You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA GURU PEMIMPIN KELAB PERSATUAN

BIL.1/2019
SEKOLAH KEBANGSAAN KEPONG BARU

Tarikh : 14.1.2019
Hari : Khamis
Masa : 1.40 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat SK Kepong Baru

Kehadiran :

1. En Rosmadi Bin Ibrahim


2. Pn Suhada Bt Muhammad Setiausaha Kokurikulum
3. Pn Hanaterah Bt Husin Guru Penyelaras Kelab Persatuan
4. Pn Cheam Jock Feng
5. Pn Ang Li Li
6. En Yew Foo On
7. Pn Siti Noraihan Bt Mohmad Rosli
8. En Muhamad Aziz Bin Mad Janal
9. Pn Thohirah Bt Suaid

Tidak hadir :

Tiada

AGENDA MESYUARAT

1. Perutusan Pengerusi Mesyuarat

1.1 Pn Hanaterah Binti Husin selaku pengerusi mesyuarat mengucapkan salam dan
selamat sejahtera kepada semua guru yang dapat hadir dalam mesyuarat kali ini.
Beliau juga mengucapkan terima kasih dan selamat datang kepada semua guru
pemimpin kelab persatuan.

2. Pengesahan minit mesyuarat

2.1 Pn Hanaterah meminta semua guru meneliti minit mesyuarat yang telah diedarkan.
Pengesahan minit mesyuarat telah dicadangkan oleh Pn Suhada Bt Muhammad dan
disokong sebulat suara oleh semua ahli mesyuarat.

3. Perkara Berbangkit
Tiada perkara berbangkit.
4. Laporan

4.1 Pengurusan Fail


4.1.1 Pn Hanaterah meminta semua guru penasihat mengemaskini fail dari
semasa ke semasa.
4.1.2 Penyelaras akan menyemak buku laporan mingguan setiap unit. Fail setiap
unit perlu disimpan dalam bilik GPK Kokurikulum.
Tindakan: Semua Guru Penasihat

4.2 PAJSK
4.2 1 PAJSK akan dilaksanakan seperti tahun-tahun sebelum ini.

4.3 Papan kenyataan


4.3.1 Papan kenyataan yang berwarna kuning adalah untuk Kelab Persatuan.
Manakala yang berwarna hijau adalah untuk unit beruniform dan merah
untuk sukan permainan.

4.4 Program Sisipan dalam perjumpaan kokurikulum (Pidato)


4.4.1 Penyelaras perlu membuat jadual giliran untuk setiap unit
4.4.2 Setiap unit akan membuat perjumpaan di kantin, guru perlu memilih
seorang murid untuk bercakap di sudut pidato.

4.5 Takwim Aktiviti 2018


4.5.1 Pn Hanaterah meminta semua guru penasihat meneliti buku Takwim
Aktiviti 2018
4.5.2 Terdapat beberapa perubahan pada tugas guru dalam buku takwim. Guru
boleh merujuk semula pada papan kenyataan sekolah.
4.5.3 Pn Hanaterah meminta semua guru penasihat untuk melakukan persiapan
sebelum perjumpaan pertama diadakan.
Tindakan: Semua Guru
Penasihat

4.6 Program dan Aktiviti Tahunan


4.6.1 Pn Hanaterah memaklumkan bahawa segala aktiviti akan dijalankan
seperti yang akan dirancang dalam mesyuarat agung atau mesyuarat ahli
jawatankuasa.
4.6.2 Sebarang pindaan aktiviti perlu dibuat oleh guru penasihat dan diumumkan
kepada pengetahuan semua ahli.
4.6.3 Pn Hanaterah memaklumkan bahawa minit mesyuarat perlu diserahkan
kepada penyelaras kelab persatuan selama 7 hari selepas mesyuarat
diadakan.
4.6.4 Program yang akan diadakan adalah pertandingan melukis poster
sempena bulan kemerdekaan dan pertandingan inovasi peringkat sekolah.
4.6.5 Guru perlu menyiapkan kertas kerja awal iaitu 30 hari sebelum aktiviti
berjalan
Tindakan: Semua Guru Penasihat

4.7 SKPMg2
4.7.1 Menetapkan pembahagian tugas mengikut bidang SKPMg2 bagi fasa 1, 2
dan 3.
4.7.2 Persiapan awal tahun sebagai eviden dalam SKPMg2.
4.7.3 Fasa pertama (Jan-Mac), Pn Suhada akan bagi edaran kepada guru yang
terlibat. Fasa kedua (April-Julai), Fasa ketiga (Ogos-Nov).
4.7.4 Semua guru dapat melakukan kerja secara bersistem.
Tindakan: Semua Guru

5. Hal-hal lain
5.1 Guru Tahap 2 boleh mengambil buku didalam stor dan letakkan dalam kelas untuk
kegunaan murid.
5.2 Guru perlu menyediakan bahan untuk murid membuat ulangkaji
5.3 Kehadiran online perlu dibuat dan perlu mengemaskini alamat terkini.
5.4 Makmal komputer boleh digunakan untuk perjumpaan kokurikulum.

6. Penutup

6.1 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.40 petang dengan ucapan terima kasih
daripada pengerusi mesyuarat.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

………………………………… ………………………………
( SUHADA BINTI MUHAMMAD ) ( ROSMADI BIN IBRAHIM )
Setiausaha Kokurikulum GPK Kokurikulum
SK Kepong Baru SK Kepong Baru
Kuala Lumpur Kuala Lumpur

You might also like