You are on page 1of 6

KERTAS KERJA

GOTONG ROYONG
MADANI

TAHUN 2023

ANJURAN :

SK PASIR PANJANG ULU

TARIKH :
9 SEPTEMBER 2023 (SABTU)

1
1.0 PENGENALAN / LATAR BELAKANG PROGRAM

Menerusi Belanjawan 2023, KPM telah diperuntukkan sebanyak RM20 juta bagi
pelaksanaan program gotong-royong di semua sekolah Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM). Program gotong-royong ini bertujuan untuk memupuk perpaduan
dalam kalangan warga Pendidikan dan mengaktifkan peranan ibubapa, masyarakat,
komuniti, agensi Kerajaan dan badan bukan Kerajaan (NGO). Peruntukan kewangan
bagi tujuan tersebut telah disalurkan oleh Bahagian Kewangan KPM kepada Jabatan
Pendidikan Negeri (JPN) melalui surat KPM.400-2/1/6 Jld 24 (86) bertarikh 27 Jun
2023.
Sehubungan itu pihak sekolah telah mengambil inisiatif untuk mengadakan
gotong-royong ini bukan sahaja menjayakan hasrat kerajaan malah program ini akan
meningkatkan lagi keceriaan dan kebersihan sekolah. Prgram ini juga akan menjadi
satu titik pertemuan antara sekolah dan komuniti sekitar.
Program ini diharapkan dapat membina semangat kerjasama daripada semua
warga sekolah dan komuniti untuk memupuk rasa cinta akan sekolah. Selain itu,
melalui program ini diharap dapat memastikan persekitaran sekolah akan lebih selamat
kondusif dan ceria untuk kegunaan semua warga SK Pasir Panjang Ulu.

2.0 OBJEKTIF PROGRAM :


• Memberi peluang kepada murid-murid dan ibu bapa bekerjasama dengan guru-guru
secara optimum

• Memulihara, menceriakan dan membersihkan kawasan sekolah agar mewujudkan


suasana sekolah yang bersih dan ceria serta kondusif untuk semua murid dalam proses
pembelajaran dan pengajaran.

• Menjalin hubungan erat antara sekolah dan komuniti setempat

3.0 KUMPULAN SASAR


Semua warga sekolah, PIBG dan komuniti yang terlibat

2
4.0 OBJEKTIF PROGRAM :
• Memberi peluang kepada murid-murid dan ibu bapa bekerjasama dengan guru-guru
secara optimum
• Memulihara, menceriakan dan membersihkan kawasan sekolah agar mewujudkan
suasana sekolah yang bersih dan ceria serta kondusif untuk semua murid dalam proses
pembelajaran dan pengajaran.
• Menjalin hubungan erat antara sekolah dan komuniti setempat
5.0 KUMPULAN SASAR
Semua murid tahap 2, kakitangan sekolah, PIBG dan komuniti yang terlibat.

6.0 BUTIRAN PELAKSANAAN PROGRAM


6.1 Tarikh program pada 9 Sept 2023.
6.2 Jadual Program
Masa Program Catatan
7:30- 8:00 pagi Pendaftaran

8.15 pagi Majlis Perasmian Gotong Royong Madani

9.00 pagi Sarapan Pagi

9.30 pagi Taklimat program

9.45 - 12.30 tgh Gotong-royong Madani


hari - Pentas Kantin - Mengantikan karpet
dengan tikar getah.
- Kantin - Memasang skirting meja,
mengecat kaki meja dan bangku,
menggantikan lapik meja dengan tikar
getah.
- Taman Teraputik - Mengecat laluan
taman
- Mengemas Bilik Sukan - Menghias dan
menyusun keadaan bilik sukan supaya
lebih kemas dan teratur
- Mengemas Surau - Memasang tempat
letak telekung
12:30 –1:00 Makan tengahari - Bersurai
petang

3
7.0 JAWATANKUASA KERJA

AJK Pendaftaran: AJK Makanan:


Pn Mariah bt Mohd Baiti Pn Zarinah bt Ramdan Mohamed
Cik Nurul Jannah bt Abd Supri
AJK Fotografi:
AJK Laporan/Gambar/Dokumentasi: Cik Nurul Jannah bt Abd Supri
Pn Zurina bt Mohd Salleh
Pn Syuhaily bt Sharifudin AJK Peralatan:
Pn Mariah bt Mohd Baiti En Ahmad Nasrun b Muhamad
Pn Nai’matusshafia’h bt Asmui
AJK Brosur: Semua Pekerja Pembersihan
Pn Syuhaily bt Sharifudin

AJK Siaraya:
En Ahmad Nasrun b Muhamad

8.0 KEWANGAN

8.1 Sumber kewangan – KWK Pelbagai, PIBG dan sumbangan Ibubapa

8.2 Anggaran Perbelanjaan Keseluruhan Terperinci

Perkara Kuantiti Jumlah Catatan

Cat Minyak 1 Tin RM 120

Cat Simen 1 Tin RM 75

Berus Cat 13 Batang RM 35

Cat Roller 4 Buah RM 34

Tikar Getah 2 Gulung RM 596

Plastik Pembalut 1 Gulung RM 120

Sarapan pagi 40 orang x RM 3 RM 120

Makan Tengah hari 40 orang x RM 6 RM 240

JUMLAH RM 1340

4
9.0 PENUTUP

Disediakan oleh: Disemak oleh:

......................................... ……………….................

Setiausaha HEM Guru Besar


SK Pasir Panjang Ulu SK Pasir Panjang Ulu
Kg Gajah, Perak Kg Gajah, Perak

5
6

You might also like