You are on page 1of 7

KERTAS KERJA MEMOHON BANTUAN KEWANGAN PIBG UNTUK

KARNIVAL UNIT BERUNIFORM


SK ST FRANCIS XAVIER (M), KANOWIT, SARAWAK
TAHUN 2020
1.0 PENGENALAN
Karnival Unit Beruniform 2020 sebagai aktiviti tahunan untuk mendedahkan pelajar-pelajar,
khususnya ahli-ahli badan beruniform sekolah ini dalam aktiviti perkhemahan dan seterusnya untuk
melahirkan pelajar-pelajar yang berketerampilan dari segi kepimpinan, serta pandai berdikari di
samping dapat membiasakan diri dengan aktiviti luar yang lasak.
2.0 TARIKH CADANGAN
3 Mac 2020 – 5 Mac 2020 (Selasa-Khamis)

3.0 TEMPAT
SK St Francis Xavier (M), Kanowit.

4.0 OBJEKTIF
1. Menjadikan aktiviti ini sebagai aktiviti tahunan untuk Unit Pakaian Seragam sekolah supaya
dapat menarik minat pelajar-pelajar menyertai serta aktif dalam Unit Pakaian Seragam.
2. Mencungkil bakat kepimpinan di kalangan ahli-ahli pakaian seragam sekolah.
3. Membina semangat ketahanan diri kepada ahli-ahli pakaian seragam yang menyertai
perkhemahan ini.
4. Mewujudkan semangat kerjasama di kalangan ahli-ahli pakaian seragam terutamanya ketika
menjalankan aktiviti di dalam perkhemahan.
5. Membina semangat bersaing secara sihat di kalangan unit-unit pakaian seragam sekolah melalui
aktiviti-aktiviti yang dipertandingkan.
6. Melatih ahli-ahli unit pakaian seragam sekolah berdikari.

5.0 SYARAT PENYERTAAN:


1. Penyertaan semua ahli Unit Beruniform dari tahun 3, 4, 5 dan 6.
2. Pelajar tahun 6 diberikan kelonggaran untuk tidak menyertai aktiviti sekiranya bertembung
dengan kelas tambahan.

6.0 KUMPULAN SASARAN

TKRS BBSM TUNAS PUTERI PENGAKAP


59 orang 63 orang 52 orang 71 orang
Jumlah pelajar : 245 orang

7.0 CADANGAN AKTIVITI

HARI MASA AKTIVITI PIC


SELASA
2.00 – 4.00 Masakan rimba BBSM
3 Mac 2020
RABU 2.00 – 3.30 Gajet Pengakap
4 Mac 2020 3.00 – 4.00 Kebudayaan Tunas Puteri
KHAMIS 2.00 – 3.00 Kawad kaki TKRS
5 Mac 2020 3.00 – 4.00 Majlis Penutup
* Syarat Pertandingan sila rujuk pada Lampiran 1.
8.0 AHLI JAWATANKUASA KARNIVAL UNIT BERUNIFORM 2020
Pengerusi : En. Joanes Uno, Guru Besar
Timbalan Pengerusi : Pn. Evelin William Jali , PK Kokurikulum
Naib Pengerusi I : En. Nyanau Adoh, PK Pentadbiran
Naib Pengerusi II : En. Jaya Slan, PK HEM
Setiausaha Kokurikulum : En. Andrew Anderson
Penyelaras Unit Beruniform : En. Muhammad Hanis bin Abdul Mutalib
Ahli Jawatankuasa Kerja :
AJK Nama Bidang tugas
1. Menyediakan Borang Pendaftaran
Peserta.
1. Pn. Judah Luna 2. Mengenalpasti kehadiran peserta dan
Pendaftaran Peserta
2. Cik Timbong Medang menyenaraikan ketidakhadiran peserta
mengikut unit pada hari pertama untuk
diserahkan kepada penyelaras.
1. Masakan rimba
Semua guru penasihat BBSM.
1. Memastikan semua peralatan dan bahan
untuk pertandingan disediakan dengan
2. Gajet
lengkap.
Persiapan Semua guru penasihat Pengakap.
2. Setiap UB yang mengendalikan aktiviti
- Tempat
perlu menyediakan Syarat Pertandingan
- Peralatan 3. Kebudayaan
dan Borang Pemarkahan.
- Pertandingan Semua guru penasihat Tunas Puteri.
3. Borang Pemarkahan perlu diedarkan
kepada hakim.
4. Kawad kaki
Semua guru penasihat TKRS.

1. Menyediakan P.A Sistem di tapak


perhimpunan semasa sesi taklimat,
1. En. Andrian Joseph tempat urusetia dan semasa perasmian
Siaraya 2. En. Awgku Sofri Bolkiah penutupan.
2. Memastikan elektrik, lampu dan
peralatan siaraya lengkap di tapak
pertandingan.
1. Mengambil gambar dan video sepanjang
program dijalankan untuk tujuan
dokumentasi.
2. Menyediakan satu laporan aktiviti
1. En. Mohamad Radzi bin Abd Rahim
bergambar selepas program tamat untuk
Dokumentasi 2. Cik Nur Amirah binti Mohamad Bahar
simpanan fail dan ditampal di papan
3. Guru Penasihat setiap UB.
kenyataan kokurikulum.
3. Guru Penasihat UB perlu mengambil
gambar aktiviti setiap UB dan membuat
laporan untuk fail UB masing-masing.
1. Menyediakan buku program untuk
1. Pn. Bong Causyn
Buku Program diedarkan kepada VIP dan pengacara
2. En. Gabriel Paul
majlis pada Majlis Perasmian Penutup.
1. Menyediakan teks ucapan pengacara
1. Pn. Hanisah binti Tirmizi majlis.
Juruacara Perasmian
2. Pn. Gwendoline Umi Sumang 2. Mencari dan menyediakan pelajar yang
Penutup
3. Cik Josephine Jata Salih boleh menjadi pengerusi majlis semasa
perasmian penutupan.
Pengurus Peserta 1. TKRS : En. Muhammad Hanis 1. Semua peserta diuruskan oleh UB
2. BBSM : En. Andrew Anderson masing-masing.
3. Tunas Puteri : Cik Rachel Ica 2. Nama pelajar yang terlibat dengan
4. Pengakap : En. Augustin Martin aktiviti perlu diserahkan kepada AJK
Pendaftaran dan AJK Sijil.
1. Masakan rimba 1. Menghakimi pertandingan dan
- Cik Rachel Ica Stephen (TP) berbincang dengan penyelaras aktiviti
- Pn. Hanisah binti Tirmizi (TKRS) mengenai mekanisma pemarkahan atau
- Pn. Bong Causyn (BBSM) kutipan markah yang sesuai dengan
- Pn. Juliana Andau (Pengakap) aktiviti.
2. Menentukan kedudukan bagi setiap Unit
2. Gajet Beruniform (Kedudukan pertama hingga
- En. Wan Nor Ariza (TKRS) keempat) dan menyerahkan keputusan
- Pn. Jacqueline Gabriel (TP) kepada penyelaras.
- En. Edwin Unjong. (BBSM)
Hakim Pertandingan - Pn. Magdeline Ensimai (Pengakap)

3. Kebudayaan
- En. Mohamad Radzi
- En. Andrian Joseph
- Cik Josephine Jata Salih

4. Kawad Kaki
- Pn. Evelin William Jali
- En. Jaya Slan
- En. Nyanau Adoh
1. Memastikan persekitaran dan keadaan
1. En. Brendan Ullok Diminic Demong pelajar dalam selamat.
Keselamatan
2. Pn. Brigid Maurice. 2. Memberi bantuan kecemasan sekiranya
berlaku perkara yang tidak diingini.
1. Menyediakan Back Drop sehari sebelum
1. Pn Olivia Daisy
Karnival Unit Beruniform bermula.
Back Drop 2. Pn. Connie Stephen Bakar
2. Mengemas semula Back Drop selepas
3. Pn. Lu Shiau Yee
karnival berlangsung.
1. Menyediakan sijil penyertaan dan sijil
1. Pn. Clara Bungan Erang
kepada pemenang setiap pertandingan.
Sijil 2. Pn. Jessica Bojit
2. Sijil perlu disediakan sebelum Majlis
3. En. Muhammad Hanis
Penutupan Rasmi Karnival UB.

9.0 SUMBER KEWANGAN


1. PIBG
10.0 BAJET PERBELANJAAN

BIL PERKARA KUANTITI HARGA SEUNIT JUMLAH


Buluh 8 batang RM2.00 RM16.00
1 Masakan Rimba Ayam 3 ekor RM30.00 RM90.00
Arang/kayu api 4 bungkus RM6.00 RM24.00
2 Hamper 4 buah RM50.00 RM200.00
3 Tali 1 gulung RM20.00 RM20.00
4 Sijil (Kertas A4 Warna Kuning) 1 rim RM15.00 RM15.00
JUMLAH KESELURUHAN RM365.00

11.0 TENTATIF KARNIVAL


a) AKTIVITI

HARI MASA AKTIVITI TEMPOH PIC


SELASA
2.00 – 4.00 Masakan rimba 2 jam BBSM
3 Mac 2020
RABU 2.00 – 3.30 Gajet 1 jam 30 minit Pengakap
4 Mac 2020 3.00 – 4.00 Kebudayaan 1 jam Tunas Puteri
KHAMIS 2.00 – 3.00 Kawad kaki 1 jam TKRS
5 Mac 2020 3.00 – 4.00 Majlis Penutup

b) MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN

HARI MASA PERKARA


3.00 ptg Mengambil tempat.
3.10 ptg Nyanyian lagu Negaraku
KHAMIS
3.15 ptg Ucapan Perasmian Penutupan Karnival oleh Guru Besar.
5 Mac 2020
3.30 ptg Penyampaian hadiah
4.00 ptg Bersurai

12.0 PENUTUP
Diharapkan karnival ini akan mencapai objektifnya di samping mendapat kerjasama sepenuhnya dari
kalangan warga sekolah, terutamanya daripada guru-guru. Di samping itu, karnival yang menjadi
aktiviti kokurikulum tahunan sekolah ini dan akan terus diperbaiki dari tahun ke tahun agar menjadi
aktiviti yang sentiasa ditunggu-tunggu oleh pelajar-pelajar. Begitu juga diharapkan kepada guru-guru
yang turut mengendalikan karnival ini supaya dapat menambahkan pengalaman mahupun ilmu yang
berguna sebanyak mungkin agar dapat digunakan bagi meningkatkan kualiti perkhemahan sekolah
pada masa akan datang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

(MUHAMMAD HANIS BIN ABDUL MUTALIB) (EVELIN WILLIAM JALI)


Penyelaras Unit Beruniform, Guru Penolong Kanan Kokurikulum,
SK St Francis Xavier, Kanowit. SK St Francis Xavier, Kanowit.

DILULUSKAN

TIDAK DILULUSKAN

Disahkan oleh,

(JIMMY ANAK BUJANG)


Yang Di Pertua PIBG,
SK St Francis Xavier, Kanowit
LAMPIRAN 1
SYARAT PERTANDINGAN KARNIVAL UNIT BERUNIFORM 2020
SK ST FRANCIS XAVIER, KANOWIT

MASAKAN RIMBA

1. Setiap unit pakaian seragam yang mendaftar layak menyertai pertandingan ini.
2. Konsep pertandingan – Masakan Rimba iaitu Ayam Pangsuh.
3. Penggunaan bahan siap proses seperti kicap, sos, cili boh, pati kiub dan sebagainya tidak
digalakkan.
4. Bahan asas masakan seperti bawang putih, halia, garam dan gula dibenarkan.
5. Masakan yang dibawa dari luar tidak dibenarkan. Pasukan yang didapati membawa
masakan tersebut akan dibatalkan penyertaan.
6. Pasukan dibenarkan untuk membawa hiasan dari luar.
7. Semua masakan yang dipertandingkan adalah ditanggung halal.
8. Makanan perlu disediakan oleh peserta sahaja. Guru-guru penasihat hanya dibenarkan memberi
tunjuk ajar dan menyelia sahaja.
9. Aspek-aspek yang dinilai adalah seperti berikut:

BIL PERKARA MARKAH


1 Tekstur dan rasa 30
2 Kebersihan 15
3 Komposisi makanan,kreativiti dan inovasi 20
4 Persediaan yang betul dan kerjasama 15
5 Persembahan makanan 20
JUMLAH 100
10. Keputusan pengadil adalah muktamad.

PERTANDINGAN MEMBUAT GAJET

1. Setiap pasukan disertai oleh 15 orang.


2. Setiap pasukan perlu menyiapkan 3 gajet untuk dinilai.
3. Peralatan untuk gajet perlu disediakan sendiri oleh pasukan yang bertanding.
4. Setiap pasukan diperuntukkan masa 1 jam 30 minit.
5. Semua ukuran dan saiz gajet adalah munasabah.
6. Pengadilan akan dilakukan selepas masa tamat.
7. Semua hasil kerja adalah milik Unit Beruniform terbabit.
8. Aspek-aspek yang dinilai adalah seperti berikut:

BIL PERKARA MARKAH


1 Kekemasan ikatan 25
2 Kekukuhan binaan 25
3 Kreativiti 25
4 Keaslian hasil kerja 25
JUMLAH 100
9. Keputusan hakim adalah muktamad.

PERTANDINGAN KEBUDAYAAN

1. Setiap pasukan perlu membuat 1 persembahan untuk dinilai.


2. Pasukan diberikan masa selama 1 jam untuk membuat persediaan.
3. Masa yang diperuntukkan tidak lebih daripada 8 minit.
4. Persembahan hendaklah berdasarkan kepada tema yang telah ditetapkan.
5. Persembahan perlu mempunyai nilai-nilai murni dan patriotisme.
6. Aspek-aspek yang dinilai adalah seperti berikut:

BIL PERKARA MARKAH


1 Suara dan harmoni                                  40
2 Imbangan                                               30
3 Kreativiti dan gaya                                   20
4 Diksi                                                       10
JUMLAH 100
7. Keputusan hakim adalah muktamad.

PERTANDINGAN KAWAD KAKI

1. Setiap pasukan UB perlu menyediakan 16 hingga 25 orang ahli platun.


2. Pasukan UB perlu memakai pakaian yang lengkap semasa pertandingan dijalankan.
3. Jangka masa persembahan sepenuhnya bagi sesebuah pasukan ialah 15 minit. Pemberian markah
bermula apabila platun mula bergerak masuk ke litar pertandingan dan berdasarkan tempoh masa
yang ditetapkan sehingga semua anggota keluar dari litar.
4. Selepas 15 minit persembahan dijalankan, markah tidak akan dinilai.
5. Setiap pasukan UB perlu mempersembahkan :
 Kawad statik dan dinamik.
 Kawad formasi.
6. Ketua platun perlu menggunakan bahasa kawad yang jelas di hadapan hakim.
7. Pelan litar pertandingan seperti berikut:
8. Keputusan hakim adalah muktamad.

You might also like