You are on page 1of 13

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK)

1.0         Pengenalan

Falsafah boleh diertikan sebagai pemikiran atau pandangan yang benar, rasional dan bernas.
Pemikiran atau pandangan ini dihasilkan daripada usaha kajian ahli falsafah dengan cara yang saintifik,
sistematik dan logik. Tujuan falsafah ialah mencari serta membuktikan kebenaran dan memberi arah
tuju atau pedoman untuk perkara-perkara yang penting dalam kehidupan. Falsafah pendidikan boleh
diertikan sebagai pedoman , arah tuju atau pandangan terhadap perkara-perkara yang berkait dengan
pendidikan. Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini adalah digubal daripada usaha berfikir yang rasional
dan kritis, berlandaskan daripada ideologi negara sebagaimana yang telah dimanifestikan dalam
Laporan dan Dasar Pendidikan, termasuk Rukun Negara. Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini akan
menjadi suluh yang memberi pedoman dan inspirasi kepada segala usaha pendidikan sama ada di
dalam institusi pendidikan atau diluar institusi pendidikan.

2.0         Unsur-unsur Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)

Dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan terdapat empat belas unsur yang telah dikenalpasti.
Kesemua unsur ini saling berkait rapat dan menjadi tunjang utama dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan dalam melahirkan murid yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani , emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Berikut ialah huraian dan penjelasan
unsur-unsur yang terdapat dalam falsafah pendidikan kebangsaan.

2.1         Memperkembang potensi individu

Potensi adalah bakat dan kebolehan yang dimiliki oleh manusia sejak dilahirkan. Bakat dan
kebolehan ini yang merupakan anugerah Tuhan meliputi aspek-aspek seperti intelek, emosi dan
jasmani seseorang individu.
Potensi individu ini harus diperkembang dan dipertingkatkan secara berterusan melaui proses
pendidikan.
            Bakat merupakan potensi individu yang dimiliki sejak lahir. Bakat merupakan anugerah Tuhan
yang meliputi aspek seperti intelek, rohani, emosi dan jasmani seseorang individu. Bakat ini boleh
diperkembangkan melalui perhubungan dan pergaulan dengan orang lain.
            Merujuk kepada murid disekolah, setiap murid mempunyai bakat yang tertentu dan tidak semua
murid mempunyai bakat yang sama. Murid yang mempunyai bakat tertentu akan memberikan hasil
yang lebih baik berbanding dengan murid yang kurang berbakat.
Sebagai contoh dalam mata pelajaran Pendidikan Seni, tidak semua murid dapat menghasilkan
lukisan yang cantik dan menarik. Murid-murid yang sudah mempunyai bakat hanya memerlukan
bimbingan guru untuk memperkembangkan lagi bakat mereka, manakala murid yang tidak mempunyai
bakat melukis menghasilkan lukisan yang kurang menarik.
Untuk mencungkil bakat seseorang murid, peranan guru adalah amat penting. Ini adalah
kerana tidak semua murid tahu bakat mereka sendiri. Peranan pendidikan disekolah dan peranan guru
amat berguna dalam mencungkil bakat murid ini.
Untuk mencungkil bakat murid ini selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan , peranan
guru dan pihak sekolah amat penting dimana bakat murid boleh dikenalpasti dan dikembangkan dengan
cara semasa pengajaran guru di dalam mahupun di luar kelas. Sebagai contoh , semasa guru mengajar,
guru boleh meminta murid datang kehadapan untuk membentangkan hasil perbincangan kumpulan, di
sini guru dapat mengenalpasti dan memperkembangkan bakat murid iaitu berani berkomunikasi di
khalayak ramai.
Kebolehan pula merupakan satu kemahiran yang boleh diajar kepada semua murid dan semua
murid akan dapat menguasai kemahiran tersebut melalui pengajaran guru secara berterusan.
Untuk membolehkan murid menguasai kebolehan ini selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan , peranan guru secara berterusan dan juga pihak sekolah amat penting. Sebagai contoh
disekolah murid akan diajar kebolehan untuk menulis dengan baik. Maka peranan guru mengajar dari
tahun satu sehingga berterusan ke institut pengajian tinggi amat penting untuk membolehkan murid ini
mempunyai kebolehan menulis dengan baik. Contoh lain di sekolah ialah semua murid mempunyai hak
untuk kebolehan membaca dan bagi merealisasikan kebolehan murid ini peranan guru dan pihak
sekolah amat penting dimana guru perlu memupuk, memperkembang dan mempertingkatkan
kebolehan murid ini dengan cara yang terbaik selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Maka kebolehan bukanlah merupakan kemahiran yang terhad kepada murid-murid tertentu
sahaja tetapi kebolehan adalah suatu yang boleh dipelajari oleh semua murid dan murid itu akan dapat
menguasai sesuatu kebolehan itu dengan cara latihan secara berterusan dan tersusun serta menyeluruh. 

2.2         Menyeluruh dan bersepadu

Potensi individu tidak mungkin boleh dikembangkan secara berasingan. Setiap potensi yang
dikembangkan itu harus dihubungkaitkan atau diselaraskan dengan potensi yang lain . Tujuannya
adalah supaya perkembangan potensi itu tidak bertentangan di antara satu dengan lain. Malahan semua
potensi akan berkembang secara bersepadu. Misalnya, perkembangan potensi intelek , rohani dan
jasmani dalam permainan  atau sukan tidak boleh dipisahkan dari segi aspek-aspek sosial seperti
memperoleh pengetahuan yang betul , cekap dan tangkas serta mempunyai semangat kerjasama ,
kekitaan dan berbakti kepada negara.
Contohnya semasa murid mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani
dan Kesihatan di padang dan di dalam kelas, murid bukan sahaja mendapat ilmu tentang kemahiran dan
teknik  malahan nilai-nilai positif yang diterap semasa sesi pengajaran dan pembelajaran turut  akan
dikuasai oleh murid seperti mempunyai semangat kerjasama , kekitaan dan semangat untuk berbakti
kepada negara. Hasilnya melalui penerapan unsur Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini akan
menghasilkan generasi yang amat positif dan maju.
  
2.3         Insan yang seimbang dan harmonis

Insan yang seimbang dan harmonis memiliki dan menghayati ilmu pengetahuan, berakhlak
mulia , mempunyai kepercayaan dan keyakinan yang teguh kepada Tuhan. Matlamat ini boleh capai
apabila semua potensi yang ada pada dirinya telah dikembangkan secara selaras ,menyeluruh dan
harmonis. Seseorang individu yang seimbang dan harmonis adalah manusia yang telah memiliki
sahsiah yang bersepadu , menikmati keseimbangan dan kesejahteraan dalam jiwanya. Insan yang
seimbang dan harmonis sentiasa merasa bersyukur , bersedia menerima segala ujian dan cabaran hidup
serta sentiasa berikhtiar untuk mengatasi masalah yang dihadapinya dengan fikiran yang tenang.  

Contohnya di sekolah penerapan nilai-nilai ini amat ditekankan terutamanya bagi mata
pelajaran Pendidikan Agama Islam, Pendidikan Moral, Pendidikan Sivik dan Kewarganegaan,
Pendidikan Jasmani dan kesihatan secara khususnya. Tetapi peranan guru untuk menerapkan nilai ini
bukan sahaja pada matapelajaran tertentu sahaja tetapi peranan guru untuk mererapkan nilai ini bagi
semua matapelajaran yang diajar dan sepanjang persekolahan murid. Persekitan murid juga memainkan
peranan ini , dimana pihak sekolah dan guru memainkan peranan dengan menampal kata-kata yang
baik di sekitar kawasan sekolah. Di sini murid akan senantiasa dihiaskan mata mereka dengan
perkataan dan benda-benda yang baik dan positif sahaja sepanjang mereka berada di sekolah. Pihak
sekolah juga memainkan peranan dengan menganjurkan aktiviti –aktiviti di luar kelas seperti sambutan
–sambutan dan ceramah-ceramah yang yang berunsur keagamaan , kesihatan dan motivasi kepada
murid-murid. Hasilnya murid akan hidup dalam suasana yang seimbang dan harmonis selaras dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

2.4         Intelek

Unsur intelek merangkumi unsur hikmah iaitu ilmu yang sebenar, daya pemikiran yang
inovatif , logik, analitis dan ilmu yang bermanafaat. Apabila memasuki ruang persekolahan melibatkan
murid , terdapat beberapa ciri-ciri intelek yang harus guru tekankan.

Murid seharusnya menguasai kemahiran asas membaca , menulis dan mengira. Disini peranan
guru amat penting dengan memberi atau mengajar semua murid tidak kira tahap kecergasan untuk
menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira ini. Ciri ini amat penting untuk pembangunan
modal insan murid dan akan digunakan sepanjang hayat mereka. Jika murid gagal menguasai ciri ini
maka guru harus bertindak sesuatu agar murid ini tidak tercicir, maka peranan kelas pemulihan amat
penting untuk membantu murid agar dapat menguasai kemahiran ini.

Ciri unsur intelek seterusnya yang harus dikuasai ialah sentiasa berusaha untuk mendapatkan
ilmu, meningkatkan ilmu dan menyebarkan ilmu. Guru seharusnya menekankan kepada murid agar
sentiasa berusaha untuk mencari ilmu sebanyak mungkin kerana bidang ilmu adalah sangat luas. Guru
boleh galakan murid untuk mencari ilmu mengikut peredaran semasa contohnya dengan menggunakan
perkhidmatan internet dan lain-lain. Sebagai contoh disekolah guru boleh membawa murid ini ke
makmal computer untuk mencari maklumat berkaitan dengan pelajaran mereka. Tindakan guru ini akan
membuatkan pengajaran guru akan lebih menarik dan maklumat yang akan dikumpulkan
berkemungkinan lebih banyak dan lebih menarik dan tidak bergantungan hanya kepada buku teks dan
rujukkan sahaja.

Murid juga harus mempertingkatkan ilmu mereka, disini peranan guru adalah amat penting
dimana guru harus mengajar atau memperkenalkan ilmu baharu kepada murid mahupun senantiasa
mengikut peredaran semasa. Guru seharusnya lebih berpengetahuan dan mempunyai ilmu yang lebih
baharu untuk disampaikan kepada murid. Contohnya semasa pengajaran dan pembelajaran guru
seharusnya menggunakan teknologi terkini seperti penggunaan barangan ict untuk menarik minat
murid dan seterusnya menggalakan murid untuk mempertingkatkan ilmu mereka. Menurut kajian
bahan bantu mengajar yang menarik dan bersesuaian akan menambahkan lagi pemahaman murid
semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Selain ini murid boleh meningkatkan ilmu mereka dengan
cara menggalakan murid membuat perbincangan secara berkumpulan dimana perkongsian ilmu ini
akan menambahkan lagi ilmu murid-murid ini. Guru-guru juga harus menekankan kepada murid
semasa di sekolah agar senantiasa mencintai ilmu dan galakkan mereka untuk menuntut ilmu sepanjang
hidup mereka.

Murid juga seharusnya digalakkan untuk senantiasa meyebarkan ilmu mereka kepada semua.
Contohnya di sekolah peranan guru untuk dimainkan kepada murid agar murid ini dapat menyebarkan
ilmu mereka boleh dilakukan dengan beberapa cara. Perbincangan dan perbentangan dihadapan kelas
adalah salah satu cara yang amat penting dan berkesan untuk melatih murid untuk menyebarkan
pengetahuan yang mereka kuasai dan dapat dikongsi bersama dengan murid . Guru juga boleh
menggalakkan murid untuk balik ke rumah dan bercerita tentang pelajaran yang telah mereka kuasai di
sekolah kepada rakan-rakan mahupun penjaga mereka. Dengan cara ini , bukan sahaja murid dapat
menyebarkan ilmu tersebut tetapi akan memperkuatkan daya ingatan murid tersebut terhadap ilmu itu.

Ciri-ciri unsur intelek seterusnya ialah murid seharusnya berfikir secara kreatif dan kritis serta
berusaha untuk mengembangkan daya pemikirannya supaya murid mampu menghurai, mencerakin,
menaakul, merumus dan menghasilkan idea-idea yang bernas. Contohnya di sekolah peranan guru
untuk memberi permasalahan yang bersesuaian akan menggalakkan murid untuk berfikir secara
sebegini. Guru boleh menjadi sebagai fasilitator dan memandu arah murid kelandasan yang betul dan
membiarkan murid untuk berfikir secara sebegitu. Contoh dalam matapelajaran sains , guru boleh
mewujudkan permasalahan yang memerlukan murid berfikir secara kreatif dan kritis dan hasilnya kita
akan dapat menghasilkan generasi murid yang mantap.

Ciri unsur intelek seterusnya ialah murid akan berupaya memanfatkan ilmu untuk diri sendiri ,
orang lain dan alam sekitar. Sebagai contoh di sekolah ilmu pengetahuan yang telah dipupuk di
sekolah  seperti tidak membuang sampah merata-rata tempat di terapkan sepanjang mereka di sekolah
dan penerangan akibat jika mereka membuang sampah telah mereka kuasai dan hasilnya apabila
mereka berada di luar kawasan sekolah mahupun dimana-mana sahaja mereka tidak sewenang-
wenangnya membuang sampah kerana mereka tahu akibat daripada perbuatan tersebut, maka unsur-
unsur intelek daripada Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah tercapai dengan jayanya. 

10. Rakyat Malaysia Berakhlak mulia

Akhlak atau pekerti adalah kekuatan diri. Diri seseorang dinilai berdasarkan kepada akhlak
yang menghiasi dan memperkuatkan jati dirinya. Sekiranya akhlak yang diamalkan baik, maka
keseluruhan hidup menjadi baik dan begitulah sebaliknya.
           Sesungguhnya pembentukan akhlak dalam diri seseorang tidak boleh dilakukan dalam tempoh
masa yang singkat. Proses itu melalui didikan, penghayatan dan amalan sepanjang hayat yang lahir dari
asuahan ibu bapa, keluarga dan masyarakat.Untuk membentuk sebuah negara yang berjaya dan
bertamadun, terlebih dahulu perlu dibentuk akhlak mulia dalam diri setiap rakyat. Ini perlu dijadikan
matlamat utama dalam agenda pembangunan Negara. Negara maju tidak akan kekal lama jika akhlak
rakyatnya rosak. Kejayaan dan kemakmuran negara akan runtuh bersama-sama runtuhnya akhlak
rakyat. Kekuatan sesebuah negara bergantung kepada kekuatan, keterampilan dan kemuliaan akhlak
rakyatnya. Oleh itu berakhlak mulia merupakan unsur yang terdapat dalam FPK.Sebagai seorang guru
amat penting untuk memastikan pelajar mempunyai akhlak yang terpuji. Boleh dikatakan pelajar yang
cemerlang merupakan pelajar yang berakhlak mulia.

10.1 Kepentingan Akhlak mulia

Kegagalan membentuk pelajar atau masyarakat berakhlak mulia sama seperti mengakibatkan
kehancuran pada bumi ini. Firman Allah bermaksud: “Telah timbul pelbagai kerosakan dan bala
bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia. (Timbulnya
yang demikian) kerana Allah hendak merosakkan mereka sebagai sebahagian daripada balasan
perbuatan-perbuatan buruk yang mereka lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan
bertaubat)." (Surah ar-Rum, ayat 41)

Dalam hubungan ini, kita seharusnya mengambil iktibar dengan mencontohi asas yang
dilakukan oleh Rasulullah SAW iaitu dengan membentuk akhlak mulia. Sabda Rasulullah SAW
bermaksud:“Sesungguhnya Aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak mulia."(Hadis riwayat
Ahmad dan Al-Hakim).

Dan penjelasan Baginda dalam hadis yang lain bermaksud: “Tidak ada sesuatu yang lebih berat
timbangannya selain daripada akhlak yang baik."(Hadis riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi).

10.2 Ciri-ciri pelajar atau rakyat Malaysia yang berakhlak mulia:


• Mempunyai pengetahuan dan keyakinan terhadap nilai murni
• Mempunyai kesedaran terhadap kesan daripada perbuatan yang baik dan
  buruk
• Mengamalkan perlakuan yang baik dan
• Menghayati nilai mulia yang merangkumi nilai-nilai kerohanian, kemanusiaan
dan kewarganegaraan.

 10.3 Pembentukan akhlak di sekolah.

Antara cara terbaik membentuk akhlak mulia ialah dengan teladan baik. Guru perlu memiliki
sifat amanah, dedikasi, komited pada tugas, ikhlas, sanggup berkorban masa dan tenaga. Mereka juga
perlu bersikap suka membantu dan membimbing serta berperanan sebagai role model kepada pelajar.
Kehadiran alaf baru yang diwarnai dengan kebangkitan revolusi maklumat dan multimedia, amat besar
pengaruhnya terhadap penyebaran sistem maklumat. Ia bukan saja memberi kesan terhadap pembinaan
minda generasi muda, malah mencorakkan gaya hidup yang amat unik di kalangan mereka.

Pendidikan tidak dibatasi dengan meletakkan guru sebagai fasilitator semata-mata. Konsep
fasilitator dalam konteks budaya bestari mesti mampu menghubungkan kemajuan teknologi sebagai
alat. Kandungan maklumat pula mesti mampu membangunkan sahsiah. Aspek keinsanan seperti
hubungan guru dengan murid mesti dalam konteks guru sebagai model contoh yang memberikan imej
teladan.

11. Rakyat Malaysia yang bertanggungjawab

Tanggungjawab adalah kesanggupan diri seseorang untuk memikul dan melaksanakan tugas
serta kewajipan dengan sempurna. Tanggung jawab sesuatu yang harus kita lakukan agar kita
menerima sesuatu yang di namakan hak.Tanggung jawab merupakan perbuatan yang sangat penting
dilakukan dalam kehidupan harian.Jika masyarakat tidak bertanggungjawab, maka setiap perancangan,
agenda, sebarang kerja akan bermasalah.

11.1 Ciri-ciri pelajar atau rakyat Malaysia yang bertanggungjawab:


• Menyedari bahawa setiap tugas dan tanggungjawab merupakan amanah dan
  dilaksanakan dengan sempurna
• Menjalankan tugas dengan amanah, bersih dan cekap
• Sentiasa berusaha untuk meningkatkan daya pengeluaran
• Mematuhi peraturan dan undang-undang negara dan
• Berusaha untuk memajukan diri, keluarga, masyarakat, agama, bangsa dan
  negara.

11.2 Jenis-jenis Tanggung Jawab


         Tanggungjawab terhadap Tuhan
         Tanggung jawab terhadap diri sendiri
         Tanggung jawab terhadap keluarga
         Tanggung jawab terhadap masyarakat
         Tanggungjawab terhadap Negara

11.3 Penerapan sikap bertanggungjawab di Sekolah


Kita sedia maklum bahawa di sekolah guru-guru, kurikulum dan kokurikulum telah melatih
pelajar-pelajar untuk bersikap bertanggungjawab. Dengan adanya jawatan-jawatan seperti pengawas,
ketua kelas, ketua atau ajk persatuan dan sebagainya. Mereka telah dilatih untuk menjadi individu yang
bertanggungjawab. Secara tidak sedar sikap bertanggungjawab murid sudah bermula dengan
mengamalkan adab-adab berikut di sekolah.
         Memberi hormat ketika guru masuk ke kelas dengan memberi salam kepada guru kelas.
         Tumpuan dan perhatian ketika guru mengajar.
         Siapkan kerja sekolah yang diamanahkan oleh guru. 
         Memberi tumpuan dan perhatian sepenuhnya ketika guru sedang memberi
penerangan.
         Ucapan terima kasih kepada guru sebaik sahaja guru itu selesai mengajar.

11.4 Sikap pelajar yang bertanggungjawab di sekolah


Sekolah ialah rumah kedua bagi murid-murid dan guru-guru sebagai pengganti ibu bapa. Murid
yang bertanggungjawab akan dapat :

         Mematuhi dan menghormati peraturan sekolah


         Menjaga dan meningkatkan kebersihan sekolah
         Menjaga dan memelihara harta benda sekolah
         Menjaga keceriaan sekolah
         Menimbulkan suasana pembelajaran dan sayang akan sekolah
         Memahami susun lapis masyarakat sekolah

Secara kasar sekolah mempunyai susun lapis yang dianggotai oleh Guru Besar, Penolong Kanan,
Penyelia Petang, Guru- Guru, Kakitangan        Bukan Guru,Pengawas - Pengawas, Ketua Kelas, dan
murid-murid. Setiap anggota masyarakat sekolah mempunyai peranan dan tanggungjawab masing-
masing yang saling berhubung kait antara satu sama lain. Kejayaan          sekolah bergantung
sepenuhnya kepada kerjasama erat dalam kalangan warganya.
         Menghormati bendera, lagu kebangsaan, lagu negeri, dan lagu sekolah
i) Menghormati bendera
 Murid sedar bahawa bendera adalah lambang kemegahan bagi negara, negeri dan juga
sekolah
 Murid  mengetahui dan memahami pengertian lambang dan warna  bendera-bendera
tersebut.
 Murid menghormati bendera negara, bendera negeri dan   bendera  sekolah terutama
ketika bendera-bendera tersebut sedang  dikibarkan.
 Murid merasa bangga dengan bendera negara, bendera negeri, dan        bendera
sekolah.

 ii) Menghormati lagu kebangsaan, lagu negeri, dan lagu sekolah


 Murid mengetahui seni kata lagu Negaraku, Lagu Negeri,dan lagu
              sekolahnya. Murid juga memahami serta menghayati seni   kata    lagu-lagu  tersebut.
 Murid berdiri tegak sebagai tanda hormat semasa lagu-lagu tersebut  dinyanyikan atau
diperdengarkan dalam perhimpunan dan majlis-majlis rasmi.
  Murid hendaklah menyanyikan lagu-lagu tersebut dengan betul dan  bersemangat.

    iii) Perhimpunan sekolah


 Murid yang bertanggungjawab akan hadir semasa perhimpunan sekolah  dan ketika
menghadirinya  murid mereka bertatatertib, teratur, hormat serta  patuh kepada
peraturan- peraturan perhimpunan yang ditetapkan.

11.3 Kepentingan atau kesan pelajar atau individu yang bertanggungjawab


Seorang pelajar, guru atau individu yang cemerlang semestinya memiliki sikap bertanggungjawab
yang tinggi. Menjadi seorang individu bertanggungjawab bukanlah satu perkara yang luar biasa.
Banyak usaha diperlukan. Individu yang memiliki tanggungjawab akan menampakkan sifat-sifat
berikut:
         Bersemangat dan dedikasi. Dalam setiap perkara yang dilakukan, seorang pelajar atau individu
yang bertanggungjawab amat bersemangat tanpa mengenal penat dan jemu.
         Amanah. Satu lagi sikap yang mulia adalah amanah atau jujur dalam setiap tindakan. Sikapnya
sentiasa bercakap benar, tidak menipu, tidak mencuri atau tidak mengambil hak orang lain. Kita sedar
tindakan tidak jujur akan mengundang lebih banyak keburukan berbanding kebaikan.
         Mempunyai disiplin yang tinggi. Ciri ini adalah asas dalam segalanya. Seorang individu
bertanggungjawab tahu membahagikan masanya untuk belajar, bekerja, beriadah, beribadah dan
bersosial. Segalanya diatur dengan rapi. Hasilnya, keseimbangan dalam kehidupan dapat dicapai
dengan sempurna.
         Cergas dan cerdas sepanjang masa. Pelajar atau individu yang bertanggungjawab akan sentiasa
memastikan dirinya sentiasa cergas dari segi fizikal seperti sihat tubuh badan tanpa sebarang masalah
kesihatan. Begitu juga cerdas dari segi mental, emosi dan minda.
         Berdoa dan bertawakkal. individu yang bertanggungjawab akan mendekatkan dirinya dengan
agama. Mereka juga akan sentiasa berdoa dan bertawakal agar setiap usaha mendapat keberkatan oleh
Tuhan.

12. Rakyat Malaysia yang keupayaan mencapai kesejahteraan diri


Cabaran yang dihadapi pada masa kini tidak sahaja bersifat kebendaan, tekanan berkaitan
pelajaran, pekerjaan, keluarga dan lain-lain yang akan menguji kesejahteraan diri. Kesejahteraan diri
bermaksud ada keupayaan berfikir yang baik dan keupayaan menyaring sumber pemikiran dari
luar.Selain dari memiliki tubuh yang sihat, kesejahteraan diri berkait rapat dengan ketahanan mental
seseorang. Dalam tradisi Islam, ketahanan mental seimbang dengan ketahanan rohaniah. Sebab itu,
ilmuwan Islam dalam menghadapi kerenah zaman utuh dengan daya intelektualnya dan dicermin
akhlaknya yang baik.
Kesejahteraan diri menuntut penguasaan ilmu dan keupayaan berfikir berkembang
menghadapi cabaran globalisasi, justeru para pelajar atau setiap individu harus mempunyai persiapan
ke arah ini. Al-Quran juga memberi asas kepada kemahiran dan kedalaman berfikir Asas ini menjadi
landasan kepada ilmuwan Islam pada masa silam memiliki jiwatadabbur (memerhati, mengetahui,
memahami). Jiwa tadabbur ini sangat penting bagi individu kerana ia adalah landasan kepada
kesejahteraan diri. Dalam FPK sudah termaktub kepercayaan kepada Tuhan adalah satu elemen yang
terpenting.Untuk mencapai kesejahteraan diri kita haruslah mendekatkan diri kepada tuhan.
Memiliki kesejahteraan diri juga mempunyai hubungan  dengan kemahiran berfikir yang perlu
ada pada seseorang. Kemahiran berfikir seperti berfikir kritikal, kreatif, lateral, reflektif dan strategik
adalah sangat penting kepada kita semua.

12.1 Ciri-ciri rakyat Malaysia yang berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri:

• Mempunyai fikiran yang waras, jiwa yang tenang dan badan yang sihat
• Mempunyai daya ketahanan diri yang kuat untuk menghadapi cabaran hidup
• Sentiasa dapat mewujudkan perhubungan yang baik dengan orang lain.

12.2 Contoh-contoh sikap individu yang berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri.

Jika di peringkat sekolah pelajar itu sentiasa menjaga kesihatan dirinya. Mereka akan aktif
dalam bidang sukan dan kokurikulum selain rajin dalam mengulangkaji pelajaran.Setiap tugasan yang
diberi oleh guru akan diseselaikan dengan sempurna.Jika tidak dapat menyelesaikannya, pelajar
tersebut akan berjumpa dengan kawan-kawan dan meminta bantuan daripada mereka. Ini kerana pelajar
tersebut tidak  mempunyai masalah perhubungan dengan kawan-kawan lain. Dengan ayat yang lebih
mudah pelajar tersebut sentiasa menjaga hubungan baik dengan orang lain.

Seorang pelajar yang berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri juga tidak ada masalah
disiplin.Mereka tidak akan menyakiti hati orang dan mencari masalah dengan sesiapa sahaja.Mereka
mudah didampingi oleh rakan-rakan lain.Setiap masalah yang datang akan diselesaikan dengan cara
yang terbaik.Mereka juga merupakan pelajar yang bijak membahagi masa antara belajar dan
bersukan.Tidak hairanlah jika pelajar-pelajar ini sentiasa meraih pingat, hadiah dan pujian dari pihak
sekolah.

Perkara ini bukan sahaja berlaku di sekolah malah akan berpanjangan sehingga mereka
menempuh alam pekerjaan, berkeluarga dan bermasyarakat. Seseorang yang memiliki sikap ini akan
sentiasa menjadi rujukan kepada orang lain. Selain menjadi tempat untuk meminta nasihat dan
sebagainya. Semua ini tidak mustahil kerana mereka memiliki jiwa yang tenang dan memiliki
kesejahteran diri yang mantap.
13. Rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan
Rukun Negara adalah salah satu alat dan doktrin yang sepatutnya mampu menjadikan
warganegara Malaysia yang sentiasa menyumbangkan untuk negara. Sekiranya Rukun Negara dapat
dihayati oleh setiap individu rakyat Malaysia maka sudah pasti mereka akan mempunyai rasa dan
kesedaran yang tinggi terhadap tanggungjawab mereka kepada negara. Dengan adanya kesedaran ini
maka mereka akan menjadi produktif dan berinovatif. Oleh yang demikian, Rukun Negara mempunyai
peranan yang sangat besar dalam melahirkan modal insan yang sangat diperlukan oleh negara dalam
memastikan pembangunan Negara Malaysia berterusan, mapan, dan mampu mencipta sesuatu yang
baru, bukan sekadar menggunakan sesuatu produk dan perkhidmatan yang diimport semata-mata, tetapi
juga mampu mengeksport produk dan perkhidmatan ‘buatan Malaysia’.

13.1 Ciri-ciri rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan terhadap masyarakat  dan
Negara.

 Sentiasa berusaha ke arah memupuk perpaduan rakyat melalui semangat


 kerjasama, toleransi, kekitaan dan hormat menghormati
 Sentiasa berusaha memajukan ekonomi ke arah perkembangan bangsa dan
 negara dengan menggunakan sains dan teknologi.
 Sentiasa membantu dan memberi apa sahaja yang diperlukan oleh masyarakat dan
Negara.
 Memberi idea, tunjuk ajar, pengalaman yang diperlukan.
 Mempunyai daya cipta dan menghasilkan produk sendiri dalam bidang masing-
masing.
 Sentiasa berusaha dengan gigih dalam apa juga kedudukan, keadaan untuk
memperbaiki diri dan masyarakat.

Kesan atau implikasi terhadap sumbangan yang diberikan.

Jika di sekolah, maka akan harumlah nama sekolah kerana terdapat pelajar yang mampu
menyumbangkan kebolehan mereka. Sumbangan yang diberikan seperti:

 Mewakili sekolah dalam bidang sukan.


 Menyumbangkan pingat untuk sekolah dalam bidang olahraga dan sebagainya.
 Menaikkan nama sekolah kerana mendapat pencapaian terbaik dalam bidang
akademik.
 Menghasilkan ciptaan atau rekaan dalam pertandingan rekacipta dan sebagainya.

Dengan kemampuan untuk memberi  sumbangan-sumbangan tersebut guru-guru serta ibu bapa


akan berasa bangga dan bersemangat dalam mendidik.Mereka juga dengan keadaan tidak sedar telah
memberi galakan dan dorongan kepada pelajar lain untuk lebih bersemangat.
Jika dalam konteks bermasyarakat dan menjadi rakyat Malaysia khususnya kemampuan seseorang
untuk menyumbang dalam apa jua bidang amatlah dihargai dan disanjung tinggi.Pencapaian negara
dalam bidang ekonomi, pendidikan, sukan, kesihatan dan sebagainya akan melonjak naik dan akan
memberi impak yang besar kepada rakyat. Individu ini akan dapat menggunakan teknologi dengan
cekap bagi meningkatkan daya pengeluaran kea arah pembangunan negara. Kesimpulannya individu
yang mampu memberi sumbangan adalah aset yang amat bernilai untuk sekolah, masyarakat dan
negara.

14. Keharmonian, dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Kita semua sedia maklum bahawa Malaysia terkenal dengan keunikannya yang mempunyai
penduduk berbilang kaum namun hidup rukun damai sejak kemerdekaannya  52 tahun lalu.
Inilah yang menjadi resepi dan pemangkin ke arah pencapaian kejayaan negara. Sebagai rakyat
yang prihatin,di bahu kitalah tergalasnya tanggungjawab untuk mengekalkan keharmonian dan
kemakmuran  ini. Memiliki semangat saling menghormati dan memahami antara satu
sama lain amat penting kerana mampu mengelak sebarang perasaan negatif seperti
hasad dengki, pentingkan diri sendiri dan lain-lain. Hubungan baik yang terjalin
erat bukan sahaja menjadi asas kehidupan yang tenteram dan harmoni bahkan juga memakmurkan
negara.

14.1 Kepentingan keharmonian dan kemakmuran

Kehidupan yang harmoni dan makmur juga merupakan jambatan utama menuju kemajuan. Negara
yang sejahtera membolehkan rakyatnya mengambil peluang meningkatkan taraf  h i d u p . S e m u a
p i h a k d a p a t b e r g a n d i n g b a h u m e m i k u l t u g a s m a s i n g - m a s i n g t a n p a  sebarang
perasaan syak wasangka. Hasilnya, negara kita akan membangun dengan s t a b i l m e r a n g k u m i
segenap aspek kehidupan. Pembangunan pesat negara k i t a   setanding dengan
negara-negara maju di dunia. Perpaduan kaum yang wujud juga turut mempercepat dan memperkasa
pembangunan negara..S e b a l i k n y a , j i k a k e h a r m o n i a n d a n k e m a k m u r a n t e r a n c a m
m a k a a m a t s u k a r l a h k e r a j a a n   mengatur agenda mencapai kemajuan negara. Kesannya negara
akan ketinggalan dan rakyat menderita kemiskinan.

14.2 Ciri-ciri rakyat Malaysia yang dapat memberikan keharmonian dan kemakmuran
keluarga  masyarakat dan negara:

• Sentiasa berusaha mengekalkan kestabilan Negara.


• Sentiasa berusaha mematuhi serta mempertahankan peraturan dan
  perlembagaan
• Sanggup mempertahankan maruah diri, agama, bangsa dan negara dan
• Sentiasa mengamal dan menghayati Prinsip- Prinsip Rukun Negara.

14.3 Sikap individu yang mampu memberi keharmonian dan kemakmuran.

14.3.1 Menjaga maruah diri dan keluarga.


Setiap orang sudah pasti mengimpikan kejayaan dalam setiap apa yang dilakukan. Tetapi untuk
berjaya tidak beroleh hanya berpeluk tubuh atau mengharapkan kepada takdir semata-mata.Setiap orang yang
ingin mencapai kejayaan hidup perlu menghadapi pelbagai rintangan sebelummencapai kejayaan.
Seperti kata pepatah; jika tidak dipecahkan ruyung masakan akan dapat sagunya. Sesungguhnya hanya
individu yang cekal, bijak, dan mempunyai cita-cita yang tinggi sahaja mampu melepasi rintangan
untuk menuju ke puncak kejayaan.Sebenarnya kejayaan dalam bidang apa sekalipun adalah nilai diri
atau maruah diri seseorang. Individu yang berjaya, sentiasa mementingkan harga diri agar seiring
dengan kejayaan yang dicapai.Sebaliknya, individu yang gagal mempertahankan maruah diri dan
keluarga akan berdepan dengan pertentangan nilai hidup antara kejayaan yang dicapai, dan maruah
yang tercalar yang secara langsung memberi kesan kepada keharmonian dan kemakmuran hidupnya,
keluarga, masyarakat dan negara . Sebab itu kerajaan amat menekankan kepada kecemerlangan yang
seimbang dalam semua aspek. Falsafah Pendidikan Negara menetapkan matlamat untuk melahirkan
individu-individu pelajar yang seimbang dari segi jasmani, rohani, intelek, dan emosi.

14.3.2 Menghormati orang lain.


Sehebat mana kita, , secantik mana kita, sekaya mana kita, hormatilah orang lain walaupun
orang yang tidak sama taraf dengan kita. Apabila kita menghormati orang lain, biasanya secara
automatik mereka juga akan menghormati kita. Menghormati di sini bukanlah bermaksud tunduk
hormat. Tetapi antara contohnya adalah seperti menegur sapa, peramah dan memberi salam. Dengan
melakukan perkara ini, secara automatik menunjukkan kita tidak pilih kasih (tidak sombong) di dalam
berkawan atau berinteraksi dengan manusia di mana semua manusia sama sahaja walaupun pada fizikal
dan materialnya ada perbezaan.Formula mudah di sini ialah “Untuk dihormati, maka kita perlu hormati
orang lain”Jika wujud budaya saling menghormati antara satu sama lain maka akan harmonilah
keluarga ,masyarakat dan makmurlah negara.

14.3.3 Mempertahankan agama.


Individu yang sentiasa menjaga agamanya pasti tidak akan melakukan kejahatan dan
kerosakan apa lagi mengeruhkan sesuatu keadaan.Individu yang melaksanakan tuntutan agama pasti
dipandang mulia oleh masyarakat. Individu seumpama ini dengan sedaya upaya akan mempertahankan
agamanya jika diganggu gugat oleh pihak-pihak tertentu.Oleh kerana mereka tidak suka agama mereka
diganggu maka sudah semestinyalah mereka tidak akan mengganggu agama lain.Oleh itu Keharmonian
dan kemakmuran akan wujud dengan sendirinya.
14.3.4 Menghayati Prinsip-prinsip rukun Negara.
Penghayatan Rukun Negara juga mampu menjadikan keluarga, masyarakat dan Negara
harmoni dan makmur.Seterusnya menjadikan masyarakat Malaysia yang demokratik, saintifik dan
progresif selain bersifat terbuka terhadap cara hidup rakyat pelbagai keturunan. Selain itu, Rukun
Negara dapat mencipta satu masyarakat yang adil, supaya kemakmuran Negara dapat dinikmati
bersama. Dalam pada itu, lima prinsip Rukun Negara sebenarnya saling berkait rapat antara satu
dengan lain.
Satu lagi kepentingan menghayati Rukun Negara ialah prinsip  kepercayaan kepada Tuhan
mampu menerapkan kepercayaan beragama yang boleh mengukuhkan ikatan pelbagai kaum di
Malaysia serta mempunyai jati diri yang padu. Rukun Negara juga mendidik kita mempunyai kesetiaan
tinggi yang diberikan kepada raja dan negara kerana raja adalah lambang perpaduan negara. Selain itu,
Rukun Negara mendidik kita supaya menerima, mematuhi dan mempertahankan keluhuran
Perlembagaan Negara. Lima prinsip Rukun Negara yang merangkumi pelbagai aspek dalam
masyarakat dengan jelas membuktikan Rukun Negara dapat melahirkan keamanan dan kerharmonian 
negara dapat dikekalkan .

You might also like