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT BIL. 3/21


2.1 Semua guru sebulat suara menerima dan mengesahkan Minit Mesyuarat Panitia
Sains Bil. 3/21

1
3.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
- Tiada

4.0 PERKARA-PERKARA BAHARU

4.1 Dasar Ketetapan Kurikulum Sekolah 2022

4.1.1 Pelantikan jawatankuasa kurikukum sekolah 2022 seperti tercatat dalam


buku pengurusan. Semua guru perlu akur dan komited dalam menjalankan
tugas dengan penuh tanggungjawab.
4.1.2 Guru perlu mematuhi perkeliling yang telah ditetapkan oleh KPM dan semua
guru perlu mematuhi SPI bil. 3/1999 dalam penyediaan perancangan
pengajaran (kemahiran/ objektif/ refleksi). RPH perlu dibawa bersama-sama
semasa proses PdPC di dalam kelas

Semua guru

4.2 Rancangan Pengajaran Harian (RPH)

4.2.1 Semua guru perlu mematuhi perkeliling yang telah ditetapkan KPM. Guru
perlu mematuhi SPI bil. 3/1999 dalam penyediaan perancangan pengajaran
(kemahiran/ objektif/ refleksi). RPH perlu dibawa bersama-sama semasa
proses PdPC di dalam kelas dan Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT)

hendaklah diolah bersesuaian DSKP. Guru-guru perlu berbincang dan


menyelaraskan format RPH mengikut kesesuaian mengikut panitia masing-
masing seperti penataran yang diberikan diperingkat daerah.
4.2.2 Rekod pengajaran harian perlu dilaksanakan secara standard dalam panitia.
Rekod pengajaran harian juga adalah merupakan dokumen penting dalam
menilai prestasi guru. E-rph akan diguna pakai bermula dari minggu ke-5 dan
perlu dimuat naik ke dalam google classroom.

Semua guru
4.3 Buku Rekod Mengajar

Buku rekod mengajar mestilah mengandungi sukatan pengajaran, huraian sukatan


pengajaran, perancangan pengajaran tahunan, takwim persekolahan, jadual waktu,
dan senarai nama murid. Semua guru perlu mematuhi peraturan penyediaan dan
penghantaran iaitu pada hari jumaat setiap minggu. Penyediaan buku pengajaran
mengajar hendaklah mematuhi perkeliling ikhtisas bil. 3/1999 KPM dan saranan
Jemaah nazir.

Semua guru

4.4 Pengurusan Panitia

4.4.1 Rancangan Pengajaran Tahunan.


Semua Panitia perlulah menghantar RPT tahun 2022/2023 dengan
memasukkan ke dalam template RPT dalam google classrom yang telah
dibuat selewat-lewatnya 1 April 2022.

2
Jadual Penyediaan RPT Panitia Sains 2021

Matapelajaran: Sains

Tingkata Guru Penyedia RPT


n
1 Pn. Wan Syazwanie bt Wan Yusuf
2 Pn. Norhaidawati binti Dollah
3 Pn. Hazwani Noor binti Mohd Yahya
4 Pn. Siti Noor Shaheera Ilani bt Shah Azam
5 Pn. Nor Amira binti Wahab

Matapelajaran: Sains Tulen

Matapelajara Tingkatan Guru Penyedia RPT


n
Kimia 4 Pn. Amirah bt Noor Affandi

5 Pn. Siti Noor Shaheera Ilani bt Shah


Azam
Biologi 4 Pn. Dila bt Md Jahaya
5 Cik Mindy Miriam Loh Leh Min
Fizik 4 Pn. Norahlisa bt Ahmad Supion
5 En. Safuan bin Che Sulaiman

Tindakan : Penyedia RPT

4.4.2 Mesyuarat Panitia bil.1/2022


- Semua panitia perlulah mengadakan mesyuarat panitia bil.1/2022 dengan

segera. Penetapan mesyuarat jawatankuasa kurikulum dan panitia perlulah


diadakan sebanyak 4 kali setahun. Panitia perlulah merancang plan strategi
organisasi untuk peningkatan prestasi tahun 2022/23.

Mesyuarat Panitia Sains Tarikh


Bil. 1/2022 15.01.2022
Bil. 2/2022 17.06.2022
Bil. 3/2022 7.10.2022
Bil. 4/2022 26.1.2022

- Semua surat panggilan mesyuarat, agenda, maklum balas dan penyediaan


minit mesyuarat mesti mengikut pekeliling PKPA 2/1991 (atau SPSK).

4.4.3 Peruntukan dan pengurusan PCG

- Ketua Panitia diingatkan untuk merancang segala perbelanjaan dan


dibincangkan dalam mesyuarat panitia. Semua berkaitan dasar perbelanjaan

3
dan perolehan mestilah mengikut perbincangan dalam mesyuarat kewangan
sekolah. Dasar perolehan, penggunaan, penyelenggaraan dan verifikasi
tahunan mengikut arahan perbendaharaan yang sedang berkuatkuasa. Bajet
hendaklah berdasarkan peruntukan wang kerajaan dan wang suwa yang
ada. Sebarang pembelian tanpa kelulusan tidak akan dibayar oleh pihak
sekolah. Ketua panitia perlulah menyediakan buku stok secara dalaman
untuk simpanan dan rujukan panitia.
- Ketua Panitia diingatkan segala permohonan perbelanjaan perlu dibuat lebih
awal. Nota minta perlu diisi dan tidak dibenarkan membuat sebarang
pembelian terlebih dahulu. Perbelanjaan dibuat mengikut seperti yang telah
dirancang dalam anggaran belanja mengurus (ABM)
- Baki PCG Sains & Unit Sains Tulen:

Panitia/Unit Baki PCG 2021 (RM) PCG Terkini 2022


(RM)
Sains 566.22 5405.50
Biologi 121.90 2851.90
Fizik 65.65 2795.65
Kimia 82.40 2812.40
Tindakan : Ketua Panitia

4.4.4 Semakan Buku Latihan


Ketua Panitia diingatkan supaya menetapkan jumlah latihan minimum mata
pelajaran dan diputuskan didalam mesyuarat panitia berdasarkan keperluan
dalam sukatan mata pelajaran masing-masing. Latihan mestilah menepati
aras rendah, sederhana dan tinggi. Ketua panitia perlu membuat jadual
semakan buku Latihan dan memastikan semua buku Latihan dihantar untuk
disemak oleh ketua panitia secara rawak.Semakan buku Latihan oleh
pentadbir dilakukan perlu dibuat 1 kali setahun.
Tindakan : Ketua Panitia

4.4.5 Headcount
Semua guru mata pelajaran mengenalpasti kelemahan dan kekuatan murid
masing-masing. Proses Pdpc perlu berlangsung berdasarkan TOV dan ETR
murid. Kenal pasti murid yang mendapat TP1 dan TP2 untuk melaksanakan
CUP3. Ketua panitia perlu menguasai data dan headcount. Berkerja dengan
data dan berfokus kepada target dalam setiap pentaksiran/peperiksaan.
Dialog prestasi diadakan setiap kali selepas analisis headcount dibuat.

4.4.6 Program Peningkatan Akademik


Semua program yang dirancang dalam panitia hendaklah dilaksanakan
bermula diawal tahun untuk diberikan kesan positif. Program dilaksanakan
seperti yang dirancang. Maklumat semua program perlu dilaporkan kepada
GKMP mengikut bidang masing-masing.

Panitia Sains:

Program Tarikh Kumpulan


Sasaran
CUP 3 Mac Ting 1-3
Taklimat Format Sains SPM 2022 Mac Semua T4 - 5
4
Skor A Sains Apr - Sep 3S, 3I, 5K1, 5K2
HALUS Sains Apr - Sep 3R, 3C, 3A, 5K3,
5K4, 5K5, 5K6
Bengkel Skor A/ Lulus SPM Sains Jun, Okt Semua T5
Latihan Cuti Terancang (LK / Kuiz Jun, Sep, Semua T1-5
GC) Dec
Minggu STEM Jun Semua T1-5
Modul Gemilang April – Okt Semua T1-5
Kelas Tambahan SPM Sep-Okt Semua T5
Bengkel Teknik Menjawab SPM Jun, Okt Semua T5
Program Pecutan SPM Nov - Feb Semua T5

Unit Kimia:

Program Tarikh Kumpulan


Sasaran
Intervensi Kimia Mac 4S, 5S
Taklimat Format SPM Kimia SPM Mac 4S, 5S
2022
Bengkel Skor A / Lulus SPM Kimia Mac, Ogos 5S
Latihan Cuti Terancang (LK / Kuiz Jun, Sep, 4S, 5S
GC) Dec
Minggu STEM Jun Semua T1-5
Analisis Headcount Ogos 4S, 5S
Program Pecutan SPM Nov - Feb 5S

Unit Fizik:

Program Tarikh Kumpulan


Sasaran
‘Physics in Motion’ Mac 4S, 5S
Taklimat Format Fizik SPM 2022 Mac 4S, 5S
‘Save My Exams’ Mac - Okt 5S
Latihan Cuti Terancang (LK / Kuiz Jun, Sep, 4S, 5S
GC) Dec
Minggu STEM Jun Semua T1-5
Analisis Headcount Ogos 4S, 5S
Bengkel Skor A/ Lulus SPM Fizik Jun, Okt 5S
Program Pecutan SPM Nov - Feb 5S

Unit Biologi:

Program Tarikh Kumpulan


Sasaran
Masteri Biologi Mac - Nov 4S, 5S
Taklimat Format Biologi SPM 2022 Mac 4S, 5S
Latihan Cuti Terancang (LK / Kuiz Jun, Sep, 4S, 5S
GC) Dec
Minggu STEM Jun Semua T1-5
Analisis Headcount Ogos 4S, 5S
Bengkel Teknik Menjawab Biologi Jun, Okt 5S
Biokolaborasi Jun - Nov 5S

5
Pecutan Maksima SPM Nov - Feb 5S

Tindakan: Semua Ketua


Panitia

4.5 LADAP/PLC/CPD

4.5.1 Semua surat penggilan mesyuarat atau kursus akan diberikan kepada guru
kanan mata pelajaran untuk diminitkan kepada guru yang terlibat. Program
PLC perlu diteruskan untuk penambahanbaikan PdPC. Semua guru perlu
mengemaskini sistem SPLKPM bagi memastikan mata kredit setiap guru
mencukupi.

Makluman

4.5.1 Ketua Panitia boleh mencadang dan membincangkan jenis kursus yang
sesuai mengikut panitia masing-masing.

Cadangan program pembangunan profesionalisme guru:

Panitia Sains:

Nama Program Tarikh


PLC (Teacher Sharing- Merancang program guru & Mac 2022
murid)
PLC (Peer Coaching – Kaedah Pengajaran) Mei 2022
PLC (Teacher Sharing - Analisis Headcount) Jun 2022
Bengkel Teknik Penandaan Sains PT3 Jun 2022
Bengkel Teknik Penandaan Sains SPM Julai 2022

Unit Kimia:

Nama Program Tarikh


PLC (Teacher Sharing- Merancang program guru & Mac 2022
murid)
PLC (Peer Coaching) April 2022
PLC (Analisis Headcount) Jun 2022
Bengkel Teknik Penandaan Kimia SPM Jun 2022
Penataran & Pelaksanaan Kertas 3 Sains Tulen Jun 2022
SPM

Unit Fizik:

Nama Program Tarikh


PLC (Teacher Sharing) Mac 2022
PLC (Teacher Sharing – Analisis Headcount) Mei 2022
Penataran & Pelaksanaan Kertas 3 Sains Tulen Jun 2022
SPM

Unit Biologi:

6
Nama Program Tarikh
PLC (Teacher Sharing) Mac 2022
PLC (Teacher Sharing – Analisis Headcount) Mei 2022
Penataran & Pelaksanaan Kertas 3 Sains Tulen Jun 2022
SPM
Makluman

4.6 STATUS PELAKSANAAN PROGRAM (PPD,JPN,KPM)


- Setiap guru yang mengikuti kursus, mesyuarat, program dan sebagainya mesti
menyiapkan minit curai untuk dihantar kepada pentadbir dan memastikan
maklumat yang diperolehi disebar luaskan. Guru-guru perlu memaklumkan kepada
pihak pejabat sebelum keluar sekolah mengikuti program yang dianjurkan oleh
PPD/JPN,KPM.
- Guru-guru yang menghadiri kursus mesti menyerahkan bahan-bahan ilmiah dan
minit curai kepada PK dalam bentuk soft copy atau hard copy. Bahan-bahan
tersebut adalah hak milik sekolah

Makluman

4.7 Pemantauan/Pencerapan Guru


4.7.1 Mengingatkan semua guru bahawa pencerapan akan dilaksanakan sebanyak
2 kali setahun. Learning–work akan dilaksanakan dari semasa ke semasa.
Guru perlu sentiasa bersedia untuk dicerap semasa proses PdPc.
4.7.2 Guru hendaklah memberi perhatian kepada keceriaan kelas dan kawalan
kelas bagi memastikan proses PdP berkesan dan kelas berada dalam
keadaan kondusif.
4.7.3 Pencerapan PdPC guru akan menggunakan instrumen SKPMG2. Refleksi
perlu jelas dan ditulis dengan terperinci dan perlu ada intervensi bagi tahap
TP1 dan TP2. Semasa pencerapan guru tidak boleh duduk dan perlu
mengawal kelas semasa PdPC. Kepelbagaian teknik dan penggunaan bilik-
bilik khas amat digalakkan semasa PdPC.
Makluman

4.8 Jadual Waktu Guru


Jadual waktu pdpr akan bermula pada 21 mac sehingga 1 April. Semua guru
perlu melaporkan PdPC dalam sistem Spdpr. Jadual waktu bersemuka akan
bermula 4 April 2022. Jadual waktu perlu dipamerkan di dalam setiap kelas.
Guru perlu hadir ke kelas mengikut jadual waktu yang ditetapkan sekurang-
kurangnya 5 minit awal bagi membantu unit disiplin.

Makluman

4.9 Penggunaan Bilik-Bilik Khas


4.9.1 Semua guru memastikan penggunaan bilik khas direkod sebagai bukti
penggunaan. Semua guru mesti mengiringi murid masuk ke bilik khas.
Pastikan buku log di diletakkan di bilik Khas. Pastikan susun atur dan
kebersihan bilik dalam keadaan seperti asal.

Senarai penyelaras Bilik-bilik Khas boleh dirujuk di dalam Buku Pengurusan


Sekolah.

Makmal Penyelaras (Guru) Pembantu Makmal


Makmal Sains 1 Pn. Siti Noor Shaheera En. Hilmi
Makmal Sains 2 Pn. Norhaidawati Pn. Aina
Makmal Sains 3 Cik. Mindy Miriam Pn. Mazura
7
Makmal Kimia Pn. Amirah En. Hilmi
Makmal Biologi Pn. Dila Zunarti Pn. Aina
Makmal Fizik Pn. Norahlisa Aznah Pn. Mazura
Tindakan: Penyelaras Makmal

4.10 Ujian Pentaksiran dan Peperiksaan


- Penilaian Bilik Darjah (PBD), PT3, Psikometrik dan PAJSK. Manakala,
Pentaksiran Pusat melibatkan PT3 dan SPM.
- Semua KP mata pelajaran perlu pastikan soalan yang digubal mengikut standard
yang ditetapkan mengikut aras.
- Semua ketua panitia diminta menyediakan jadual pengubal soalan bagi tahun
2021 dan memastikan setiap item soalan yang dibina menepati JSU yang dibina.

Peperiksaan
Ujian Percubaan Peperiksaan
Subjek Pertengahan
Sumatif 1 SPM Akhir Tahun
Tahun
Pn.
Sains T1 Pn. Shazwanie Pn. Hazwani
Shazwanie
Pn.
Sains T2 Pn. Dila Cik Mindy
Norhaidawati
Sains T3 Pn. Amirah Pn. Amirah En. Safuan
Pn. Shaheera
(K1)
Sains T4 Pn. Norhaidawati Pn. Pn. Shaheera
Norhaidawati
(K2)
Cik Mindy (K1) Pn. Dila (K1)
Sains T5 Pn. Amira W Pn. Amira W Pn. Amira W
(K2) (K2)
Biologi T4 Pn. Dila Pn. Dila Pn. Dila
Biologi T5 Cik Mindy Cik Mindy Cik Mindy
Fizik T4 En. Safuan En. Safuan En. Safuan
Fizik T5 En. Safuan En. Safuan En. Safuan
Kimia T4 Pn. Amirah Pn. Amirah Pn. Amirah
Pn.
Kimia T5 Pn. Shaheera Pn. Shaheera
Shaheera

Tindakan : Semua KP m/p

- Post mortem perlulah dilakukan setiap kali peperiksaan dilaksanakan


terutamanya peperiksaan pertengahan tahun dan akhir tahun.
Tindakan : Semua Ketua Panitia

4.11 Komuniti Pembelajaran Professional (PLC)

8
En Norzi menggalakkan semua guru membudayakan PLC dalam kerja harian untuk
perkongsian ilmu, kepakaran dan bekerjasama dalam kalangan guru untuk
meningkatkan profesionalime perguruan masing-masing.

Makluman

5.0 HAL-HAL LAIN

5.1 LCD Projektor di Makmal Fizik dan Makmal Kimia telah rosak. Ketua panitia boleh
menggunakan PCG untuk membeli LCD Projektor baru jika mendapat kebenaran.

Tindakan: Ketua Panitia

5.2 Guru mp Sains T4-5 perlu menyediakan fail peka untuk setiap murid sebagai
evidens dan disimpan di dalam almari di makmal Sains

Tindakan: Guru MP T4-5

6.0 PENUTUP

6.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang hadir.

6.2 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 10 pagi.

Urus setia

Siti Noor Shaheera Ilani bt Shah Azam


Ketua Panitia Sains
30.3.2022

You might also like