You are on page 1of 9

1.Menyambut Mengumumkan ketibaan En. Abdul Ramli b.

Abdul Rahman Yang


kedatangan VIP
Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Sungai Telor masuk ke
dewan
_________________________________________________________
Hadirin diminta berdiri..

Hadirin dan hadirat semua dipersilakan duduk.

Sirih berlipat sirih pinang,


Sirih dari pulau mutiara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara.

Pagi yang indah penuh ceria


Hari yang berbahagia penuh bermakna
Kita raikan,
Majlis anugerah graduasi dan anugerah kecemerlangan Sekolah
Kebangsaan Sungai Telor bagi tahun 2016.

2.Ucapan alu- Yang Berusaha En. Juraimi b. Mohd Said, Guru Besar SK Sungai
aluan
Telor,
En. Abdul Ramli b. Abdul Rahman Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa
dan Guru SK Sungai Telor,
Yang Dihormati En. Aris Padilah b. Sani Guru Penolong kanan
akademik SK Sungai Telor,
En. Yaakub b. Bahari Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Pn. Rohana bt. Hairon Guru Penolong Kanan Kokurikulum ,guru-guru,
Ahli Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa
Dan Komuniti, murid-murid,dan seterusnya hadirin hadirat yang
dihormati sekalian.

Hari ini menanam jagung,


Dibawa ke Perlis bersama peria,
Hari ini kita berkampung,
Meraikan majlis penuh ceria.

Selamat datang ke majlis anugerah graduasi dan kecemerlangan

1
Sekolah Kebangsaan Sungai Telor bagi tahun 2016.

3.Persembahan Majlis pada hari ini dimulakan dengan persembahan dikir barat oleh
Murid
murid-murid prasekolah pintar SK Sungai Telor. Persembahan dikir
Prasekolah
barat ini dibimbing oleh Pn. Hasnah bt. Mohamed dan Pn. Noreddawati
bt Sabran. Majlis dengan ini mempersilakan.

Terima kasih diucapakan kepada murid-murid tprasekolah pintar atas


persembahan dikir barat itu tadi.
4.Bacaan doa Hadirin-hadirat yang berbahagia,

Bunga mawar cantik tersemat


Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon rahmat
Moga majlis sentiasa diberkati

Tangan ditadah penuh inayah


Majlis dibuka penuh rahmatNya
Mohon keberkatan serta hidayah
Moga tercerna minda kelas pertama.

Bagi memberkati lagi Majlis kita pada pagi ini, Majlis dengan
sukacitanya mempersilakan Ustaz Roslan b. Abd. Kadir untuk
mengetuai bacaan doa. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Amin-amin ya Robbal alamin…


Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas bacaan doa sebentar
tadi.

5. Ucapan YDP Hadirin Hadirat yang dihormati,


PIBG
Dayung sampan dulu-duluan,
Singgah berlabuh di Tanjung Jati,
Ucapan sebagai alu-aluan,
Mari tuan sama-sama amati.

2
Tirai ucapan pada hari ini, dimulakan dengan ucapan yang dipertua
Persatuan Ibu bapa dan guru SK Sungai Telor. Untuk itu, Majlis
menjemput En. Abdul Ramli b. Abdul Rahman untuk menyampaikan
ucapan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Terima kasih atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

6. Ucapan Guru Hadirin yang berbahagia,


Besar Majlis pada hari ini diteruskan lagi dengan ucapan oleh Tuan Guru
Besar SK Sungai Telor. Untuk itu majlis menjemput En. Juraimi b.
Mohd Said untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas ucapan yang telah


disampaikan sebentar tadi.

7. Majlis Hadirin yang dihormati,


Graduasi Pra
dan Tahun 6 Jambangan seroja menyeri taman,
Indah berseri puteri sanjungan,
Sudilah tuan menyempurnakan penganugerahan,
Sijil kecemerlangan kepada graduan.

Kini tibalah kita ke upacara yang dinantikan iaitu Majlis penyampaian sijil
graduasi kepada semua murid tahun 6 dan Prasekolah, Sekolah
Kebangsaan Sungai Telor bagi tahun 2016. Untuk itu Majlis mempersilakan
En. Juraimi b. Mohd Said mengiringi Encik Abdul Ramli b. Abdul Rahman
untuk menyempurnakan majlis. Majlis dengan penuh takzimnya
mempersilakan.

Anugerah Graduasi tahun 6


1.Afifah Jasmine bt Abd. Aziz
2.Afiq Wafiuddin b. Abd. Jalil
3.Ainina Almasyarah bt. Rahim
4.Ammar Zaquan b. Sazali
5.Ariena Nur bt. Norizam
6.Haikal Ammar b. Haslinizam

3
7.Hanis Nadiah bt. Tugeran
8.Mohamad Daniel Haikal b. Mohd Sanny
9.Mohamad Firdaus Mohamad Sahran
10.Mohamad Haikal b. Jamalludin
11.Mohamad Hazrul Nizam b. Rebut
12.Muhammad Aiman Hakim b. Mohd Asri
13.Muhammad Ammar Wafiq b. Azali
14.Muhammad Azami b. Aboo Bakar
15.Muhammad Fakhri Zaidi b. Abd. Rahman
16.Muhammad Hakimi b. Aimutty
17.Muhammad Hakimi b. Abdul Rahman
18.Muhammad Naqiu b. Abahar
19.Muhammad Syafiq b. Salamat
20.Nabil Aiman b. Heryadi
21.Norizwan b. Ismadi
22.Nur Aleya Maisara bt. Mazlan
23.Nur Alia bt. Maon
24.Nur Fatiha Ashira bt. Samzani
25.Nur Hidayah bt. Mat Salleh
26.Nurul Ain bt. Hussien
27.Nurul Jannah bt. Zambery
28.Siti Norfarhana bt. Dzulkernain
29. Siti Nur Farhana bt. Abdul Rashid
30. Siti Nur Syazana bt. Mohd Sharif
31. Zarith Sofea bt. Md. Samsul

Peserta Graduasi Prapintar


1. Mohamad Fayyadh Hakim b. Baharuddin
2. Mohamad Taufiq Iskandar b. Abd. Rahman
3. Muhammad Ar-Rasyid b. Abdul Razak
4. Muhammad Faiz b. Mohd Fairuz
5. Muhammad Fikrey b. Azman
6. Muhammad Noorhamizan b. Noor Dee
7. Muhammad Nur Ahza Fauzi b. Baharom
8. Muhammad Imam b. Mohd Azwan
9. Raihana Najwa bt. Abdullah
10. Siti Maizura bt. Hasbollah

4
Tahniah diucapkan kepada para gradúan dari tahun 6 dan para sekolah
kerana telah berjaya menamatkan alam persekolah peringkat rendah & pra
dengan jayanya.
Diharapkan semoga terus cemerlang pada masa2 akan datang

Anugerah tunjang terbaik Prasekolah


(Rujuk Buku Program)

Anugerah Kedudukan terbaik Para


*Lihat senarai penerima anugerah
Kedudukan terbaik Prasekolah
1. Muhammad Nur Ahza Fauzi b. Baharom
2. Muhammad Norhamizan b. Noor Dee
3. Mohamad Fayyadh Hakim b. Baharuddin

Terima kasih atas penyampaian sijil graduasi itu tadi.

8. Persembahan Hadirin yang berbahagia,


Nyanyian Solo Majlis diteruskan lagi dengan persembahan nyanyian solo. Nyanyian solo ini
akan didendangkan oleh Nabil Syazwan bin Heryadi dengan lagunya
Untukmu Ibu. Majlis mempersilakan.

Terima kasih atas persembahan nyanyian itu tadi.


Majlis berhenti rehat seketika

REHAT Murid dan guru berehat sehingga kehadiran perasmi

9. Persembahan Hadirin yang berbahagia,


zapin selamat
datang. Majlis mengalu-alukan kehadiran Tuan Haji Mohd Fadil b. Ishak, Timbalan
Pegawai Pendidikan Daerah Kota Tinggi masuk ke dewan.

Kita teruskan lagi majlis pada hari ini dengan persembahan tarian zapin
daripada murid-murid SK Sungai Telor.Majlis mempersilakan

Terima kasih diucapkan atas persembahan tarian itu tadi.Tarian zapin ini
adalah dibawah bimbingah Cik Ain Nadia bt. Mohd Yazid.
10.Ucapan
Guru Besar Hadirin sekalian, majlis pada pagi ini diteruskan lagi dengan ucapan Tuan
Guru Besar SK Sungai Telor. Untuk itu majlis menjemput En. Juraimi b.
Mohd Said naik ke pentas untuk menyampaikan ucapan. Majlis

5
memepersilakan.

Terima kasih diucapkan atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.
9.Ucapan Hadirin yang berbahagia,
perasmian
Daun semulur di pekan Sari ,
Batang Jerami rebah ke bumi,
Madah dihulur sembah diberi,
Kata perasmi hajatnya kami.
Kini tibalah kita ke upacara yang dinantikan iaitu ucapan perasmian
Majlis anugerah graduasi dan kecemerlangan Sekolah Kebangsaan
Sungai Telor bagi tahun 2016. Untuk itu majlis menjemput Tuan Haji
Mohd Fadil B. Ishak, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Kota
Tinggi untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan
majlis Anugerah Kecemerlangan SK Sungai Telor bagi tahun 2016.
Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas ucapan


perasmian sebentar tadi.

10.Penyampaian Hadirin yang dikasihi,


hadiah mata
Majlis pada hari ini diteruskan lagi dengan acara penyampaian
pelajaran
terbaik dan anugerah mata pelajaran terbaik dan kedudukan terbaik. Untuk itu,
kedudukan majlis menjemput En. Aris Padilah b. Sani mengiringi En. Juraimi b.
terbaik Mohd Said tampil ke pentas untuk menyampaikan anugerah.

*rujuk senarai nama m/p terbaik


*rujuk senarai nama kedudukan terbaik

Terima kasih atas penyampaian hadiah itu tadi.

11.Anugerah Majlis pada hari ini diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah
-Nilam
anugerah kepada murid-murid yang cemerlang. Untuk itu majlis
-Linus
-Pelajar menjemput Pn. Rohana bt Hairon, Guru Penolong Kanan Kokurikulum
Harapan mengiringi En. Yaakub b. Bahari, Guru penolong kanan Hal Ehwal
-Kehadiran Murid SK Sungai Telor naik ke pentas untuk menyampaikan hadiah.

6
terbaik (Rujuk Senarai nama murid)
-Kesihatan
1. Nilam
2. Linus
3. Pelajar Harapan
4. Kehadiran terbaik
5. Kesihatan

Majlis mengucapkan terima kasih atas penyampaian hadiah itu tadi.


11.Anugerah Majlis diteruskan lagi dengan acara penyampaian anugerah Khas.
khas, UPSR dan
Untuk itu majlis menjemput En. Juraimi b. Mohd Said mengiringi Tn.
penyampaian
cenderamata Haji Mohd Fadil b. Ishak Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Kota
Tinggi tampil ke pentas untuk menyampaikan hadiah.

Seterusnya anugerah
1.Anugerah An-Nahlu (sahsiah)
2.Anugerah Usman Awang
*Kategori Kurikulum( Nur Hidayah bt. Mat Salleh)
*Kategori Kokurikulum(Nur Hidayah bt. Mat Salleh)
*Kategori HEM

3.Anugerah Laksamana Kategori Murid


-Ahmad Danish Jazmi b. Juraimi

4. Anugerah Laksamana kategori pasukan


-Pasukan Bola Baling

5.Anugerah Usman Awang-hem (Kategori guru)

6.Anugerah Bendahara (kategori guru)

7.Anugerah Emas

8.Terbaik Akademik (Nur Hidayah bt. Mat Salleh


9. Terbaik Ko-Kokurikulum (Nur Hidayah bt. Mat Salleh)
10. Terbaik Ko- Akademik ( Nabil Aiman b. Heryadi)
11. Tokoh Murid (Nur Hidayah bt. Mat Salleh)

7
Hadiah UPSR Terbaik:
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.
13.
14.
15.
16.
17.

Terima kasih atas penyampaian hadiah itu tadi. Seterusnya


dipersilakan Tuan Guru besar, En Juraimi bin Mohd Said
menyampaikan cenderamata penghargaan daripada pihak sekolah
kepada Tuan haji Mohd Fadil b. Ishak, Timbalan Pegawai Pendidikan
Daerah.

Terima kasih atas penyampaian cederamata itu tadi.


12.Persembahan Majlis pada hari ini diteruskan lagi dengan persembahan koir.
Koir
Kumpulan Koir ini terdiri daripada murid-murid tahun 5 dan 6.
Kumpulan Koir ini akan menyampaikan dua buah lagu iaitu
1. Tanjung Puteri
2. NegaraKu
Majlis dengan ini mempersilakan.

Terima kasih diucapakan kepada kumpulan koir yang telah


menyampaikan persembahan terbaik itu tadi.

8
13. Penutup Hadirin yang dikasihi,

Ibarat berjalan dah sampai di halaman,


Ibarat berenang dah sampai di tebing,
Ibarat terbang dah hinggap di dahan,
Ibarat mendaki dah sampai di puncak.
Dengan berakhirnya persembahan koir itu tadi, maka majlis kita sudah
sampai ke penghujungnya.

Bagi pihak seluruh anggota jawatankuasa kerja, majlis sekali lagi


merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada yang berbahagia
Tuan Haji Mohd Fadil b. Ishak Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah
Kota Tinggi atas kesudian beliau untuk bersama-sama kita pada pagi
ini.
Terima kasih juga kepada semua pihak yang telah memberikan
sokongan padu dalam menjayakan majlis anugerah kecemerlangan
pada tahun ini.
Kalau ada jarum yang patah,
Jangan di simpan di dalam peti,
Yang baik itu ketentuan Allah,
Yang cela itu kelemahan kami.

Bagi pihak jawatankuasa majlis hari anugerah kecemerlangan SK


Sungai Telor bagi tahun 2016, ampun dan maaf kami pinta atas segala
kekurangan dan kelemahan sepanjang majlis ini diadakan.

Sekian , Wabillah itaufiqwalhidayah, wassalamualikum WBT.

You might also like