You are on page 1of 9

SEKOLAH KEBANGSAAN TAWAR

KERTAS KERJA
SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK
2021
( PERSEMBAHAN NYANYIAN
LAGU RAKYAT & KREATIVITI
LEGO PRASEKOLAH )

ANJURAN
PRASEKOLAH SK TAWAR
KERTAS KONSEP
SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK 2021

PERSEMBAHAN NYANYIAN LAGU RAKYAT

DAN KREATIVITI LEGO PRASEKOLAH

1.0 PENDAHULUAN

Sempena sambutan hari Kanak-Kanak 2021, pihak prasekolah menganjurkan


dua aktiviti yang boleh mencungkil bakat murid iaitu persembahan nyanyian dan
permaiPendidikan Prasekolah bertujuan menyuburkan potensi murid dalam semua
aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif
sebagai persediaan untuk memasuki alam sekolah rendah. Kanak-kanak secara
semulajadi mempunyai sifat ingin tahu dan sentiasa bermotivasi untuk belajar perkara
baru pada setiap masa. Oleh itu, pihak prasekolah merancang dua aktiviti iaitu
nyanyian lagu rakyat dan kreativiti lego.

Aktiviti persembahan nyanyian selain menghiburkan, dapat juga meningkatkan


keyakinan diri murid . Manakala, melalui bermain, mereka dapat belajar memahami,
mencuba dan menyelesaikan sesuatu cabaran yang diberi. Aktiviti bermain lego
diharapkan dapat memberi peluang kepada kanak-kanak melahirkan perasaan,
mencungkil bakat dan perkembangan daya kreativiti mereka.

2.0 OBJEKTIF PROGRAM

2.1 Memastikan perkembangan kanak-kanak secara holistik dari segi fizikal, kognitif,
bahasa, sosio emosi, sahsiah dan rohani.

2.2 Memberi peluang kepada kanak-kanak untuk menunjukkan bakat dan daya
kreativiti masing-masing.

2.3 Memberi peluang kepada kanak-kanak untuk membina sikap berani,


bertanggungjawab dan berketrampilan.

2.4 Wujud kerjasama antara waris dan guru untuk memperkembangkan potensi
murid.

2.5 Menghargai dan meraikan bakat kanak-kanak dengan sokongan ibubapa dan
komuniti.

3.0 PEMARKAHAN PERSEMBAHAN NYANYIAN LAGU RAKYAT


i) Pertandingan ini terbuka kepada semua murid prasekolah berumur 5 dan 6
tahun.

 Berikut ialah pilihan lagu yang akan dipertandingkan :


i) Lagu Can Ma Lican
ii) Lagu Tiga Kupang
iii) Lagu Ikan Kekek
iv) Lagu Jong-Jong Inai
v) Lagu Lenggang Kangkung
vi) Lagu Geylang Si Paku Geylang.

ii) Muzik latar hanya menggunakan minus one (muzik tanpa suara).

iii) Setiap kelas boleh menerima penyertaan tanpa had. 5 persembahan terbaik
akan diteruskan untuk dipertandingkan di peringkat zon.

iv) Durasi video persembahan ialah 2 hingga 5 minit sahaja.

v) Pendaftaran peserta selewat-lewatnya pada 9.10.2021.

vi) Waris boleh muat naik video ke Telegram pada 10.10.201 sebelum jam 12.00
malam.

vii) Pemarkahan :

KATEGORI MARKAH

KEJELASAN SUARA DAN LIRIK 20 MARKAH

KESERAGAMAN MUZIK 20 MARKAH

PAKAIAN 20 MARKAH

KREATIVITI PERSEMBAHAN 20 MARKAH

PROPS 10 MARKAH

KELANCARAN VIDEO 10 MARKAH


4.0 SYARAT DAN PERATURAN AKTIVITI KREATIVITI LEGO

4.1 Pihak prasekolah menyediakan 2 set lego (transform 2D ke 3D).

4.2 Waris dan murid dipinjamkan alatan lego untuk bermain di rumah selama 2
minggu.

4.3 Guru atau PPM bertanggungjawab untuk memastikan alatan lego mencukupi
dan berada dalam keadan baik sebelum diserahkan kepada waris.

4.4 Guru atau PPM bertanggungjawab mensanitasi alatan lego sebelum diserahkan
pada waris.

4.5 Waris bertanggungjawab memastikan alatan yang diterima, dipulangkan dalam


keadaan baik dan mencukupi kepada guru atau PPM.

4.6 Murid dikehendaki mereka cipta bentuk ikut kreativiti.

4.7 Pada minggu ke-2, pertandingan antara 2 murid dijalankan di rumah melalui
aplikasi Whatsapp.

4.8 Murid yang berjaya mencipta bentuk yang menarik dan menggunakan setiap
item secara maksimum adalah pemenang.

4.9 Tempoh mereka cipta ialah sejam setengah.

4.10 Guru akan tentukan hari dan masa pertandingan. Guru akan maklumkan sehari
awal.

4.11 Waris dikehendaki mengambil gambar semua alatan yang belum dipasang 15
minit sebelum pertandingan.

4.12 Waris dikehendaki mengambil gambar dan memuat naik dalam tempoh 5 minit
selepas tamat masa pertandingan.

5.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Sumber daripada peruntukan kokurikulum prasekolah.

Bil Perkara Harga


1. Hadiah Persembahan Nyanyian RM 40.00
RM 8.00 x 5 orang

2. Cenderahati Kreativiti Lego RM 50.00


RM 5.00 x 10 orang

Jumlah Keseluruhan RM 90.00


6.0 PENUTUP

Diharapkan aktiviti ini mendapat sambutan murid-murid prasekolah. Manakala,


aktiviti Kreativiti Lego dicadangkan akan menjadi program prasekolah pada masa akan
datang kerana mampu meningkatkan kreativiti murid.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

(SITI MUNIRAH BINTI ROSLAN) (ZURIDAH BINTI WAHAB)


GURU PRASEKOLAH GURU BESAR
SK TAWAR SK TAWAR
PROJEK RINTIS KREATIVITI LEGO (19.9.2021 – 2.10.2021)
JADUAL PENGAMBILAN DAN PENGHANTARAN SET LEGO

DAN PERTANDINGAN KREATIVITI LEGO 2021

TARIKH SET 1 SET 2 PEMENANG

19.9 - 2.10 Fatini Ummu 1.10.2021

Fatini

24.10 - 6.11 Akmal Khair Muhd Arash 5.11.2021

____________

7.11 - 20.11 Naufal Amsyar Zafran RIdhwan 19.11.2021

____________

21.11 - 4.12 Iman Khalisah Qaisara 3.12.2021

_____________

5.12 - 19.12 Adriana Alisha Yusof 18.12.2021

_____________

You might also like