You are on page 1of 9

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG LINDUNGAN

JALAN PJS 10/11, 46150 PETALING JAYA,


SELANGOR DARUL EHSAN.
BBA8281
Tel : 03-56316843
Fax: 03-56316843
bba8281@btpnsel.edu.my

KERTAS KERJA PROGRAM SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK 2022/23

1.0 TUJUAN
Kertas kerja ini disediakan bagi mendapatkan peruntukan kewangan dalam
menjayakan Program Sambutan Hari Kanak-Kanak Tahun 2022/23 peringkat sekolah.

2.0 LATAR BELAKANG


Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia yang pertama telah dianjurkan oleh
International Union For Child Welfare pada tahun 1953 dan diiktirafkan oleh UNICEF
(United Nations Children's Fund) pada tahun 1954. Hanya pada 20 November 1959 PBB
telah mengisytiharkan Hari Kanak-Kanak SeDunia dan meminta semua negara
merayakannya pada setiap tahun.
Di Malaysia, Perayaan Hari Kanak-Kanak Se Dunia yang pertama disambut pada 8
Oktober 1959 bertempat di Stadium Negara, Kuala Lumpur iaitu sebaik sahaja PBB
mengisytiharkannya sebagai hari untuk persaudaraan sejagat dan kefahaman di kalangan
kanak-kanak seluruh dunia. Mulai tahun 1960 sehinggalah 1994, tugas dan peranan ini telah
diambil oleh Majlis Kebajikan Kanak-kanak Malaysia (MKKM). Namun pada tahun 1995,
tugas dan peranan telah diambil alih Jabatan Kebajukan Masyarakat Malaysia (JKKM)
sehinggalah sekarang. Perayaan ini disambut bagi membuktikan keperihatinan masyarakat
terhadap kebajikan dan kesejahteraan kanak-kanak. Ia turut disambut oleh semua sekolah
rendah sebagai salah satu acara tahunan yang termaktub di dalam takwim pengurusan
sekolah.

Diharapkan sambutan yang dijalankan ini mampu meningkatkan kesedaran dan rasa
tanggungjawab mereka sebagai pelajar untuk terus maju ke hadapan seiring dengan wawasan
negara.

1
3.0 MATLAMAT

Matlamat utama Sambutan Hari Kanak-kanak peringkat sekolah pada kali ini ialah
untuk menghargai peranan yang dimainkan oleh murid dalam apa jua bidang yang diceburi
sepanjang mereka berada di sekolah ini. Penghargaan yang diberikan ini diharapkan dapat
membina keyakinan diri dalam memupuk semangat dan rasa cinta kepada sekolah seterusnya
mewujudkan persekitaran sekolah yang lebih kondusif.

4.0 0BJEKTIF
Antara objektif Sambutan Hari Kanak-kanak peringkat SK Kampung Lindungan bagi
tahun ini ialah:
4.1 Memberi penghargaan kepada murid di dalam setiap aktiviti yang dijalankan
di sekolah.
4.2 Menerbitkan kesedaran di dalam diri murid-murid supaya dapat menjadi
modal insan yang berguna dengan melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang
melibatkan kerjaya masa depan.
4.3 Memastikan perkembangan kanak-kanak secara holistik dari segi fizikal,
kognitif, bahasa, sosio emosi, sahsiah an rohani dalam aktiviti yang dijalankan
4.4 Menzahirkan dan menghargai bakat yang ada dalam diri kanak-kanak melalui
aktiviti ko-kurikulum dan akademik.
4.5 Melahirkan generasi yang kreatif, inovatif, progresif, aktif, berdisiplin dan
berinovasi.

5.0 PELAKSANAAN
Program Sambutan Hari Kanak-kanak akan dilaksanakan pada :

TARIKH : 17 FEBRUARY 2023


TEMPAT : DEWAN BUDIMAN SK KAMPUNG LINDUNGAN
HARI : JUMAAT
MASA : 8.00 pagi – 11.50 pagi
TEMA : STAR WARS ‘ A NEW HOPE’

6.0 SUMBER KEWANGAN


Sumber kewangan program ini diperolehi melalui :

6.1 Perseorangan & Syarikat


6.2 Pibg SK Kampung Lindungan

2
7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN HARI KANAK-KANAK 2022
Perkara Bilangan Anggaran perbelanjaan
Persediaan Dewan RM 200
Props permainan dan tapak RM 1500
Hadiah pemenang star wars 3x RM50 RM 150
Kostum Terbaik (murid) 14x RM30 RM 420
Kostum Terbaik (guru) 2x RM50 RM 100

Tree of Hope ( kain dan RM300 RM 300


Pelaka)
Jamuan makan (RM5X600) RM 3000
Jumlah RM 5670

8.0 PENUTUP

Dengan penjelasan ini, diharapkan semoga program ini mendapat kerjasama dan
sokongan yang baik daripada semua pihak serta mendapat kelulusan daripada Guru Besar
bagi menjayakan Sambutan Hari Kanak-kanak peringkat SK Kampung Lindungan pada tahun
ini.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh;- Disemak oleh:-

............................................................. ……………………………................
( QUEK CHOK YEW ) (CHE AMRAM BIN CHE AWANG)
Penyelaras Hari Kanak- Kanak Penolong Kanan HEM
SK Kampung Lindungan SK Kampung Lindungan

Disahkan oleh,

.............................................
(NORLAILA BT JAMALUDIN)

3
Guru besar
Sk Kampung Lindungan

TENTATIF PROGRAM SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK


TAHUN 2022/23

TARIKH : 17 FEBRUARI 2023


HARI : JUMAAT
MASA : 8.00 PAGI – 11.50 PAGI
TEMPAT : DEWAN BUDIMAN, SK KAMPUNG LINDUNGAN
TEMA : STAR WARS ‘A NEW HOPE’

TENTATIF PROGRAM

7.30 pagi – 9.00 pagi : Nyanyian lagu


- Negaraku

: Bacaan Doa
: Sambutan Hari Jadi
: Ucapan Guru Besar
Pn. Norlaila bt Jamaludin
: Ucapan YB LEE CHEAN CHUNG
AHLI PARLIMEN PETALING JAYA
( PERASMIAN HARI KANAK- KANAK)
: Gimik Pelancaran
: Perasmian Sawah Padi

9.00 pagi-1030pagi : STAR WARS GAME


10.30pagi- 11.30pagi : Jamuan makan di kantin
11.30 pagi : Penyampaian Hadiah Star Wars, dan kostum terbaik

11.50 pagi : Bersurai

4
JAWATANKUASA PROGRAM SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK 2022/23

Pengerusi : Norlaila bt Jamaludin - Guru Besar


Naib Pengerusi : Che Amram Che Awang - Pen. Kanan HEM
Shareen bt Md Tahir - Pen. Kanan Pentadbiran
Maryani Devi binti Iskandar Shah Samy
(Pen. Kanan Kokurikulum)
Penyelaras Program : Quek Chok Yew

BI
JAWATANKUASA/NAMA BIDANG TUGAS CATATAN
L
- Menyelaras semua bahagian
1. PENYELARAS jawatankuasa Sambutan Hari Kanak-
Kanak 2022/23.
- Memastikan perjalanan Hari Kanak-
Kanak berjalan lancar.
- Mendapatkan maklumat yang lengkap
2. BUKU PROGRAM tentang atucara program daripada
Nuraqilah Binti Mohd Yusoff (K) setiausaha.
- Memastikan semua ejaan dan senarai
penerima anugerah dan sijil di dalam
buku program adalah betul.
- Memastikan aturan senarai
3. HADIAH & CENDERAMATA pemenang/penerima anugerah/sijil
/SIJIL betul.
Amirah Najihah bt Mohamad Ghazali
- Menyediakan hadiah-hadiah
(K)
Marymagline A/P Argarsamy - Menyediakan peralatan yang diperlukan
Azwa bt Abdullah@Shuib seperti meja hadiah, alas meja dan
Ruwaida bt Abdullah dulang.
- Mendapatkan buku program dan
3. JURU ACARA aturcara yang lengkap dari AJK Buku
Nur Aliesa Binti Mohd Apandi(K) Program.
Nur Syahirah Atiqah Binti Zaizul
- Menyediakan skrip selaras dengan
aturcara majlis.
- Merancang gimik/persembahan untuk
4. GIMIK PELANCARAN DAN majlis. Sediakan
PERSEMBAHAN budget yang
Maragatham A/P Balakrishnan(K) sesuai
Siti Sarah Binti Zamri
Nur Aina Maisara Binti Binti Mohd

5
Rizuan
Vikneswary A/P Kaliperumal
- Sediakan teks doa yang bersesuaian.
5. BACAAN DOA
Mohd Hazelaihi Bin Abdullah

6. PROPS PERMAINAN DAN


BANNER TREE OF HOPE/ AJK
PERMAINAN
Nor Azmi b Mohaidin (G)
Kalaivarman A/L Subramaniam
Norshazlyn Adrina Binti Zamri 2
Afza Arrmiza Binti Razif(P)
Intan Nurinahuda Binti Mohd Yusoff5
Arvin A/L Selvarajoo 4 - Memastikan props permainan
Jane Kamini A/P Jaya Balan bersesuaian dengan tema dan
Nur Fadhilah Husna Binti Mohd mengcukupi
Ramlee (T) - Memastikan banner Tree of Hope
Nurazhani Binti Ishak dipantau dan dibuat dengan cantik
Nurul Najihah Binti Mohamad Firdaus - Ajk permainan memastikan perjalanan
Ananda
permainan lancar
Nurul Nazirah Binti Rahmat
Mohd Munir Bin Hassan 1
Siti Fridaus Binti Abdullah
Norhayati Binti Mat Hashim
Hasmawati Binti Adna @ Hassan
Ahmad Khairul Bin Awang Hamat
Aini Husna bt Hasanudin
Intan Sakinah bt Abdul Fattah 3
Nor Khamilah Binti Amzat
Farhana
- Menyediakan peralatan P/A yang
7. P/A SYSTEM diperlukan.
Nik Ahmad Kamil Bin Nik Mohd
- Memastikan sound effect yang sesuai
Arafa (K)
Fairul Fazzri B. Lajis semasa aktiviti berjalan
- Memastikan peralatan berfungsi
sepanjang majlis berlangsung.
- Memastikan peralatan dikemaskan
selepas majlis selesai.

- Merakam gambar sepanjang aktiviti


8. DOKUMENTASI
berlangsung.
Muhamad Nor Azman (K)
Rozila bt Seman - Menyediakan laporan aktiviti
Hang Kashturi Bin Ishak selengkapnya.

6
9. PERSIAPAN PENTAS & BANNER - Memastikan banner disiap dan
Mohamad b Hamid (K) Sediakan
digantung
Rosmawati bt Hassan budget yang
Kirthana A/P Govindan - Hiasan pentas hendaklah bersesuaian sesuai
Noor Wahida Binti Razali dengan majlis.
Muhammad Syihan Bin Shaari

10. DISIPIN MURID - Memastikan disiplin murid terkawal


Muhamad Nazaruddin b Yunus (K) sebelum, semasa dan selepas majlis.
SEMUA GURU

- Memastikan penyediaan tempat jamuan KANTIN


11. JAMUAN KELAS
- Memastikan makanan yang mencukupi
Semua Guru Kelas dan Pembantu
Kelas - Memastikan kebersihan tempat jamuan

12. KEBERSIHAN
Mohd Fauzi b. Hanafi (K)
Wan Anizan Bin Wan Mohd - Memastikan kebersihan terjaga sebelum
Nurulhudasofia Binti Zawawi @ dan selepas majlis berlangsung.
Mokhtar
Zubaidah Binti Mat Yasin

13 PERSEDIAAN DEWAN - Memastikan aturan dewan kemas dan


Muhammad Raimi Bin Bidin (K)
teratur semasa dan selepas majlis
Sures A/L Supamaniam
selesai.
Ishak Bin Hashim
- Hiasan dewan hendaklah bersesuaian
dengan majlis.
14 AJK MAKANAN - Memilih makanan yang sesuai dengan
Siti Salwa @ Rimaningsih Binti budget yang diberikan pada semua
Sulani(K) murid.
Norhuda Binti Omar
- Pastikan semua murid mendapat
makanan.

7
SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG LINDUNGAN
JALAN PJS 10/11, 46150 PETALING JAYA
BBA8281

KERTAS KERJA
SAMBUTAN
HARI KANAK-KANAK 2022

TARIKH : 8 FEBRUARI 2023


8
TEMPAT : DEWAN BUDIMAN
SK KAMPUNG LINDUNGAN
HARI : JUMAAT
MASA : 8.00 pagi – 11.50 pagi
TEMA : STAR WARS ‘ A NEW HOPE’

You might also like