You are on page 1of 5

KERTAS KERJA

KARNIVAL KECEMERLANGAN PENDIDIKAN PRASEKOLAH

ZON KUALA PEGANG

PERTANDINGAN NYANYIAN LAGU RAKYAT


BINTANG KECIL

6 OKTOBER 2021

VIDEO RAKAMAN PERSEMBAHAN


1.0 PENDAHULUAN

Sambutan Hari Kanak-Kanak telah disambut di Malaysia sejak tahun 1959.


Selepas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengistiharkan Hari Kanak-kanak
Sedunia , Malaysia adalah antara 150 buah negara yang menyambut Hari
Kanak-Kanak pada bulan Oktober setiap tahun.

Berikutan Pandemik Covid 19, guru-guru prasekolah Baling mengambil inisiatif


menganjurkan program Hari Kanak-Kanak secara atas talian. 5 video terbaik
daripada setiap kelas dipilih untuk ke ke peringkat zon Kuala Pegang.
Seterusnya, 3 video terbaik daripada zon akan dipertandingkan ke peringkat
daerah Baling. Semoga bakat kanak-kanak boleh diketengahkan walaupun
dijalankan secara maya.

2.0 OBJEKTIF PROGRAM

 Memastikan perkembangan kanak-kanak secara holistik dari segi fizikal,


kognitif, bahasa, sosio emosi, sahsiah dan rohani.

 Melahirkan murid yang berani dan yakin di sesi persekolahan arus


perdana.

 Mewujudkan kerjasama antara pihak sekolah dan waris.

 Menghargai dan meraikan bakat kanak-kanak dengan sokongan ibubapa


dan komuniti.

3.0 JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM


Pengerusi : Tn. Hj. Muhammad Fadzli bin Shaari @ Yusoff
(Guru Besar SK Kuala Pegang)

Setiausaha : Pn. Siti Munirah binti Roslan


(Guru Prasekolah SK Tawar)

Bendahari : Pn. Harzunika binti Abdul Hamid


(Guru Prasekolah SK Kuala Pegang)

AJK Pendaftaran : SK Iboi dan SK Seri Inas

AJK Hebahan : SK Malau dan SK Kuala Kuang

AJK Pertandingan : SK Kampung Padang, SK Tiak dan


dan Kehakiman SK Ulu Tawar

AJK Sijil dan Hadiah : SK Kuala Pegang dan SK Binjul Dalam

AJK Peserta : SK Badang dan SK Lanai

AJK Dokumentasi : SK Syed Sheh dan SJKT Ladang Pelam


4.0 PELAKSANAAN AKTIVITI DAN SYARAT PERTANDINGAN

Nama Aktiviti : Nyanyian Lagu Rakyat Bintang Kecil

i) Pertandingan ini terbuka kepada semua murid prasekolah Zon Kuala Pegang
berumur 5 tahun dan 6 tahun.

 Berikut ialah pilihan lagu yang akan dipertandingkan :


i) Lagu Can Ma Lican
ii) Lagu Tiga Kupang
iii) Lagu Ikan Kekek
iv) Lagu Jong-Jong Inai
v) Lagu Lenggang Kangkung
vi) Lagu Geylang Si Paku Geylang.

ii) Muzik latar hanya menggunakan minus one (muzik tanpa suara).

iii) Setiap kelas boleh menerima penyertaan tanpa had. 5 persembahan terbaik akan
diteruskan untuk dipertandingkan di peringkat zon dan 3 persembahan terbaik akan
dipertandingkan di peringkat daerah.

iv) Durasi video persembahan ialah 2 hingga 5 minit sahaja.

v) Pendaftaran peserta zon selewat-lewatnya pada 26.9.2021.

vi) Guru kelas boleh muat naik video peserta zon ke Telegram pada 27.9.2021 hingga
4.10.2021 sebelum jam 12.00 malam.

5.0 PENILAIAN PEMARKAHAN

KATEGORI MARKAH

KEJELASAN SUARA DAN LIRIK 20 MARKAH

KESERAGAMAN MUZIK 20 MARKAH

PAKAIAN 20 MARKAH

KREATIVITI PERSEMBAHAN 20 MARKAH

PROPS 10 MARKAH

KELANCARAN VIDEO 10
MARKA
H
i) Sijil penyertaaan akan di beri kepada semua peserta.

ii) Sijil pencapaian akan diberi kepada johan, naib johan, tempat ketiga,
tempat keempat dan tempat kelima.

iii) Keputusan juri adalah muktamad.

6.0 PANEL PENILAI

Panel penilai akan dilantik di kalangan guru dan PPM prasekolah setiap zon untuk
menilai hasil karya peserta.

7.0 HADIAH

Semua hadiah akan diuruskan oleh guru prasekolah sekolah-sekolah yang terlibat
menggunakan peruntukan wang perkapita PCG atau peruntukan kokurikulum.

(Rujuk bahagian lampiran untuk peruntukan pembelian hadiah peserta)

8.0 PENUTUP

Pelaksanaan program ini akan memberikan peluang kepada murid prasekolah


mempamerkan kebolehan menggunakan medium online. Walaupun masih dalam
pandemik, aktiviti untuk murid prasekolah tetap dijalankan sebaiknya.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

( SITI MUNIRAH BINTI ROSLAN ) ( MUHAMMAD FADZLI BIN SHAARI @ YUSOFF )


SETIAUSAHA, PENGERUSI,
JAWATANKUASA PRASEKOLAH 2019 – 2021 JAWATANKUASA PRASEKOLAH 2019 – 2021
ZON KUALA PEGANG. ZON KUALA PEGANG.

You might also like