You are on page 1of 6

KERTAS KERJA JAMUAN MAKAN BERADAB DAN SAMBUTAN HARI LAHIR

BULAN APRIL, MEI DAN JUN TAHUN 2016

1.0 PENGENALAN

Majlis jamuan makan beradap adalah salah satu program yang disarankan oleh bahagian Sekolah
Berasrama Penuh, Kementerian Pendidikan Malaysia. Pada tahun, majlis jamuan makan beradab
dan sambutan hari lahir bagi pelajar dan guru bulan April,Mei dan Jun akan dikendalikan
mengikut sistem rumah. Selain meraikan sambutan hari lahir, majlis jamuan ini juga bertujuan
untuk memberi peluang kepada rumah-rumah untuk merasa pengalaman mengurus dan
menganjurkan majlis makan malam rasmi yang diadakan di peringkat sekolah. Di samping itu,
pelajar-pelajar akan dapat mempelajari adab-adab dan etika berada di sesebuah majlis makan
malam rasmi.

2.0 RASIONAL

Mengurus dan menyelaraskan sesebuah majlis sambutan khususnya majlis makan malam rasmi
merupakan satu ‘soft-skill’ yang perlu diterapkan di kalangan pelajar. Justeru, majlis sebegini
yang diadakan di peringkat sekolah dapat memberi peluang kepada para pelajar untuk
mempelajari kemahiran-kemahiran yang bakal digunakan dalam kehidupan di luar apabila
mereka memasuki alam pekerjaan nanti.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Melahirkan pelajar yang boleh mengurus sesebuah majlis.


3.2 Menggalakkan pelajar melibatkan diri dalam penganjuran sesuatu program.
3.3 Memberi peluang kepada pelajar untuk bekerja dalam sebuah pasukan bagi
menjayakan sesebuah majlis atau program.
3.4 Membina sikap positif dan menanam nilai-nilai murni seperti kerjasama,
persahabatan dan kesopanan di kalangan pelajar.
3.5 Memberi pendedahan kepada pelajar tentang adab dan etika ketika menghadiri majlis
makan rasmi dan sambutan.

4.0 TEMA

‘1001 Malam’

5.0 ANJURAN
Rumah Ali
6.0 TARIKH DAN MASA

Program ini dicadangkan untuk diadakan pada:

Tarikh : 15 Julai 2016 (Jumaat)


Masa : 8.00 malam

7.0 TEMPAT

Dewan makan ‘Ain Tasneem, SMAP Labu

8.0 KUMPULAN SASARAN

Semua pelajar kelahiran bulan April,Mei dan Jun

9.0 IMPAK

9.1 Pelajar dari rumah Ali dapat mengendalikan majlis yang sempurna.
9.2 Pelajar-pelajar sebagai tetamu dapat beradab dan beretika ketika berada di sesebuah
majlis.

10.0 TENTATIF PROGRAM

8.00 mlm : Ketibaan guru-guru dan tetamu jemputan


8.15 mlm : Ucapan aluan pengerusi majlis
Ucapan Ketua Guru Rumah
Ucapan Pengetua Cemerlang
Bacaan doa
Nyanyian lagu hari lahir dan majlis pemotongan kek.
Jamuan makan
Tayangan multimedia
Persembahan
- Marhaban
- Syair Bahasa Arab
10.00 mlm : Penutup dan bersurai
11.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

11.1 Anggaran pendapatan

Bil Perkara Amaun(RM)


1. Peruntukan bayaran makan pelajar( makan malam dan minum
malam)
RM 4.70 + RM 1.50 x 213 orang 1320.60

2. Peruntukan hadiah cabutan bertuah


RM 3 x 15orang 45.00

3. Peruntukan kutipan AJK


RM 20 x 30 600.00

JUMLAH 1965.60

11.2 Anggaran perbelanjaan

Bil Perkara Amaun(RM)


1. Makan malam
-Nasi hujan panas
-Ayam masak merah
-Jelatah nanas
-Buah tembikai merah
-Aiskrim
-Air oren sejuk 1320.60

2. Cabutan bertuah 100.00


- Coklat dan Tupperware

3. Kek 400.00

JUMLAH 1820.60

12.0 JAWATANKUASA PROGRAM

Pengerusi : Pn. Hjh. Radziah binti Abd Samad (Pengetua Cemerlang)


Timbalan Pengerusi : En. Abdull Samat bin Othman (Penolong Kanan HEM)
Naib Pengerusi 1 : Pn. Hjh. Epuziah binti Bedu (Penolong Kanan Kokurikulum)
Naib Pengerusi 2 : Pn. Normah bt Othman (Penolong Kanan Kokurikulum)
Naib Pengerusi 3 : En. Najmi bin Md. Ghazali (Penolong Kanan Tingkatan 6)
Pengurus projek : Tn.Hj Amirahman Bin Abas (Ketua Guru Rumah)
Cik Nor Afiqah Binti Md.Noh (Pen. Ketua Guru Rumah)
Setiausaha : Cik Siti Nor Rahmah Binti Zainal Abidin
Bendahari : Cik Nor Rashidah Azni Binti Abdul Manan

Ahli Jawatankuasa Pelaksana


Penyelaras : 1- En.Abdul Razak Bin Abdul Rahman
2- Pn.Hjh Noradibah Binti Musa
3- Ketua Rumah Putera dan Puteri

Pengacara majlis : 1- Muhammad Amni B Abu Bakar


2- Muhammad Naqib B Nasruddin

Jemputan : 1.Pn Wan Zaimah Bt Wan Ibrahim


2. Muhammad Luqman Hadri B Hasri
3. Nor Azim B Norddin
4. Anis Sofea Bt Manan
5. Ainna Najwa Bt Radduain

Sambutan hari lahir : 1. Tn Hj Mohd Hussain B Yaacob


2. Pn Fatimahwati Bt Malek
3. Muhammad Khairul Asyraaf B Kamaludin
4. Muhammad Ikhwan Syafiq B Zaidi
5. Ainin Sofiya Huda Bt Masri
6. Nurul Ardini Bt Abd Hafiz

Protokol dan sambutan : 1. En Mohd Johari B Kassim


2. Muhammad Firdaus Hidayat B Fauzi
3. Muhammad Zamir Humaidi B Muzamir
4. Nur Irdina Bt Hasan
5. Nur Aqilah Bt Hj Mohd Syukri
Kawalan pelajar : 1. En Muhammad Sharif B Abdul Rahman
2. Pn Rahayu Bt Kandar
3. Amir Noorthaqif B Shahlan
4. Muhammad Afif B Borhanuddin
5. Amira Rusyda Bt Mat Nawi
6. Siti Nur Hasyimah Ayuni Bt Kamni

Persembahan : 1. Pn Nurul Aida Bt Hashim


2. Muhammad Zafar Fariduddin B Ghazali
3. Nor Hafidzudeen B Norazmy
4. Nurul Mawaddah Bt Mohd Faizul
5. Siti Fatimah Azzahra Bt Safi’e

Dokumentasi : 1. Pn Kamariah Bt Zailan


2. Muhammad Husny B Azman
3. Muhammad Arif B Abdul Mutalib
4. Nur Liyana Bt Ayob
5. Siti Fatimah Bt Othman

Pamphlet : 1. Pn Hjh Salwa Bt Sheikh Hj Ahmad


2. Muhammad Adam Hakimi B Bostamam
3. Muhammad Aidil Qushairy B Ishak
4. Nur Hasanatul Husna Bt Md Azlee
5. Nur Farhanah Sakina Bt Asha’ari
13.0 PENUTUP
Adalah menjadi harapan agar majlis makan malam beradab dan sambutan hari lahir bulan April,
Mei dan Jun ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan mencapai objektif yang diharapakan.
Semoga dengan sokongan dan kerjasama daripada semua pihak, program ini akan berjaya melahirkan
pelajar yang bukan sahaja memiliki modal insan yang berkualiti, malahan pelajar yang cemerlang,
gemilang dan terbilang.

Disediakan oleh,

……………………
(NOR AFIQAH BINTI MD.NOH)
Penolong Ketua Guru Rumah Ali

Diluluskan oleh,

…………………………….
(HJH RADZIAH BINTI ABDUL SAMAD)
Pengetua Cemerlang

You might also like