You are on page 1of 6

SEKOLAH KEBANGSAAN BENTA

27300 BENTA PAHANG DARUL MAKMUR

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN


BIL 1/2022

Tarikh : 31 Mac 2022


Masa : 10.30 pagi
Tempat : Kediaman masing-masing (google meet)

KEHADIRAN

Bi Nama Jawatan
l
1 Pn. Yusnida bt Jalil GPK Pentadbiran
2 En Azmi bin Ibrahim GPK Kokurikulum/ GMP PK
3 Cik Maizatul Ullaya Ketua Panitia / GMP PJPK
4 Pn. Nazirah bt Zulkafli GMP PJPK
5 Pn Siti Nurulhasikin GMP PJPK
6 En Wan Mohd Yusri GMP PJPK
7 En Mohd Azhan GMPK PJPK
8 Pn Nor Ezatul Azhanafiza GMP PJPK
9 En Mohamad Ariff Hakim Setiausaha /GMP PJPK

1.0 KATA ALU-ALUAN PENGERUSI


1.1Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua guru serta kesudian guru-guru yang
terpilih mengajar PJPK pada tahun ini.
1.2 Cik Ullaya dilantik menjadi Ketua Panitia PJPK bagi sesi 2022, manakala Encik
Mohamad Ariff dilantik menjadi Setiausaha PJPK.
1.3 Terdapat 5 orang guru yang menyertai Panitia pada tahun ini,
1.4 Beliau berharap agar Panitia pada tahun ini akan lebih proaktif dalam membantu
mengembangkan tahap kecergasan murid SK Benta di era pandemik dan
memastikan PdPC dijalankan mengikut garis panduan yang ditetapkan, mengikut
SOP yang digariskan oleh Kementerian Pendidikan
2.0 ISU-ISU YANG DIBINCANGKAN
2.1 Huraian Sukatan Pelajaran / Perancangan Tahunan / DSKP/RPH
2.1.1 Semua guru perlu menggunakan HSP/DSKP yang ditetapkan oleh
Kementerian, guru boleh rujuk pada Fail Panitia PJPK atau muat turun
dari laman sesawang.
2.1.2 DSKP yang terkini ialah PJPK TAHUN 6
2.1.3 Tarikh RPT haruslah menggunakan tahun semasa dan perlu
disahkan oleh GB.
2.1.4 Mulai 2022, semua tahun akan menggunakan Semakan 2017,
2.1.5 Guru boleh menggunakan QRCODE sekiranya tidak mencetak
DSKP dan RPT
Makluman
2.2 PBD/PBS 2022
2.2.1 Guru yang terlibat dengan PBD perlu mengemaskini data murid
sebelum mengisi tahap pencapaian murid. Laporan atau borang transit
perlu dikepilkan pada buku/fail rancangan mengajar harian
2.2.2 Guru boleh mencetak data TOV PBD murid dalam emel PBD
SEKOLAH
2.2.3 Bagi tahun ini Panitia PJPK telah bersepakat utnuk menggunakan
buku aktiviti PJPK untuk menilai tahap Penguasaan murid. Guru boleh
terus menilai murid selepas PdPC dengan nenada tahap penguasaan
murid
Makluman
2.3 PAJSK – SEGAK 2022
2.3.1 Cik Ullaya akan menjadi penyelaras baru bagi mengantikan Pn Juli
yang telah berpindah sekolah.

2.3.2 Buku PAJSK untuk tahun 4 sudah diterima oleh pihak sekolah.

2.3.3 Pelaksanaan Ujian SEGAK bagi sesi 2022 akan dilaksanakan


mengikut Pekeliling dan SOP akan akan diedarkan kelak

2.4 KPM PERKASAKU


2.4.1 Mulai tahun 2022, murid PRA SEKOLAH sehingga Murid Tahun 3
akan terlibat dalam KPM Perkasaku – BMI T5-T9

2.4.2 Surat edaran , Pekeliling dan Buku panduan telah dimuat turun dari
kumpulan WHATAPPS PANITIA PJPK DAERAH LIPIS

2.4.3 Guru yang terlibat ialah guru tahap1 dan guru PRA sekolah

GURU PJPK TAHAP 1

2.5 JADUAL WAKTU PJPK 2022


2.5.1 Semua guru perlu akur dengan jadual waktu yang telah diedarkan.

2.5.2 Sedikit perubahan cara pengajaran pada tahun 2022. Perubahan


seperti di bawah

TAHAP 1 – TAHUN 1 , 2 DAN 3 TIADA PENGASINGAN MURID


MENGIKUT JANTINA
TAHAP 2 – TAHUN 4, 5 DAN 6 ADA PENGASINGAN MURID
MENGIKUT JANTINA
-Guru lelaki akan mengajar murid lelaki, manakala guru perempuan akan
mengajar murid perempuan bagi tahap 2
- pengasingan kelas bagi tahap 2 hanay melibatkan waktu PDPC
Pendidikan Jasmani sahaja

2.5.3 Guru yang terlibat mengajar PJPK bagi sesi 2022 ialah

Bil Nama Guru Subjek Kelas


1 Cik Maizatul Ullaya PJPK 6 is / 3 is
2 Encik Mohamd Ariff PJPK 1is/1it
3 En Wan Yusri PJPK 2 is/ 3 it
4 En Azmi bin Ibrahim PK 1 it/is
5 Pn Nazirah PJPK 1 is
6 Pn Nurulhasikin PJPK 4 it/ 5 is
7 Pn Nor Ezatul PJPK 6 it / 5 it
8 En Mohd Azhan PJPK 1 it / 4 is

Makluman
2.6 PENGUBALAN SOALAN PENILAIAN
2.6.1 Pengubalan soalan Penilaian pertengahan tahun akan di bincangkan
pada mesyuarat Panitia yang ke 2 . ini kerana mungkin akan berlaku
perubahan guru yang mengajar PJPK

2.7 BILIK PJPK


2.7.1 Cik Maizatul Ullaya akan menyelaraskan kegunaan bilik PJPK
bagi sesi 2022
2.7.2 Jadual Pengguna Bilik akan disediakan dan ditampal di papan
kenyataan .
2.7.3 Setiap peralatan perlu di tulis kuantiti dan nama peminjam.
2.7.4 Guru PJ perlu memantau keselamatan murid semasa
mengambil alatan. Murid tidak dibenarkan masuk tanpa kehadiran
guru.
2.7.5 Mohon semua guru sanitasi alatan selepas digunakan
MAKLUMAN

2.8 Pemakaian Baju PJK


2.8.1 Pemakaian baju PJ diseragamkan. Semua murid perlu memakai
baju PJ berwarna oren dan memakai kasut sukan

2.8.2 Sekiranya murid belum beli, murid boleh memakai baju putih

2.8.3 Guru yang megajar PJ perlu memakai pakaian sukan dan


berkasut sukan semasa mengajar. Guru lelaki perlu memakai baju
berkolar

2.8.4 Murid tidak dibenarkan memakai baju sukan dan berseluar


sekolah. Murid hanya dibenarkan memakai baju sukan dan kasut
sukan pada hari jadual matapelajaran PJ sahaja

2.8.5 Murid dan guru PJPK dibenarkan memakai pakai sukan pada
bulan Ramadan / puasa kelak
MAKLUMAN
2.9 Kewangan
2.9.1 Peruntukan Panitia PJPK bagi sesi 2021 telah habis digunakan
2.9.2 Senarai dibawah merupakan alatan yang dibeli sepanjang tahun
lepas / 2021

Bil Alatan

1 Bola Getah

2 Alat penimbang

3 Pundi kacang

4 Kotak simpan alatan

2.9.3 Peruntukan kewangan tahun 2022 bagi Panitia PJPK adalah


sebanyak RM1100.00.
2.9.4 Fokus pembelanjaan pada tahun ini adalah pembelian alatan
mengikut silibus dalam KSSR. Guru subjek boleh mengisi nota minta
dan hantar kepada Ketua Panitia untuk di semak
MAKLUMAN

3.0 HAL-HAL LAIN


3.1 Penggunaan buku tulis telah digantikan dengan penggunaan buku aktiviti
PBD. Mohon semua guru menggunakan buku aktiviti tersebut semaksima
mungkin untuk menilai tahap PBD murid Tindakan :GURU PJPK

3,2 Bulan Ramadan /puasa, PdPc akan dilaksanakan seperti biasa, tiada
pergerakan fizikal yang berlebihan untuk mengelakkan murid letih, Pdpc
secara teori amat digalakkan Tindakan :GURU PJPK

3.3 Guru Pendidikan Kesihatan perlu mematuhi dan mengajar mengikut


kandungan buku teks. Tindakan :GURU PK
3.4 Panitia PJPK bagi tahun ini sudah mempunyai kumplan WHATAPSS
Panitia . Segala maklumat dan informasi akan disalurkan menggunakaan
medium tersebut. MAKLUMAN

3.5 Mohon semua guru PJPK mengisi borang malumat guru dan menghantar
jadual waktu terkini untuk simpanan fail panitia MAKLUMAN

4.0 PENANGGUHAN MESYUARAT

4.1 Pengerusi menangguhkan mesyuarat pada pukul 4.00 petang dan


mengucapkan terima kasih kepada semua ahli yang hadir. Mesyuarat seterusnya
akan diadakan pada satu tarikh yang akan diberitahu kelak.

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

………………………….. ……………………………. …………………………..


En Mohamad Ariff Cik Maizatul Ullaya
Setiausaha Ketua Panitia
Panitia PJPK PJPK
SK Benta SK Benta

You might also like