You are on page 1of 5

KERTAS KERJA

SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK


PERINGKAT TAMAN MERU PERDANA 1

ANJURAN:
BIRO WANITA KRT & BIRO WANITA SURAU RAFEAH
KERTAS KERJA SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK

TAMAN MERU PERDANA 1

2023

1.PENDAHULUAN

Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia telah disambut di Malaysia sejak tahun 1959.setelah Pertubuhan Bangsa-
Bangsa Bersatu (PBB) mengistiharkan Hari Kanak-Kanak Sedunia dan meminta semua negara meraikannya setiap
tahun sebagai “Satu Hari Persaudaraan Dunia dan Persefahaman Di Kalangan Kanak-kanak”. Malaysia adalah di
antara 150 buah negara yang menyambut Hari Kanak-Kanak Sedunia pada bulan Oktober setiap tahun. Sebagai
membuktikan keprihatinan masyarakat terhadap kebajikan dan kesejahteraan kanak-kanak,pihak sekolah turut
serta meraikan Hari Kanak-Kanak Sedunia setiap tahun.

2.RASIONAL

Memberi penghormatan dan pengiktirafan kepada kanak-kanak dan mencetuskan kesedaran kepada kita semua
bahawa masyarakat mempunyai tanggungjawap untuk menentukan perlindungan,kebajikan,kesejahteraan serta
hak-hak mereka sentiasa dipelihara.

3.OBJEKTIF

a) Menghargai sumbangan dan peranan kanak-kanak di kawasan kediaman.


b) Mewujudkan kesedaran di kalangan masyarakat untuk memelihara hak dan masa depan kanak-kanak.
c) Memastikan perkembangan kanak-kanak secara holistik dari segi fizikal,kognitif,bahasa,sosio-
emosi,sahsiah dan rohani.
d) Melahirkan generasi yang dinamik,progresif,aktif,berdisiplin dan berinovasi.
e) Melahirkan bangsa yang memiliki keperibadian terpuji,cemerlang,berbakat dan berwibawa.

4.SASARAN

Semua kanak-kanak Taman Meru Perdana 1.

5.TARIKH

2 Disember 2023 ( Sabtu)

6.TEMPAT

Padang Kabin Meru Perdana 1


7.TENTATIF CADANGAN PROGRAM DAN TINDAKAN

Tarikh :2 Disember 2023

Hari :Sabtu

Tempat :Padang Kabin Meru Perdana 1

Masa :7.30 pagi hingga 10.00 pagi

7.30 pagi -Berkumpul di Kabin

8.00 pagi -Sukaneka tadika kemas,tahap 1 dan tahap 2

9.30 pagi -Jamuan (makan ais krim)

10.00 pagi -Penyampaian cenderahati dan bersurai

8.JAWATANKUASA INDUK

Penasihat : En.Azhar Bin Ahmad


Penyelaras :Pn Suhaida Bt Ayob
Bendahari:Pn Fazilah Bt Abd Ghani
Setiausaha:Pn Maya Ramlah Bt Abd Kadir
Ajk :1.Pn Puspa Hanim Bt Rajuli
2.Pn Misnati Bt Ishak
3.Pn Tuty Bt Mustapa
4. Pn Rosmalinda Bt Othman
5.Pn Zaleha Bt Rasdi
AJK NAMA TUGAS
Peralatan / Bahan Pn Rosmalinda Menyediakan peralatan untuk acara
Pn Misnati sukaneka
Hadiah Pn Zaleha Menyediakan hadiah untuk murid
Pn
Jamuan murid Pn Tuty Memberi makanan kepada murid secara
Pn teratur

Pengelola murid Pn Memastikan murid dalam kumpulan


Pn masing-masing sebelum acara dimulakan
Jurugambar /siaraya Pn Maya Ramlah Mengambil gambar semasa program
dilaksanakan

Pengacara majlis Pn Memastikan aturcara program dengan


lancar
9.ACARA SUKANEKA YANG DICADANGKAN

ACARA TAHUN
Tiup Tepung Tadika Kemas
Pecahkan belon Tahun 1
Masukkan bola ke dalam bakul Tahun 2
Bowling padang Tahun 3
Bawa bola hoki dengan kayu hoki Tahun 4
Gelecek bola dengan kain pelekat Tahun 5
Sambut belon kasih sayang Tahun 6

10.ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA ANGGARAN JUMLAH


1 Nasi Lemak 100x RM 2.00 RM 200.00

2 Air kotak 100x RM 1.00 RM 100.00


3 Ais Krim 100x RM 0.50 RM 50.00
4 Hadiah untuk semua kanak-kanak 100x RM 3.00 RM 300.00

JUMLAH RM 650.00

11. SUMBER PENDAPATAN

BIL PERKARA JUMLAH


1 Sumbangan KRT RM 350.00

2 Sumbangan Surau RM 300.00


JUMLAH RM 650.00

PENUTUP
Diharapkan Program Sambutan Hari Kanak-Kanak bagi tahun 2023 ini dapat djalankan dengan lancar dan
mendapat kerjasama daripada semua pihak serta mencapai objektif yang telah digariskan.

Di sediakan oleh: Di sahkan oleh:

……………………… ………………..

(Pn Maya Ramlah Bt Abd Kadir) En Azhar Bin Ahmad


Setiausaha Program Pengerusi KRT
Taman Meru Perdana 1

Di semak oleh:

…………………..
Pn Suhaida Bt Ayob
Penyelaras Program

You might also like