You are on page 1of 5

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Sekolah Kebangsaan Taman Kenari TEL : 04-4911971


09000 Kulim, FAX : 04-4904979
Kedah Darul Aman E-mail : kba5026@moe.edu.my
KOHORT 7

__________________________________________________________________________________

MINIT MESYUARAT PANITIA REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI KALI PERTAMA 2023

Tarikh : 4 APRIL 2023


Hari : RABU
Masa : 1.20 – 2.30 PETANG
Tempat : BILIK MESYUARAT IBNU RAHMAN SKTK
Pengerusi : CG JASNI BIN JAIS

Kehadiran :

1. CG JASNI BIN JAIS (Ketua Panitia)


2. CG MOHAMAD ASRI BIN A BAKAR (Setiausaha)

Tidak Hadir:

1. CG FAZMISYIZA BINTI AWANG (PK PENTADBIRAN) - Mensyuarat Pentadbiran

I PERUTUSAN PENGERUSI
1. Pengerusi mengucapkan salam dan memulakan majlis dengan bacaan surah al –fatihah.

2. Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua guru dengan ucapan terima kasih dan bersyukur
kepada Allah kerana diberi peluang dan kesempatan untuk hadir ke Mesyuarat Panitia RBT
Kali Pertama bagi tahun 2023/2024.

3. Mengucapkan tahniah kepada semua guru atas kerjasama dan komitmen yang diberikan
sepanjang persekolahan bagi sesi akademik tahun 2023/2024.

Tindakan & makluman : semua guru

II UCAPAN WAKIL PENTADBIR


- Tiada

III PENGURUSAN PANITIA


1. Pengesahan Minit Mesyuarat Yang Lalu
- Dicadang untuk disahkan oleh Cg Mohamad Asri dan disokong untuk disahkan oleh Cg Jasni
bin Jais.

Makluman dan Tindakan : Semua guru

2. DSKP / RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN / RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)

2.1 Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) serta Rancangan Pengajaran
Tahunan (RPT)
2.2 Semua guru perlu menyediakan Rancangan Pengajaran Tahunan bagi setiap pelajaran
yang diajar, dicetak dan dihantar kepada Guru Besar untuk ditandatangani.

2.3 DSKP dan RPT untuk setiap pelajaran yang diajar perlu dihantar dalam Fail / Buku
Rekod Mengajar.

2.4 Penulisan RPH perlulah dirancang berdasarkan RPT dan DSKP mengikut format PdPC
sekolah TS25 yang menekankan KBAT dan PAK21 dan memiliki kriteria kejayaan.

2.5 Catatan PBD dan senarai nama murid bagi setiap pelajaran dan kelas perlu dilengkapkan
di ruangan yang disediakan dalam Fail / Buku Rekod Mengajar.

2.6 Semua guru hendaklah mematuhi Panduan Buku Rekod Mengajar seperti yang terdapat
dalam pekeliling Akta 1996-PU(A)531 per 7, 8 dan 11.

2.6.1 Peraturan 7 : Sukatan Terkini / Huraian Sukatan Pelajaran / Rancangan


Mengajar dan mempunyai nama murid bagi setiap kelas yang berkaitan.
2.6.2 Peraturan 8 : Guru hendaklah menyimpan dan menggunakan Buku Rekod
Mengajar.
2.6.3 Peraturan 11 : Guru hendaklah mengajar mengikut Sukatan Pelajaran dan
format Rancangan Pelajaran Harian yang betul.

2.7 Guru yang mengambil CRK/bermesyuarat/Bertugas diluar Kawasan perlu menyediakan


tugasan atau bahan PdPC.

2.8 Waktu Relief/Ganti:Melindungi Masa Instruktional(MMI)

Makluman dan Tindakan : Semua guru.

3. Jadual Waktu
3.1 Jadual waktu kelas dipamerkan di dalam kelas serta diperbanyak untuk edaran setiap
murid.
3.2 Pastikan jadual waktu yang diterima dapat berfungsi dengan baik dan dipatuhi.

Makluman dan Tindakan : Semua guru.

4. Pelaporan PBD
4.1 PBD melibatkan sepenuhnya dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Bagi tahun 4, 5 dan 6
terdapat penambahbaikan, UASA sebahagian daripada PBD.

4.2 PBD dijalankan secara berterusan sepanjang tahun dengan menggunakan pelbagai
kaedah yang bersesuaian.

4.3 Guru-guru perlu menyediakan Rekod Perkembangan Murid dalam apa jua bentuk
mengikut kesesuaian. Guru-guru juga perlu menghantar rekod perkembangan murid
setiap minggu bersama dengan RPH.

4.4 Menyimpan rekod dan mengemaskini borang pelaporan PBD untuk kelas masing-
masing.

4.5 Laporan PBD kepada waris adalah dua kali sepanjang sesi akademik
4.5.1 Pelaporan Pertama : Ikut takwin sekolah
4.5.2 Pelaporan Akhir : Ikut takwim sekolah
4.6 Guru-guru perlu memberikan taklimat dan penerangan kepada waris tentang tahap-
tahap penguasaan PBD
Makluman dan Tindakan : Semua guru.
5. Program Peningkatan Prestasi/Akademik
5.1 Merancangan Program Pembangunan Profesionalisme yang berkaitan dengan mata
Pelajaran RBT.
- Program yang harus dihadiri oleh guru seperti Kursus KSSR Tahun 6, Mediasi PDB RBT,
Perlaksanaan PLC di dalam kelas.
- Program yang telah dirancang seperti Bengkel Buku Skrap Tahun 6, Lawatan ke ADTEK
KULIM, Kursus Menjawab Soalan RBT dan Sudut Pembelajaran RBT.

6. Pengurusan/Peranan Panitia/KBAT/PAK21/PLC / Pencerapan PdPC/ PBPPP / HIP


6.1 Mesyuarat Panitia 4 kali setahun :
- mesyuarat kali pertama : 26 – 30 Mac 2023
- mesyuarat kali kedua : 11 – 13 Jun 2023
- mesyuarat kali ketiga : 02 – 04 Oktober 2023
- mesyuarat kali keempat : 11 – 14 Disember 2023

6.2 Wakil dari pihak Pengurusan sekolah untuk setiap Panitia:-


- RBT : PKP

6.3 Setiausaha sila hantar Minit Mesyuarat seminggu selepas tarikh mesyuarat dijalankan
kepada Tuan Guru Besar.

6.4 KBAT perlu diterapkan kepada murid mengikut aras murid dan dalam semua
pelajaran.

6.5 SKTK sebagai sekolah TS25 Kohort 7, semua guru perlulah mengaplikasikan PAK21
semasa PdPC.

6.6 Setiap panitia perlu melaksanakan PLC dan ketua panitia perlu melaporkan dalam
sistem SLKPM dan memaklumkan kepada guru penyelaras SLPKM untuk disahkan.

6.7 Pencerapan PdPC akan bermula seperti berikut :

- Pencerapan Kendiri – Januari hingga Mac


- Pencerapan Kali Pertama – April hingga Jun
- Pencerapan Kali Kedua - Julai hingga Oktober

6.8 Bagi PBPPP pengisian data ke dalam sistem bermula bulan April sehingga Oktober.
Semua guru perlu mengisi boring penskoran kendiri dan berbincang dengan penilai
pertama dan kedua untuk bimbingan dan pemantauan.

6.9 HIP ( Highly Immersive Programme ) akan dilaksanakan secara berterusan untuk
meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris murid.
Makluman dan Tindakan : Semua guru.
7. Bahan Bantu Mengajar
7.1 BBM hendaklah disimpan di tempat yang sesuai, selamat dan mudah untuk
digunakan.

7.2 BBM yang digunakan mestilah direkodkan didalam Buku Rekod Penggunaan Alatan
yang disediakan.

Makluman dan Tindakan : Semua guru


8. Kontrak Latihan /Nota/ Penggunaan/ Semakan Buku Latihan/Buku Kerjaw
8.1 Semua guru perlu cakna dan mengambil tindakan segera. Guru-guru hendaklah
sentiasa peka dan merujuk Buku Pengurusan Dan Takwim 2023/2024 mukasurat 21 .

8.2 Semakan Buku Tulis/Latihan hendaklah dihantar bersama dengan Borang Semakan
Buku Latihan ( boleh dapatkan daripada PKP )

8.3 Semakan Buku Latihan – guru-guru hendaklah menghantar semua buku mengikut
bilangan murid (1 set sahaja ) bukannya memilih yang terbaik sahaja.

Makluman dan Tindakan : Semua guru.

9. Peruntukan PCG (Kewangan )


9.1 Untuk Tahun 2023- bekalan kewangan tersebut telah diperolehi pada bulan Mac
sebanyak RM4369.75

9.2 Setiap barangan dan alatan yang akan dibeli perlu disertakan dengan Nota Minta yang
diluluskan oleh Tuan Guru Besar dan juga mesti diminitkan dalam Minit Mesyuarat
panitia masing-masing.

9.3 Setiap pembelian mestilah terancang dan sesuai dengan keperluan panitia masing-
masing.

9.4 Barang-barang dan peralatan yang diperlu perlu dilabel, direkodkan dan diletakkan di
tempat yang disediakan supaya mudah untuk digunakan oleh semua ahli panitia

9.5 Segala barang dan peralatan perlu diuruskan dengan baik kerana ianya adalah aset
panitia.

9.6 Rancang pembelian, beli secara berhemah dan digunakan secara optimum.

Makluman dan Tindakan : Semua guru


IV HAL-HAL LAIN
1. KP memohon kerjasama guru-guru RBT untuk mengemaskini bilik RBT.

2. KP memohon guru-guru RBT menyenaraikan bahan ABM untuk dibeli pada tahun 2023

Makluman dan Tindakan : Semua guru


V UCAPAN PENANGGUHAN
1. Pengerusi mengucapakan terima kasih kepada semua guru yang memberikan komitmen dan
sangat komited melaksanakan perancangan sepanjang 2023/2024.
2. Guru-guru diminta cakna dan bertindak mengikut ketetapan yang telah diputuskan dalam
mesyuarat.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.30 petang.

Disediakan oleh : Di semak dan disahkan oleh :

…………………………………………… …………..…………………………………
(MOHAMAD ASRI BIN A BAKAR) (MUHAMAD ASRI BIN ABDUL RAHMAN)
Setiausaha Panitia RBT Guru Besar
SK Taman Kenari SK Taman Kenari

You might also like