You are on page 1of 2

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN VIDEO KREATIF MAULIDUR RASUL SAW

TAHUN 1442H / 2020M

PERTANDINGAN VIDEO KREATIF MAULIDUR RASUL SAW


TAHUN 1442H / 2020M

SYARAT-SYARAT :

1. Penyertaan terbuka kepada seluruh Warganegara Malaysia tanpa mengira agama dan bangsa
KECUALI warga JAKIM dan Yayasan Taqwa MAIWP tidak layak menyertai pertandingan ini.

2. Kandungan video kreatif adalah berkaitan Maulidur Rasul SAW dan hendaklah:

i. Mempunyai plot atau jalan cerita yang menarik berunsur nilai-nilai murni dan Rasulullah SAW
sebagai suri teladan;

ii. Mempunyai bunyi latar sama ada adunan muzik, bunyi, suara latar dalam kesemuanya atau
sebahagian video;

iii. Berdurasi di antara 3 minit hingga 5 minit;

iv. Tidak menyentuh sesitiviti keagamaan, perkauman, politik dan sebagainya; dan

v. Memaparkan kempen “Like” dan “Share” laman media sosial JAKIM

3. Karya hendaklah hasil kreativiti sendiri. Jika karya didapati hasil ciplak, penyertaan adalah terbatal.

4. Setiap peserta boleh menghantar lebih dari satu penyertaan, tetapi setiap peserta hanya layak
memenangi satu hadiah sahaja.

5. Muat naik video di Youtube atau Facebook atau Instagram dengan tanda pagar
#VideoMaulidJAKIM1442 dan pastikan video berstatus 'Public'.

6. Semua video penyertaan yang diterima oleh pihak urusetia menjadi hak milik JAKIM dan boleh
digunakan untuk apa-apa tujuan.

7. Hantarkan pautan video tersebut berserta nama penuh, nombor kad pengenalan dan nombor telefon
kepada urusetia melalui email ukkjakim@islam.gov.my

8. Tarikh tutup penyertaan ialah pada 31 OKTOBER 2020 sebelum jam 12.00 malam.

#VideoMaulidJAKIM1442 Muka 1
SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN VIDEO KREATIF MAULIDUR RASUL SAW
TAHUN 1442H / 2020M

KRITERIA PENGHAKIMAN :
1. Kategori Pilihan Juri
i. Markah penilaian oleh juri berdasarkan kreativiti dan mesej yang disampaikan berdasarkan syarat-
syarat yang telah ditetapkan.
ii. Keputusan hakim adalah muktamad dan sebarang perbincangan atau surat-menyurat tidak akan
dilayan.

2. Kategori Pilihan Netizen


Pemenang dipilih berdasarkan penerimaan ‘like’ paling tinggi.

KATEGORI HADIAH :

1. PILIHAN JURI
Johan :
Wang tunai RM4000.00 sumbangan Yayasan Taqwa MAIWP, hadiah iringan dan sijil penyertaan
Naib Johan :
Wang tunai RM2,000.00 sumbangan Yayasan Taqwa MAIWP, hadiah iringan dan sijil penyertaan
Tempat Ketiga :
Wang Tunai RM1,000.00 sumbangan Yayasan Taqwa MAIWP, hadiah iringan dan sijil penyertaan
Saguhati (7 pemenang)
Wang tunai RM500.00 sumbangan Yayasan Taqwa MAIWP, hadiah iringan dan sijil penyertaan

2. PILIHAN NETIZEN
Johan :
Wang tunai RM1000.00 sumbangan Yayasan Taqwa MAIWP
Naib Johan :
Wang tunai RM800.00 sumbangan Yayasan Taqwa MAIWP
Tempat Ketiga :
Wang Tunai RM500.00 sumbangan Yayasan Taqwa MAIWP
Saguhati (7 pemenang)
Wang tunai RM100.00 sumbangan Yayasan Taqwa MAIWP

PENGUMUMAN KEPUTUSAN
Keputusan dan tarikh penyampaian hadiah akan dimaklumkan melalui portal dan media sosial JAKIM.

#VideoMaulidJAKIM1442 Muka 2

You might also like