You are on page 1of 3

JOM BERCERITA DALAM TALIAN SEMPENA

SENI DALAM TALIAN @#dudukrumah / ARTS ONLINE @#stayhome

1.0 Pengenalan

Jom Bercerita Dalam Talian merupakan aktiviti manifestasi menggunakan


teknik penceritaan yang hanya boleh disertai oleh penggiat seni budaya.
Sebagai contoh, rakaman video cerita penglipurlara oleh Awang Batil, Pak
Romli atau cerita rakyat oleh tokoh budayawan atau penggiat seni yang
mengisahkan Pak Pandir, Hang Tuah dan sebagainya yang mempunyai unsur
nilai - nilai murni yang boleh disampaikan kepada generasi muda.

2.0 Syarat-Syarat Penyertaan

2.1 Umum

i. Setiap Peserta hanya boleh menghantar SATU PENYERTAAN


sahaja,

ii. Penyertaan adalah PERCUMA dan TERBUKA kepada


PENGGIAT SENI SENI BUDAYA MALAYSIA yang berusia
18 tahun ke atas KECUALI Kakitangan Kementerian
Pelancongan Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) dan
agensi di bawahnya TIDAK DIBENARKAN.

iii. Setiap penyertaan hendaklah disertakan dengan:


a) BORANG PENYERTAAN yang lengkap; dan

b) SALINAN KARYA Jom Bercerita hendaklah dihantar


dalam FORMAT VIDEO MP4 RESOLUSI MINIMA
FULL HD 720p – 1080p menggunakan telefon bimbit
dengan kualiti video dan audio yang baik.

iv. Pertandingan bermula pada 14 April hingga 30 April 2020.

v. Penyertaan boleh dihantar kepada pihak urus setia di


alamat e-mail seperti berikut:

- Puan Suraya binti Omar: dhia12adib09@gmail.com


- Puan Zuria’h Mohamad: zuriahmohamad@yahoo.com
- Puan Noor Seela binti Noor Sulaiman : seela_77@yahoo.com

1
2.2 Pengisian Video

i. Karya mesti bertemakan cerita-cerita rakyat yang


menampilkan unsur nilai-nilai murni dalam penceritaan.

ii. Sasaran penceritaan hendaklah bersesuaian untuk


golongan kanak-kanak dan remaja.

iii. Idea kreatif dalam penghasilan video adalah bonus dalam


pemarkahan.

vi. Durasi video antara 5-10 minit.

vii. Rakaman video hendaklah di lokasi kediaman masing-


masing.

iv. Karya mestilah menggunakan BAHASA KEBANGSAAN


sahaja dan tidak boleh sama sekali menyentuh isu-isu
sensitiviti, perkauman, politik dan agama.

v. Hasil karya dan kreativiti adalah ASLI (ciptaan sendiri) dan


BELUM PERNAH diterbitkan.

2.3 Proses Penilaian

i. Setiap penyertaan akan melalui proses penilaian yang


terdiri daripada pihak pengurusan atasan.

ii. Penilaian berdasarkan kepada penggunaan bahasa,


kandungan, kreativiti penceritaan serta penyampaian
secara keseluruhan serta menepati tema yang telah
ditetapkan.

iii. Keputusan panel penilai adalah muktamad dan sebarang


bentuk bantahan tidak akan dilayan.

iv. Hanya 30 video yang berkualiti dan terbaik serta menepati


syarat kelayakan sahaja akan dinilai, disiarkan serta
menerima honorarium berjumlah RM300 bagi
setiap 1 video.

2
v. Pemenang akan dimaklumkan melalui emel dan
panggilan telefon. Hadiah akan disampaikan kepada
pemenang pada masa-masa yang difikirkan sesuai oleh
pihak pengurusan MOTAC/JKKN.

vi. Sekiranya peserta tidak mendapat maklum balas daripada


pihak urus setia selepas satu (1) minggu dari tarikh
tutup penyertaan maka peserta dianggap tidak berjaya.

2.4 Hak Cipta dan Pattern

i. Dengan mengemukakan penyertaan, secara rasminya


peserta bersetuju bahawa sekiranya video yang terpilih,
hak cipta dan ‘pattern’ akan menjadi milik pihak
MOTAC/JKKN.

ii. Walaubagaimanapun, sebagai penghargaan nama


pencipta akan dikekalkan sampai bila-bila.

iii. Dengan itu, selain daripada hadiah yang telah ditetapkan,


peserta tidak berhak untuk menuntut apa-apa bayaran
atau royalti terhadap video tersebut pada masa hadapan.

You might also like