You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT

PROGRAM I-THINK PERTAMA 2017


SEKOLAH KEBANGSAAN SK PETRA JAYA

Tarikh : 23 Januari 2017


Hari : Isnin
Masa : 2.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat SK Petra Jaya

Agenda Mesyuarat :

1. Ucapan Pengerusi
2. Ucapan Guru Besar
3. Perlantikan Ahli Jawatankuasa dan Senarai tugas bagi tahun 2017
4. Perancangan Strategik 2017
5. Hal-hal lain
6. Ucapan Penangguhan

Kehadiran :

1. Encik Thalasa Bin Umik (Guru Besar)


2. Encik Awang Napri Bin Awang Salleh (PK 1)
3. Ustazah Dayang Fatimah Binti Awang Gobil (PK HEM)
4. Pn Hjh Norasidah Binti Mohamad (PK PPKI)
5. Encik Ruslan Bin Keram(PK KK)
6. Pn. Yakhamiah Binti Hj. Adenan (Penyelaras I-Think)
7. Pn.Siti Nurfaizah Binti Kipli (Setiausaha)
8. Pn Lynn Kueh Lee Sie@ Nur Ain Athirah Binti Abdullah
9. Pn Norlizza Binti Ismail
10. Pn. Siti Zuharni Binti Joh Zakaria
11. Encik Muhammad Fahmi Bin Zainuddin
12. Pn. Rosin Anak Dasing

1. Ucapan Pengerusi

1.1 Pengerusi mengalu-alukan kedatangan semua guru dan Tuan Guru Besar
dan barisan Penolong Kanan di atas kesudian menghadirkan diri ke
mesyuarat Program I-Think kali Pertama Tahun 2017 pada petang ini.

1.2 Pengerusi juga mengucapkan tahniah kepada semua guru yang telah terpilih
menjadi pasukan pemandu I-Think di SK Petra Jaya yang baru bagi tahun
2017 dan berharap pasukan pemandu boleh terus membudayakan
kemahiran berfikir melalui program I-Think pada tahun ini.

2. Ucapan penasihat

2.1 Guru Besar memulakan ucapan dengan kata-kata aluan. Beliau


mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang dapat menghadirkan
diri ke mesyuarat Program I-Think kali Pertama Tahun 2017.
2.2 Beliau juga mengucapkan tahniah kepada guru-guru yang terpilih sebagai
pasukan pemandu Program I-Think di SK Petra Jayab bagi tahun 2017.
Beliau juga menjelaskan untuk memastikan keberkesanan pelaksanaan
Program I-Think, latihan secara berterusan perlu diadakan di sekolah.

3. Perlantikan Ahli Jawatankuasa dan Senarai Tugas bagi tahun 2017

3.1 Berikut adalah senarai tugas bagi pasukan pemandu Program I-Think
Sekolah adalah seperti berikut:-
i. Mengemaskini fail-fail yang berkaitan Program I-Think 2016 untuk 2017
ii. Mengumpul hasil kerja peta murid.
iii. Membuat pemerhatian dan pemantauan terhadap penggunaan peta
pemikiran dalam pdp guru secara berterusan
iv. Laporan dan Penilaian Program I-Think 2016
v. Pelaksanaan Program I-Think secara berterusan
Tindakan: Makluman

4. Perancangan Strategik 2017

4.1 Pengerusi menjelaskan berdasarkan lampiran. (rujuk lampiran)


Tindakan: Makluman

5. Pengurusan Fail 2017

5.1 Pengerusi mengingatkan Pasukan Pemandu Program I-Think 2017 supaya


mengemaskini segala fail yang telah diwujudkan untuk program I-Think.
Tindakan: Makluman

6. Hal-hal lain

6.1 Guru Besar berharap Jawatankuasa Pemandu Proghram I-Think yang baru
untuk tahun 2017 akan terus bekerjasama dan komited dalam melaksanakan
,mengamalkan ilmu I-Think dan meneruskan agenda Program I-Think bagi
tahun 2017.
Tindakan: Jawatankuasa Pemandu

6.2 Penyelaras I-Think Puan Yakhamiah juga berharap agar program-program


yang telah dirancang dapat dilaksanakan dengan lancar.
Tindakan: Makluman
7. Ucapan Penangguhan

7.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan oleh
Jawatankuasa Pemandu dan berharap segala yang telah dirancang dapat
dilaksanakan dengan jayanya serta akan meningkatkan guru serta murid
menggunakan peta pemikiran sebagai alat berfikir.
7.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.00 petang.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

.. ..
(SITI NURFAIZAH BINTI KIPLI) (THALASA BIN UMIK)
Setiausaha Program I-Think Guru Besar
SK Petra Jaya,Padawan SK Petra Jaya,Padawan.

You might also like