You are on page 1of 1

Ibu Saya

    Ibu saya bernama Hui Fang. Beliau berumur 38 tahun.


Ibu saya berambut panjang dan bercermin mata. Beliau
ialah ibu yang lemah-lembut dan prihatin.    
    
    Ibu saya seorang suri rumah. Setiap hari,
beliau bangun awal untuk menyediakan sarapan yang
berkhasiat kepada semua ahli keluarga supaya
kami bertenaga menjalankan aktiviti harian.

    Ibu saya juga rajin menjaga kebersihan rumah dan


alam sekitar. Beliau sering memastikan kami hidup
dalam keadaan yang bersih dan selesa. Beliau juga
suka menanam pokok bunga untuk mencantikkan kawasan
rumah.

    Ibu saya sering membimbing abang dan


saya menyelesaikan masalah dalam pelajaran. Beliau
selalu menasihati kami agar menjadi seorang
yang bertanggungjawab dan berbudi bahasa.
Saya berjanji akan mengikut nasihatnya.

You might also like