You are on page 1of 5

KERTAS KERJA

PROGRAM KAD RAYA


KREATIF
SEKOLAH KEBANGSAAN
PEKAN NANAS

TARIKH:
6 JUN 2018

ANJURAN:
PANITIA SEJARAH
1.0 PENGENALAN

Program mencipta kad raya ini bertujuan mengembangkan lagi kreativiti murid-murid
dalam mencipta kad ucapan bertema iaitu bersempena perayaan Hari Raya Aidilfitri
yang bakal disambut oleh umat Islam. Diharapkan dengan pelaksanaan program
sebegini dapat mengeratkan hubungan antara kaum di sekolah malah dapat
diterapkan dalam kehidupan seharian. Selain itu, murid-murid juga dapat menghayati
suasana hari raya dengan lebih baik lagi.

2.0 MATLAMAT
Program Kad Raya Kreatif adalah bermatlamat melahirkan modal insan yang dapat
menjana idea, berketrampilan dan mempunyai daya kreativiti yang tinggi dalam
pelbagai bidang malah dapat menghayati hari perayaan mengikut kaum kepelbagaian
budaya di Malaysia. Melahirkan modal insan yang boleh memberikan manfaat kepada
semua termasuklah rakan sebaya mereka di sekolah mahupun di luar.

3.0 OBJEKTIF

1. Memberi pengalaman untuk mencurahkan idea kreatif.


2. Mengeratkan hubungan murid pelbagai kaum.
3. Menerapkan nilai murni sambutan perayaan.

4.0 MAKLUMAT PROGRAM

Tarikh : 6 JUN 2018


Tempat : Kelas

5.0 KUMPULAN SASARAN

Semua murid tahap 1 dan 2 SK PEKAN NANAS. (Rujuk lampiran)


6.0 ORGANISASI

Penaung : En. Ahmad Firdauz Bin Abdullah


(Guru Besar)

Penasihat : Pn.Suraiti Binti MD.Yusop


(GPK Tadbir /Kurikulum)

Penolong penasihat: Pn.Salwa Binti Mohamed Salleh


(GPK HEM)
Pn.Rahzailina Binti AB Rahman
(GPK Kokorikulum)

Pengerusi : Pn.Noor Syahirah Binti Othman

Setiausaha : Pn.Kavitha A/P Palan

Bendahari : Pn.Aimi Asila Binti Hussin

Ahli jawatankuasa : Guru-guru Sejarah

7.0 KEWANGAN
HADIAH BAGI KATEGORI MURID TAHAP 1 DAN 2 , GURU

KATEGORI GURU
NO PEMENANG QUANTITI JUMLAH
1 JOHAN 1 X RM30 RM30
2 KEDUA 1 X RM20 RM20
3 KETIGA 1 X RM10 RM10
JUMLAH RM60

KATEGORI MURID TAHAP 1

NO PEMENANG QUANTITI JUMLAH


1 JOHAN 1 X RM15 RM15
2 KEDUA 1 X RM12 RM12
3 KETIGA 1 X RM10 RM10
JUMLAH RM37

KATEGORI TAHAP 2

NO PEMENANG QUANTITI JUMLAH


1 JOHAN 1 X RM15 RM15
2 KEDUA 1 X RM12 RM12
3 KETIGA 1 X RM10 RM10
JUMLAH RM37
8.0 PENUTUP

Syukur kepada yang maha pemurah dan penyayang kerana dapat memberikan idea
untuk menjayakan Program Kad Raya Kreatif di Sekolah Kebangsaan Pekan
Nanas,Pontian. Semoga ianya berjalan dengan jayanya bersesuaian dengan objektif
yang digariskan serta diharapkan semua guru dapat mengambil bahagian dalam
semua aktiviti yang ditetapkan .

Disediakan oleh,

________________
KAVITHA A/P PALAN
(SETIAUSAHA)
PANITIA SEJARAH

Disemak oleh ,

_________________________
PN.SURAITI BINTI MD.YUSOP
GPK Tadbir Dan Kurikulum

Disahkan Oleh ,

______________________
EN.AHMAD FIRDAUZ BIN ABDULLAH
Guru Besar
Sk Pekan Nanas
Pontian

You might also like