You are on page 1of 3

PK07 – Pengurusan Mesyuarat

PK 07/3

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN PRASEKOLAH BIL 2 /2020


SK SERI MACHAP

Tarikh : 29 JUN 2020

Masa : 8.35 PAGI

Tempat : PRASEKOLAH ARIF

Pengerusi : PENGERUSI PANITIA

Kehadiran(Bilangan) : 9 ORANG

Turut Hadir (Jika ada) :


1. PN.NORLAILA BT JAMAL
2. PN.MARIAM BT RAMLI.
3. EN.ABDUL MALEK BIN MD SAM.
4. PN.NORHASRINA IBRAHIM
5. PN.SITI ZULAIKHA ZAKARIA.
6. PN.DAYANG HAMIZZA AWANG DAUD
7. PN.NURUL FIRDAAYU YUNUS
8. PN.ROHANI ABDULLAH
9. USTAZ SYAMSUL FAIZI

1 PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi memulakan majlis dengan bacaan al-Fatihah


1.2 Pengerusi mengucapkan tahniah kepada AJK pengurusan yang hadir.

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

2.1 Dicadang untuk disahkan oleh Pn.Dayang Hamizza Awang Daud


2.2 Disokong untuk pengesahan oleh Pn.Siti Zulaikha Bt Zakaria

3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

3.1 Aktiviti tahunan


3.1.1 Beberapa perubahan dilakukan bagi melaksanakan aktiviti selepas pasca PKP
3.1.2 Majlis konvokesyen diadakan mengikut SOP yang akan di jalankan
3.1.3 Lawatan sambil belajar Prasekolah dibatalkan.

Tindakan: guru & PPM

4 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

4.1 Kurikulum
4.1.1 Guru telah diminta untuk merujuk dokumen penjajaran kurikulum prasekolah.
4.1.2 Guru menulis format RPH mengikut cadangan pihak BPK dan disesuaikan
dengan keperluan murid semasa.
4.1.3 Guru Besar maklumkan agar guru prasekolah memasukkan Kriteria Kejayaan

PRASEKOLAH SK SERI MACHAP 2018


PK07 – Pengurusan Mesyuarat

dalam RPH mereka.

4.2 Buku Kerja

4.2.1 Penggunaan buku kerja diteruskan atas persetujuan waris.


4.2.2 Guru juga boleh memohon bantuan daripada ibubapa untuk aktiviti
pembelajaran dirumah mengikut kehendak dokumen penjajaran prasekolah.

4.3 Penilaian Dan Pentaksiran


4.3.1 Penilaian murid boleh dilaksanakan secara berperingkat dan berterusan.
4.3.2 Langkah intervensi perlu dirancang untuk membantu murid yang masih lemah
dalam penguasaan 3 M.

4.4 Program tahunan Prasekolah


4.4.1 Program diadakan perlu mengikut langkah SOP yang telah ditetapkan pihak
kementerian.

4.4.2 Kurikulum
i. Bacalah sayangku
ii. Jom! Suka Membaca
iii. Jom! Suka Mengira
iv. I Love English

4.4.3 Kokurikulum
i. Sambutan hari lahir
ii. Lawatan
iii. Konvokesyen

Tindakan:Guru dan PPM

5 PENGURUSAN MURID.

5.1 Guru diminta bersedia untuk pembukaan Sekolah pada 1.7.2020 selepas fasa
PKP.
5.2 Semua SOP yang telah ditetapkan dalam Instrumen Kesediaan Pembukaan
Prasekolah haruslah dipenuhi.
5.3 Guru Besar meminta guru menyediakan borang maklum balas ibubapa mengenai
kesediaan untuk menghantar anak-anak ke sekolah selepas Covid-19.
5.4 Fail hendaklah dilengkapkan dan di hantar ke pejabat untuk semakan.
5.5 Guru diminta untuk mengadakan taklimat sesi pembukaan untuk memberi
maklum kepada ibubapa tentang norma baru ke sekolah.

Tindakan:Guru dan PPM


6 HAL-HAL LAIN

6.1 Guru diminta memastikan murid dan juga guru berada dalam keadaan yang sihat
sebelum ke sekolah.
6.2 Suhu murid dan guru akan dicatat di pintu pagar sekolah.
6.3 Pembelian termometer hendaklah menggunakan duit LPBT atau kokurikulum
sekolah kerana termometer tidak mencukupi.
6.4 Pastikan murid kerap cuci tangan dan PPM perlu mennyah basmi kumas selepas

PRASEKOLAH SK SERI MACHAP 2018


PK07 – Pengurusan Mesyuarat

kelas.
6.5 Meja dan kerusi yang tidak mencukupi,guru perlu maklumkan kepada En.Ravi
untuk meminjam meja dan kerusi kelas perdana terlebih dahulu.

PENUTUP
a. Ucapan penangguhan oleh Pengerusi Mesyuarat / ahli mesyuarat dan penetapan tarikh
mesyuarat yang berikutnya.
b. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.30 petang

Disediakan oleh, Disemak Oleh,

..........................................………...... ……...............................……….
(SITI ZULAIKHA ZAKARIA (PN.MARIAM BT RAMLI)
PK PENTADBIRAN
SK SERI MACHAP

PRASEKOLAH SK SERI MACHAP 2018

You might also like