You are on page 1of 4

2

MINIT MESYUARAT BIDANG KEMANUSIAAN BIL. 01/2022


SMKA SHEIKH HAJI OTHMAN ABDUL WAHAB,
TAMAN MATANG JAYA, KUCHING

Tarikh: 30 Mac 2022


Hari: Rabu
Masa: 2.00 Petang
Tempat: Bilik Ketua Bidang Kemanusiaan, SMKA Sheikh Hj Othman Abdul Wahab
Agenda: 1. Kata Aluan Pengerusi
2. Fail Panitia
3. Sukatan Pelajaran
4. Program Kecemerlangan
5. Pentaksiran & Penilaian
6. Penyeliaan PdPc
7. Pemeriksaan Buku Latihan/Kerja
8. PCG Mata Pelajaran
9. Program Perkembangan Staf
10. Hal-hal Lain

Kehadiran: 1. Pn. Rozita Anak Latip (KB Kemanusiaan)-Pengerusi


2. Pn. Dayang Juita Bt. Awang Junaidi (KP Sejarah)
3. Pn. Aidayusmi Bt. Yusop (KP PJPK)
4. Pn. Nurul Aini Bt. Musa (KP PSV)
5. En. Razali B. Sani (KP Geografi)

1. Kata Aluan Pengerusi


1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua Ketua Panitia (KP) dalam
mesyuarat kali ini. Beliau menghargai segala komitmen dan usaha yang telah
diberikan sepanjang tahun 2021. Beliau mengucapkan tahniah atas pelantikan KP
PJPK yang baharu iaitu Pn. Aidayusmi bagi menggantikan Pn. Siti Nurhidayah yang
berpindah sekolah.
Makluman
1.2 Pengerusi mengharapkan semua KP dapat memberikan komitmen dan terus
cemerlang dalam menggalas tanggungjawab sebagai Ketua Panitia bagi tahun 2022.
Makluman

2. Fail Panitia
2.1 Semua fail panitia mata pelajaran hendaklah dikemaskini. Pengerusi memaklumkan
setiap KP akan diberikan cover page pembahagi kandungan fail panitia agar seragam
dan selaras dalam Bidang Kemanusiaan. Mohon semua KP melengkapisi Fail Panitia
berdasarkan kandungan yang terdapat dalam cover page.
Tindakan: Ketua Panitia

3. Sukatan Pelajaran
2

3.1 KP dimohon untuk memastikan Dokumen Standard Kurikulum & Pentaksiran


(DSKP) disebarluas agar dibaca serta difahami oleh semua guru. Aspek-aspek
seperti Standard Pembelajaran (SP), Standard Kandungan (SK), Tahap Penguasaan
(TP) dan sebagainya perlu difahami oleh semua guru.
Tindakan: Ketua Panitia
3.2 Penyediaan Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) telah dikongsikan oleh KP dalam
Telegram Panitia. Semua guru hendaklah mencetak & memastikan pdpc
berpandukan RPT yang telah disediakan.
Tindakan: Semua guru
3.3 Penyediaan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) antara semua guru diseragamkan
dan diselaraskan agar tidak wujud ketidakselarasan RPH.
Tindakan: Ketua Panitia/Semua Guru

4. Program Kecemerlangan
4.1 Pelaksanaan program peningkatan akademik hendaklah mengambil-kira analisis
ujian/peperiksaan & pencapaian PBD. KP perlu merancang program peningkatan
akademik atau program intervensi dengan berpandukan pencapaian TP murid dalam
4 fasa untuk meningkatkan pencapaian TP murid.
Tindakan:KP/Semua guru
4.2 Pengisian program Bulan Kebangsaan akan dilaksanakan pada bulan Ogos-
September. Semua KP akan merancang satu program sebagai pengisian sambutan
Bulan Kebangsaan. Antara cadangan ialah Panitia Sejarah (Kuiz Sejarah), Panitia
Geografi (Xplorace Merdeka), Panitia PJPK (Zumbathon Merdeka) dan Panitia PSV
(Pertandingan Melukis Poster). KP digalakkan untuk mengadakan aktiviti lain selain
daripada yang dicadangkan.
Tindakan:KP/Semua Guru
4.3 Format kertas kerja atau kertas cadangan (rujuk lampiran) hendaklah digunapakai
dalam perancangan program, pembelian menggunakan peruntukan PCG dan
sebagainya agar selaras & seragam antara KP.
Tindakan: KP

5. Pentaksiran & Penilaian


5.1 KP bersama-sama dengan ahli panitia membuat analisis peperiksaan awam SPM &
peperiksaan peringkat sekolah dengan mengadakan post mortem untuk merancang
program intervensi bagi meningkatkan keputusan peperiksaan.
Tindakan: KP/Semua guru
5.2 Penetapan Headcount (TOV/ETR) murid terutamanya murid Tingkatan 5 yang akan
menduduki peperiksaan SPM.
Tindakan:KP Sejarah/Guru Subjek T5
5.3 KP hendaklah menekankan kepentingan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) PBD
pelaksanaan PBD secara berintegriti dalam kalangan ahli panitia. KP & ahli panitia
bertanggungjawab:
i. Memahami konsep, pelaksanaan dan kepentingan PBD
ii. Melaksanakan PBD seperti yang dirancang dan mematuhi dokumen
kurikulum
2

iii. Menghadiri sesi PLC dengan rakan guru untuk mendapat input dan
perkongsian profesional tentang PdP
iv. Merekod dan membuat catatan PBD
v. Membuat pentaksiran secara adil dan saksama kepada semua murid
vi. Menggunakan pelbagai kaedah pentaksiran agar sesuai dengan aras
keupayaan murid Memaklumkan kepada murid aspek yang hendak ditaksir
vii. Memaklumkan kepada murid Tahap Penguasaan yang diperoleh dan memberi
peluang kepada murid yang ingin ditaksir semula
viii. Membuat penilaian kendiri bagi menambah baik pengajaran dan pentaksiran
Tindakan:KP/Semua Guru
5.4 Jadual agihan penggubal soalan hendaklah dibuat 2 minggu sebelum tarikh
peperiksaan. Semua guru yang menggubal soalan mematuhi prosedur & memastikan
soalan ujian/peperiksaan diselaraskan/diseragamkan antara kelas.
Tindakan: KP/Semua Guru

6. Penyeliaan PdPc
6.1 Agihan guru yang dicerap boleh dirujuk dalam Diari Pengurusan Sekolah 2022.
Semua guru dimohon untuk membaca dan memahami aspek-aspek penilaian
pencerapan dalam Standard 4 SKPMg2.
6.2 Pencerapan akan dilaksanakan dua kali setahun.
Makluman

7. Penyemakan Buku Latihan/Kerja


7.1 Pemeriksaan buku latihan/kerja diselaraskan. KP boleh menyemak secara rawak
buku-buku latihan murid secara rawak daripada ahli panitia masing-masing.
Pelaporan penyemakan buku latihan disimpan dalam fail panitia.
Tindakan:KP/Semua Guru

8. PCG Mata Pelajaran


8.1 Agihan PCG Mata Pelajaran Bidang Kemanusiaan adalah seperti berikut:
i. Sejarah RM2946.09
ii. PJPK RM7685.07
iii. PSV RM4404.10
iv. Geografi RM4435.58
8.2 Peruntukan PCG tiada potongan 10% pada tahun 2022. Mohon KP merancang & berbelanja
dengan berhemah. KP dimohon mengikut tatacara perbelanjaan dengan betul seperti
menyediakan kertas cadangan/kerja, mendapatkan 3 kajian pasaran, mendapatkan
persetujuan Pengetua, membuat nota minta dan sebagainya.
Tindakan: KP

9. Program Perkembangan Staf


9.1 PLC dilaksanakan sekurang-kurangnya dua kali setahun yang akan melibatkan semua
ahli panitia. Panitia Bidang Kemanusiaan akan menggunakan alat kolaboratif PLC
iaitu Teacher Sharing Sessions & Horizontal and Vertical Teams.(rujuk lampiran)
Tindakan: KP/Semua Guru
9.2 Selain itu, KP digalakkan menjemput JU mata pelajaran untuk mengadakan
bengkel/ceramah tentang pelaksanaan PBD bagi mata pelajaran masing-masing.
2

Makluman

10. Hal-Hal Lain


-Tiada-

Mesyuarat ditangguh pada jam 3.00 petang dan diakhiri dengan bacaan surah Al-Asr dan tasbih
kaffarah.

Minit Dicatat Oleh: Disemak Dan Disahkan Oleh:

(ROZITA ANAK LATIP) (ROHANI BINTI TUAH)


Ketua Bidang Kemanusiaan, Pen. Kanan Pentadbiran & Akademik
SMKA Sheikh Haji Othman Abdul Wahab SMKA Sheikh Haji Othman Abdul
Wahab

You might also like