You are on page 1of 9

MINIT MESYUARAT KURIKULUM

SJK(T) KAMPONG BARU BATU MATANG


BILANGAN 1/2020
TARIKH : 30 DISEMBER 2019 (ISNIN)
MASA : 8.00 PAGI HINGGA 12.00 TENGAH HARI
TEMPAT : BILIK PSS

Hadir:
1. PUAN KALAI ARASI A/P ALAGARASAMY GURU BESAR
2. PUAN HELEN A/P CHANDRA GURU KANAN PENTADBIRAN
3. PUAN KASTURI A/P MUNIANDI GURU PENOLONG KANAN HEM
4. PUAN PREMAVATHY A/P T.R.GOVINDAN GURU KANAN KOKURIKULUM
5. PUAN UMADEVI A/P KIRUBANANTHEN GURU
6. PUAN SYIAMALA A/P DURAIRAJ GURU
7. CIK UMAGESWARI A/P M.MOHAN GURU

Tidak Hadir:
TIADA

Urus Setia:
PUAN HELEN A/P CHANDRA GURU KANAN PENTADBIRAN

I UCAPAN PENGERUSI
1.1 Kata Alu-aluan
Pengerusi memulakan mesyuarat dengan mengucapkan salam serta berterima
kasih atas kehadiran semua.

1.2 Saranan PPD


Guru Besar menyampaikan segala saranan Tuan PPD kepada semua guru
menerusi slaid powerpoint.
 Struktur Baharu PPD
Memperkenalkan struktur baharu PPD Larut Matang dan Selama, berkuatkuasa
pada 1 Jun 2019.
 Halatuju PPD LMS 2020
Halatuju PPD adalah seiring dengan halatuju JPN
 Kualiti Guru
 PdPc yang berkualiti perlu menjadi budaya di sekolah pada setiap masa.
 PAK21 menyediakan murid untuk dunia masa hadapan.
 PGB sebagai ketua, perlu memberi bimbingan kepada semua guru.
 PGB perlu memberi fokus kepada PdPc semua guru.

 Kemenjadian Murid
 Pihak sekolah perlu melihat kepada pembinaan watak dan pembangunan
sahsiah murid. Justeru itu, Pendidikan Sivik perlu dilaksanakan dengan baik di
sekolah.
 Modul 10 minit Perhimpunan merupakan satu transformasi dalam perhimpunan
sekolah. Perhimpunan kini bukan sahaja menjadi platform untuk menyampaikan
maklumat tetapi juga memberi peluang untuk murid mengembangkan bakat
mereka.
 Penguasaan Tahap Minimum dalam bidang akademik menjadi fokus.
Tiada lagi GPS dan ‘ranking’ sekolah.
 Kualiti Kepemimpinan
 PGB bertanggungjawab memastikan kualiti PdP guru di sekolah. Kualiti PdP
diukur dengan menggunakan SKPMg2 Standard 4.
 SKPMg2 adalah alat ukur di sekolah dalam semua bidang.
 PGB perlu memberi fokus kepada rundingan dan konsultansi. Aspek ini akan
dibantu oleh SIPartner+ dan SISC+.
 PGB perlu mahir dalam mengendali dan melaksanakan Dialog Prestasi.
Pelaksanaan Dialog Prestasi mesti mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh
KPM. PGB yang masih kurang arif tentang pelaksanaan Dialog Prestasi boleh
merujuk pegawai-pegawai di PPD.

 Kualiti Sekolah
 Untuk menjaga kualiti sekolah, PGB perlu memahami semua standard dalam
SKPMg2 kerana SKPMg2 merupakan senarai semak dan alat ukur dalam
menentukan kualiti sekolah.
 PGB juga perlu memahami 4P PBS (Pementoran, Pemantauan, Penyelarasan
dan Pengesanan). Semua peringkat 4P perlu dilaksanakan dengan baik. KPM
telah mengeluarkan manual 4P sebagai rujukan PGB.
 Kunjung bantu PBS akan dibuat berdasarkan instrumen yang akan diberikan
kepada PGB sebagai senarai semak dan disarankan agar berbincang dengan
Setiausaha PBS di sekolah untuk membuat pemurnian di peringkat sekolah (jika
perlu). PGB akan dimaklumkan sebelum sesi kunjung bantu dibuat.
 Salah satu elemen PBS iaitu PBD akan diberi penekanan semasa sesi kunjung
bantu iaitu penetapan Tahap Penguasaan oleh guru.
 Visi dan Misi PPD
 Visi dan misi ini menterjemahkan kepentingan penyampaian pendidikan
berkualiti untuk membangunkan sekolah unggul bagi melahirkan murid yang
kalis masa depan. Oleh itu, perancangan sekolah perlu selari dengan
Perancangan Strategik PPD.
Visi: Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera
Misi: Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti untuk
Membangunkan Potensi Individu bagi Memenuhi Aspirasi Negara
 Cabaran Pemimpin Pendidikan Di Abad Ke-21
 PGB perlu mempersiapkan murid untuk masa hadapan. Cabaran PGB adalah
untuk memastikan murid bersedia ke alaf baharu.
 Murid masa kini dan dahulu jauh berbeza dari segi ilmu. Murid masa kini
mempunyai akses kepada pengetahuan dan maklumat melalui pelbagai media.
 Nilai Teras
 PGB perlu memahami empat nilai teras iaitu kebahagiaan, bertanggungjawab,
hormat-menghormati dan kasih-sayang.
 PGB perlu muhasabah (self-check) dalam melaksanakan tugas-tugas di sekolah.
 Perancangan Strategik
 Kerangka Perancangan Strategik 2020-2024 mempunyai 5 kluster
Kluster 1: Memantapkan keupayaan dan profesionalisme
kepemimpinan
guru
Kluster 2: Mengoptimumkan kualiti pendidikan dan bakat murid
Kluster 3: Mengukuhkan keupayaan jaringan dan jalinan
Kluster 4: Membudayakan amalan penyelidikan dan inovasi
Kluster 5: Memperkasakan tadbir urus berkesan di semua
peringkat organisasi
Makluman: Semua Guru
2 PEMBENTANGAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

Minit mesyuarat Kurikulum Bil 4/2019 dibentangkan. Pengesahan minit mesyuarat


dicadangkan oleh Pn.M.Kasturi dan disokong oleh Pn.D.Syiamala.
Tindakan : Setiausaha

3 PERKARA BERBANGKIT

Tiada

4 PENGURUSAN KURIKULUM
4.1 Pengerusi menjelaskan bidang tugas Ketua Bidang

1.
2.
3.
4.
4.1.
4.1.1. Memimpin guru menentukan dan merancang Rancangan Pengajaran dan lain-
lain yang berkaitan dengan bidangnya
4.1.2. Mempengerusi mesyuarat / memimpin panitia mata pelajaran di bawah
kawalannya.
4.1.3. Menjalankan penyeliaan ke atas aktiviti pengajaran dan pembelajaran
4.1.4. Menentukan bahan dan sumber pendidikan digunakan dan diselenggara dengan
berkesan
4.1.5. Mengkaji segala jenis laporan yang berkaitan dengan bidangnya serta
mengambil tindakan sewajarnya.
4.1.6. Menyelaras pengurusan dan perjalanan aktiviti-aktiviti bimbingan, pemulihan dan
pengkayaan
4.1.7. Membantu dalam perancangan program dan menyelaras kegiatan kurikulum
yang
dijalankan oleh sekolah, PPD, JPN dan Kem. Pendidikan
Tindakan: Ketua Bidang

4.2. Pengerusi menjelaskan bengkel CIDS berkaitan E-rekod mengajar yang akan
diadakan pada awal bulan Januari 2020 atas anjuran PPD. Oleh itu, seramai 2 orang
guru akan menyertai dan akan memberi ladap di peringkat sekolah.
4.3. Pengerusi meminta guru-guru untuk menyediakan RPH dalam fail pada pringkat
awal dan selepas beberapa bulan boleh beralih kepada eRPH.
Tindakan: Semua Guru

4.4. Perancangan pentaksiran perlulah dimasukkan ke dalam buku rekod mengajar


4.5. Rancangan Pelajaran Harian merupakan terjemahan Rancangan Pelajaran
Tahunan yang mengandungi sekurang-kurangnya maklumat seperti objektif, cara
bagaimana mencapai objektif dan kenyataan sejauh mana objektif itu tercapai.
4.6. Pengerusi mengingatkan penulisan refleksi perlu ditulis setiap kali setelah PdP
berakhir.
Tindakan: Semua Guru

5. PENGURUSAN PANITIA

5.1. Guru Kanan membacakan senarai ketua Panitia dan setiausaha bagi setiap
panitia.
5.2. Mesyuarat pengurusan panitia pertama perlu dijalankan mengikut takwim
sekolah
5.3. Semua program dan aktiviti perlu dirancang dengan baik dan teliti.
5.4. Semua ketua panitia diminta mengemaskini fail panitia masing-masing.
5.5. Mesyuarat panitia perlu diadakan sekurang-kurangnya empat kali setahun.
5.6. Minit mesyuarat panitia hendaklah diserahkan kepada GK Kurikulum
seminggu selepas tarikh mesyuarat berlangsung.
5.7. Pengerusi menyatakan latihan yang diberi kepada pelajar perlulah mencukupi dan
selaras dengan saranan panitia. Latihan yang diberi hendaklah disemak dan tidak
mengambil masa yang lama untuk menyemak. Selain itu, semua guru perlu
menggalakkan pelajar membuat pembetulan bagi setiap kesalahan. Buku latihan
hendaklah kemas dari segi tulisan, ada tarikh, tajuk dan garisan. Buku latihan pelajar
akan disemak sepanjang tahun oleh pihak pentadbir.

Tindakan: Ketua Panitia & Semua


Guru

6 PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN

1.

2.

3.

4.

5.

6.

6.1. Peperiksaan dijalankan kepada Tahun 4 – Tahun 6.


6.2. Bagi tahap 1, iaitu Tahun 1- Tahun 3 pentaksiran dalam bilik darjah akan diadakan.
6.3. Semua guru perlu ada senarai semak bagi kelas yang diajar.
6.4. Post-Mortem perlu diadakan setiap kali selepas peperiksaan dijalankan berpandukan
TOV dan ETR.
6.5. Ketua Panitia perlu melengkapkan profil mata pelajaran masing-masing setiap kali
selepas peperiksaan dijalankan.
Tindakan: Semua Guru

7 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21


7.1. Pengerusi menyatakan semua guru perlu mengubah “Mind set” masing-masing
dengan mengadakan pdp berpusatkan pelajar.
Tindakan: semua guru
7.2. Susunan kelas mengikut susunan kelas abad ke-21 dan digalakkan bagi semua
kelas.
Tindakan: Guru Kelas
7.3. Pedagogi yang digunakan oleh guru tidak bergantung kepada pedagogi lama.
Semua guru digalakkan menggunakan teknologi terkini dalam melaksanakan pdp.Buku
panduan PAK21 yang dibekalkan boleh digunakan sebagai rujukan.
Tindakan: semua guru

7.4. Berikut adalah pedagogi abad ke-21 yang boleh diaplikasi oleh semua guru
semasa pdp:
- Kemahiran berfikir secara kritikal dan kreatif.
- Kemahiran berkomunikasi secara berkesan.
- Kemahiran -menikmati keindahan ciptaan dan seni.
- Kemahiran membuat pilihan dan membuat keputusan.
- Kemahiran mencari, menginterpretasi dan mengaplikasi maklumat.
- Kemahiran bergaul dan bekerjasama dengan orang lain.
- Kemahiran kepimpinan dan pengurusan.
Tindakan: semua
guru

8 PERANCANGAN STRATEGIK
8.1 Guru Besar meminta semua guru untuk meneliti perancangan strategik yang sedia ada
kerana perancangan strategik itu adalah dari tahun 2017-2021.
8.2 Guru Besar meminta semua guru menyediakan pelan taktikal dan pelan operasi 2020
bagi
bidang tugas masing-masing.
8.3 Satu salinan diminta disimpan dalam fail manakala satu lagi diberikan kepada pentadbir
untuk simpanan fail perancangan strategik.

9 PEMBAHAGIAN KELAS
9.1 Sebanyak 4 buah kelas telah dibuka bagi tahun 2020. Tahun 1 (asing), Tahun 2&3
(Cantum), Tahun 4&5 (Cantum) dan Tahun 6 (asing).
9.2 Berikut adalah senarai kelas dan guru kelas.

Nama Kelas Nama Guru Kelas

1 Avvayaar Pn.D.Syiamala

2 Barathiyaar & 3 Barathitasan Pn.K.Umadevi

4 Pavanar & 5 Valluvar Cik M.Umageswari

6 Kambar Pn.C.Helen
10 JADUAL WAKTU
10.1 Jadual waktu persendirian dan kelas telah disediakan dan telah diberikan oleh GK
Kurikulum. Beliau meminta guru-guru untuk menggunakannya dahulu. Beliau juga
berkata sekiranya tidak berlaku sebarang pertindihan waktu maka jadual ini akan
digunakan sepenuhnya.
10.2 Pengerusi turut menyentuh tentang jadual waktu untuk semua guru iaitu semua guru
perlu mematuhi jadual waktu yang telah ditetapkan dan tidak dibenarkan
mengubahnya
tanpa kebenaran. Selain itu, guru kelas hendaklah bertanggungjawab menyediakan
satu
salinan jadual waktu kelas untuk dipamerkan di dalam kelas masing-masing.
Tindakan: semua
guru

11 HAL-HAL LAIN

11.1 Pengerusi menyatakan semua guru perlu menjalankan tanggungjawab untuk


melaksanakan proses pdp yang berkesan.
11.2 Pengerusi mengingatkan kepada semua guru bahawa pemantau akan
mengadakan pemantauan pada hari pertama persekolahan seawal pagi. Oleh itu,
semua guru dan pentadbir perlu ada dan bersedia di sekolah pada hari pertama
persekolahan.
Tindakan: semua
guru
11.3 Pengerusi menyatakan pengedaran buku teks pada waktu pdp tidak dibenarkan
kerana pdp akan dijalankan seperti biasa tanpa sebarang gangguan. Guru SPBT
diminta memastikan pengedaran Buku Teks kepada semua murid selewat-lewatnya
sebelum atau pada 01.01.2020.
Tindakan: Guru
SPBT
11.4 Pengerusi turut menegaskan waktu terluang (free period) adalah masa bekerja.
Guru hendaklah menggunakan masa terluang tersebut dengan mematuhi Surat
Pekeliling Ikhtisas bil. 3/1981. Antara kandungan surat pekeliling tersebut adalah seperti
berikut:
i. Menggantikan kelas bagi guru yang tidak hadir.
ii. Membuat persediaan mengajar.
iii. Memeriksa buku latihan.
iv. Mengadakan pertemuan khas dengan murid bermasalah pembelajaran.
Tindakan: semua
guru
11.5 Pengerusi menegaskan bahawa semua guru perlu hadir awal ke sekolah dan
menepati masa, waktu datang dan balik (Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/1981). Jika tidak hadir
atas sebab –sebab yang wajar atau kes kecemasan, perlu maklumkan segera kepada
pihak sekolah. Cuti rehat sila patuhi pekeliling yang telah ditetapkan. Tidak dibenarkan
meninggalkan kawasan sekolah pada waktu persekolahan. Isikan Buku Kebenaran
Keluar Kawasan Sekolah dan tinggalkan kerja bertulis kepada pelajar jika dibenarkan.
Tindakan: semua
guru

11.6 Bagi keberhasilan pembelajaran murid, pengerusi menyatakan murid dan ibu bapa
perlu tahu akan prestasi murid itu dan guru perlu tahu untuk mengambil tindakan
susulan untuk meningkatkan prestasi pelajar. Selain itu, guru matapelajaran perlu
menyediakan pelan intervensi bagi setiap murid yang diajar.
Tindakan: semua guru
11.7 Pengerusi turut menyatakan denda atau hukuman yang tidak boleh dilakukan oleh
guru. Guru-guru tidak dibenarkan mendenda atau menghukum murid secara
keterlaluan. Pendekatan amalan penyayang digalakkan. Sekiranya timbul sebarang
masalah sila berjumpa dengan Guru Besar terlebih dahulu.
Tindakan: semua
guru

11.8 Pengerusi menyatakan semua guru yang mengajar di bilik darjah, kantin, bilik PSS dan
padang adalah bertanggungjawab terhadap keselamatan murid di bawah jagaan
mereka. PJPK tidak boleh dijalankan di padang semasa hujan atau waktu guruh dan
kilat walau pun tiada hujan. Jika berlaku kemalangan, tindakan segera perlu diambil dan
laporkan kepada guru bertugas/GK/GB.
Tindakan: semua
guru

12 PENUTUP

Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kerjasama dan perhatian yang


diberikan oleh semua yang hadir. Beliau berharap maklumat yang
dibentangkan dan perkara yang dibincangkan akan dijadikan panduan
oleh semua guru dalam meningkatkan prestasi sekolah. Mohon segala
keputusan mesyuarat yang telah dibuat diberi perhatian dan diambil
tindakan segera.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.30 tengah hari.


Disediakan oleh, Disemak dan disahkan oleh,

………………………………….. …………………………………..
(HELEN A/P CHANDRA)
GURU KANAN KURIKULUM

You might also like