You are on page 1of 15

TEKS MC_Kak Fizah

Bil

Agenda

Teks

1.

Ketibaan jemputan

Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia, Naib Yang


Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Puan Mildred
ak Chubo, diiringi oleh guru besar sekolah kebangsaan
SG Durin. Encik Henry Ong Beng Kee ke tempat
duduk utama.

Nyanyian
Negaraku

Semua hadirin diminta berdiri untuk sama-sama


menyanyikan lagu Negaraku.
*lagu Negaraku
Hadirin dipersilakan duduk.

2.

Bacaan doa
Menadah tangan tanda kerendahan,
Lafaz Bismillah memperkukuh tautan,
Doa dipohon penuh pengharapan,
Agar Majlis mendapat keberkatan.
Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, marilah
sama-sama kita mengaminkan bacaan doa yang akan
diketuai oleh Ustaz Mohd Yazid b Mohd Akil.
Dipersilakan.
*Amin, amin Ya Rabbal Alamin. Majlis merakamkan
ucapan terima kasih atas bacaan doa sebentar tadi.

3.

Ucapan aluan
pengerusi majlis

Bismillah
Assalamualaikum wbkt
Salam sejahtera dan salam 1Malaysia
Sirih berlipat sirih pinang
Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal bismillah pembuka bicara
Yang Berusaha, Encik Henry Ong Beng Kee selaku Guru
Besar SK Sg Durin.

TEKS MC_Kak Fizah

Yang Berbahagia, Naib Yang Dipertua Persatuan Ibu


Bapa dan Guru, Puan Mildred ak Chubo,
Yang berusaha
Encik Salih ak Ismail, Guru Penolong Kanan,
Encik Mohd Fikri b Abdullah, Penolong Kanan Hal Ehwal
Pelajar,
Encik Phillip Tinggi, Penolong Kanan Kokurikulum,
Guru-guru, ibu bapa dan seterusnya murid-murid yang
dikasihi sekalian.
Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi, kerana
dengan limpah Rahmat dan kurnia-Nya dapat kita samasama berkumpul dalam Majlis Penyampaian Sijil &
Hadiah Sekolah Kebangsaan Sungai Durin 2013. Pihak
sekolah mengalu-alukan kedatangan para jemputan, ibu
bapa dan murid-murid ke majlis pada hari ini.
Tujuan Majlis Penyampaian Sijil & Hadiah Sekolah
Kebangsaan Sungai Durin ini diadakan adalah untuk
menghargai pencapaian murid-murid yang mendapat
keputusan yang cemerlang dalam bidang akademik dan
kokurikulum sepanjang tahun 2013 ini. Diharap agar
dengan penghargaan yang diberikan akan mencetuskan
lagi semangat murid-murid untuk lebih berjaya dalam
pelbagai bidang pada masa yang akan datang.
Ucapan Guru
Besar

Adat berbahasa menyampaikan pesan.


Adat upacara menyampaikan ucapan aluan.
Hadirin yang dihormati, Majlis diteruskan lagi dengan
ucapan alualuan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sungai Durin
Encik Henry Ong Beng Kee. Dipersilakan.
*Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan
Guru besar atas ucapan dan amanat beliau sebentar
tadi.

TEKS MC_Kak Fizah

Ucapan perasmian
oleh NYDP PIBG

Pergi ke kota beli selasih,


Sayang si dara senyum tertawa,
Kata azimat simpulan kasih,
Sulamkan mesra satukan jiwa.
Untuk tidak melengahkan masa, marilah sama-sama
kita mendengar ucapan perasmian daripada Yang
Berbahagia Puan Mildred ak Chubo, Naib Yang
Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Sg Durin dan
seterusnya merasmikan majlis kita pada hari ini. Majlis
dengan penuh hormat mempersilakan.
***
Hadirin yang dihormati sekalian, rasmilah sudah majlis
kita pada pagi ini. Majlis merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan kepada Puan Mildred ak Chubo atas
kesudian menyampaikan ucapan sekaligus merasmikan
majlis kita pada pagi ini.
Dengan ini majlis ingin menjemput tuan guru besar
untuk menyampaikan sedikit cenderahati kepada Puan
Mildred sebagai tanda kenang-kenangan dari pihak SK
Sg Durin.

Persembahan pra
sekolah

Hadirin yang dihormati, tanpa berlengah lagi, marilah


kita meneruskan majlis ini dengan bersama-sama
menyaksikan persembahan para pelajar. Persembahan
pertama adalah daripada adik-adik pra sekolah dengan
persembahan tarian. Dipersilakan.
*
Demikianlah tadi persembahan yang begitu
mengasyikkan daripada adik-adik pra sekolah kita.
Diharap para hadirin terhibur dengan tarian itu tadi. Utk
pengetahuan para hadirin, persembahan murid-murid
pra sekolah tadi adalah di bawah bimbingan Ckg Ervie,
Ckg Hayati.

TEKS MC_Kak Fizah

Anugerah pelajar
terbaik tempat
pertama-kelima
Pra - tahun 6

Hadirin sekalian,
Berkebaya batik berwarna merah,
Diserikan dengan permata berlian,
Tibalah masa penyampaian anugerah,
Penerima teruja menunggu giliran.
Acara seterusnya adalah penyampaian Anugerah Pelajar
Terbaik bagi murid-murid pra sekolah hingga tahun 6.
Anugerah ini diberikan kepada para pelajar yang
mendapat tempat pertama hingga tempat kelima dalam
peperiksaan akhir tahun.
Oleh itu, bagi menyempurnakan acara, majlis
menjemput Tuan Guru Besar untuk menyampaikan sijil
kepada penerima. Dipersilakan.

*Kak Fizah
Dari Pra sekolah, tempat pertama adalah:

TEKS MC_Kak Fizah

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Guru besar atas


kesudian beliau menyampaikan sijil td
Persembahan
murid tahun 1

Hadirin sekalian,
Majlis akan diteruskan lagi dengan persembahan
nyanyian Aku Yang Dulu oleh adik-adik Tahun 1.
Persembahan ini mendapat bimbingan daripada Cikgu
Mohd Hairi dan Puan Radin. Majlis mempersilakan.
***
Terima kasih diucapkan atas persembahan yang menarik
sebentar tadi.

Sijil Penghargaan
Murid Berjasa &
Anugerah NILAM

Hadirin yang dihormati. Majlis akan diteruskan lagi


dengan penyampaian sijil penghargaan bagi Murid
Berjasa serta Penyampaian Sijil dan Anugerah NILAM
Tahun 1- Tahun 6.
Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan Puan Mildred ak Chubo, Naib Yang
Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru
untuk menyampaikan hadiah kepada
penerima. Dipersilakan.

*Kak Hafizah
Bagi Sijil murid Berjasa untuk:
i) program memberus gigi
5

TEKS MC_Kak Fizah

ii) penggera loceng sekolah


iii) penaik dan penurun bendera
Bagi Anugerah NILAM Tahun 1-6:
*rujuk buku program

Persembahan
murid Tahun 2

Hadirin sekalian,
Majlis diteruskan lagi dengan persembahan sketsa
muzikal yang akan dipersembahkan oleh murid tahun 2.
Persembahan sketsa yang bertajuk Pengembala Dan
Biri-biri ini mendapat bimbingan daripada Ustazah Siti
Mahani dan Cikgu Sophia Manju. Dipersilakan.

***
Demikianlah persembahan sketsa yang sangat
menghiburkan tadi. Semoga pengajaran daripada
persembahan murid-murid Tahun 2 tadi dapat kita
hayati bersama. Terima kasih diucapkan.

TEKS MC_Kak Fizah

Penyampaian sijil
Graduasi

Hadirin-hadirat yang dihormati.


Kita akan meneruskan acara kita dengan penyampaian
Sijil Graduasi bagi murid pra sekolah dan murid Tahun 6.

Untuk itu, majlis sekali lg mempersilakan Yang Dihormati


Puan Mildred ak Chubo, Naib Yang Dipertua
Persatuan Ibu Bapa dan Guru untuk menyampaikan sijil
graduasi kepada murid-murid Pra-sekolah..
Bagi sijil graduasi Pra Sekolah:
*rujuk buku program

TEKS MC_Kak Fizah

Terima kasih diucapkan kepada Puan Mildred.


Seterusnya majlis mempersilakan Yang Berusaha,
Encik Henry Ong Beng Kee, Guru Besar SK SG Durin
untuk menyampaikan sijil graduasi kepada murid-murid
Tahun 6. Dipersilakan.
Bagi sijil graduasi Tahun 6:
*rujuk buku program

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Guru besar


Persembahan
Tahun 3

Seri Andalas nama diberi


Cukup cantik nampak berseri
Murid Tahun 3 sudah menanti
Untuk persembahan penuh seri
Persembahan seterusnya adalah daripada adik-adik
tahun 3 dengan persembahan tarian Jaiho. Dipersilakan.

TEKS MC_Kak Fizah

Demikian tadi persembahan tarian Bollywood yang


mantap daripada adik-adik tahun 3 kita. Persembahan
mereka itu tadi telah mendapat bimbingan daripada
Cikgu Hasmawati dan dibantu oleh Cikgu Norhasimah.

Anugerah
Matapelajaran
terbaik

Majlis akan diteruskan dengan acara penyampaian


Anugerah Matapelajaran Terbaik. Untuk pengetahuaa
hadirin, anugerah ini diberikan kepada murid-murid
yang mendapat pencapaian markah terbaik
matapelajaran untuk sepanjang tahun persekolahan
2013.
Dengan ini, majlis menjemput Encik Salleh ak Ismail,
selaku Guru Penolong Kanan untuk menyampaikan sijil
kepada penerima. Dipersilakan.

TEKS MC_Kak Fizah

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik


Salleh atas kesudian beliau menyampaikan sijil.

Persembahan
kedua pra-sekolah

Acara seterusnya adalah persembahan kedua daripada


adik-adik pra-sekolah kita. Marilah kita sama-sama
saksikan persembahan joget tari oleh adik-adik pra kita.
Dipersilakan.
*
Terima kasih diucapkan kepada adik-adik pra-sekolah
atas persembahan yang begitu mempesonakan.
Diharapkan para hadirin terhibur dengan persembahan
itu tadi.

Ucapan wakil
murid Tahun 6

Bersempena hari Graduasi murid-murid tahun 6 dan


tahun terakhir mereka di Sk Sg Durin, dijemput adik
Presley Paska Ting, sebagai wakil untuk
menyampaikan ucapan daripada murid Tahun 6.
Dipersilakan.
*Terima kasih diucapkan kepada adik Presly. Saya pasti
pihak sekolah sangat berbangga dengan pencapaian
anda semua. Diharapkan murid-murid Tahun 6 terus
bersemangat dan lebih bersedia untuk menghadapi
alam persekolahan menengah pada tahun hadapan.

Sijil penghargaan
Pengawas &Ketua
Kamar Asrama
Ketua Kelas
Penolong

Seterusnya adalah acara penyampaian sijil penghargaan


kepada Pengawas, ketua Kamar Asrama, Ketua Kelas
dan Penolong Ketua kelas.
Dengan ini, majlis menjemput Encik Mohd Fikri selaku
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid untuk
10

TEKS MC_Kak Fizah

menyampaikan sijil. Dipersilakan.


Untuk penyampaian Sijil Penghargaan Pengawas:

Persembahan
tahun 4

Tanpa membuang masa, marilah sama-sama kita


menyaksikan persembahan seterusnya.
Persembahan seterusnya adalah daripada adik-adik
Tahun 4 dengan persembahan Nyanyian Aishiteru.
Untuk pengetahuan para hadirin, persembahan ini telah
mendapat bimbingan daripada Cikgu Ian Felix.
Dipersilakan.

Demikian tadi persembahan Aishiteru oleh adik-adik


tahun 4. Berbakat sungguh anak-anak didik. SK Sg
Durin. Bukan sahaja cemerlang dalam akademik, tetapi
juga pandai menyanyi, menari dan bermain alat muzik.
Semoga mereka diberikan lebih peluang untuk
menunjukkan bakat masing-masing.

11

TEKS MC_Kak Fizah

Sijil kokurikulum
Hadirin sekalian,
Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian sijil
seterusnya, iaitu Sijil Kokurikulum. Dijemput Encik
Phillip ak Tinggi, selaku Penolong Kanan Kokurikulum
untuk menyampaikan sijil kepada penerima.
*

Persembahan
Tahun 5

Terima kasih diucapkan kepada Encik Phillip atas


kesudian beliau menyampaikan sijil kepada penerima.
Majlis akan diteruskan lagi dengan persembahan Tahun
5. Untuk pengetahuan semua, persembahan ini telah
mendapat bimbingan daripada Cikgu Medline Taha.
Hadirin, saksikanlah, persembahan adik-adik Tahun 5,
dengan persembahan nyanyian, Gwiyomi.
*
Demikianlah tadi persembahan yang begitu kreatif
daripada adik-adik tahun 5. Sudah pasti guru-guru tahun
5 sangat berbangga dengan semangat mereka,
terutama Cikgu Medline Taha. Semoga semangat yang
12

TEKS MC_Kak Fizah

ditunjukkan tadi berkekalan hingga ke tahun hadapan.

* skrip dr ckg hairi


Anugerah Juara
Keseluruhan
Olahraga Antara
Rumah

Anugerah Juara
Keseluruhan
Kokurilum

Anugerah seterusnya adalah Anugerah Juara


Keseluruhan Olahraga Antara Rumah, dann, Anugerah
Juara Keseluruhan Kokurilum. Majlis sekali lagi ingin
menjemput En Phillip Tinggi untuk menyampaikan piala
kepada juara.
Jadi rumah manakah yang menjadi juara keseluruhan
pada tahun 2013 ini? Adakah rumah Wira, Waja. Atau
rumah yang bermula dengan huruf S..?
Dengan ini, diumumkan juara Keseluruhan Olahraga
Antara Rumah adalah.. Rumah Satria. Dijemput Ustazah
Siti Mahani untuk mengambil piala bagi pihak Rumah
Satria. Tahniah diucapkan.

Seterusnya adalah Anugerah Juara Keseluruhan


Kokurilum 2013
Terima kasih diucapkan kepada En Phillip atas kesudian
beliau menyampaikan piala kepada pemenang.
Diharapkan dengan kemenangan ini akan menjadikan
pasukan rumah lebih bersemangat dan menjadi cabaran
untuk rumah lain merebut tempat juara pd tahun
hadapan.

13

TEKS MC_Kak Fizah

Persembahan
Tahun 6

Majlis diteruskan lagi dengan persembahan daripada


murid-murid tahun 6, dengan persembahan sketsa
muzikal. Dipersilakan. Untuk pengetahuan, hadirin
sekalian, persediaan persembahan mereka telah
mendapat bimbingan drpd Cikgu Retta ak Sejun.

Bersempena Hari Graduasi Murid Tahun 6 dan Tahun


terakhir mereka di SK SG Durin, seklai lagi dipersilakan
semua murid Tahun 6 untuk membuat persembahan
terakhir mereka, dgn lagu Sahabat.

Terima kasih diucapkan kepada semua murid Tahun 6.


Semoga anda terus kuat dan cekal dalam menghadapi
alam persekolahn menengah pada tahun hadapan.

Anugerah Tokoh
Sukan Murid
Anugerah Tokoh
Murid 2013

Seterusnya adalah acara penyampaian Anugerah yang


terakhir iaitu Anugerah Tokoh Sukan 2013 dan Anugerah
Tokoh Murid 2013.
Anugerah ini telah disepakati oleh badan tertinggi
sekolah dan merupakan Anugerah Khas kepada pelajar.
Semoga Kecemerlangan yang ditunjukkan oleh keduakedua pelajar akan menjadi pendorong semangat
kepada adik-adik yang lain untuk terus menunjukkan
prestasi yang cemerlang pada tahun-tahun hadapan.

Tahniah juga diucapkan kepada semua penerima


anugerah pada hari ini. Semoga dengan
penganugerahan ini akan sentiasa membakar semangat
untuk terus maju dalam pelajaran serta menjadi contoh
teladan kepada murid lain.

14

TEKS MC_Kak Fizah

Majlis penutup
Merdu bertingkah alunan suara,
Kadang tak sedar tersilap kata,
Andai terlanjur patah bicara,
Serendah hati kemaafan dipinta.
Kerjasama tuan-puan sangat dihargai,
Terima kasih sekalung budi,
Kenangan nan indah simpanlah di hati,
Semoga kita berjumpa lagi.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih yang


tidak terhingga diucapkan kepada semua tetamu
jemputan, Ahli Jawatankuasa kerja Majlis Penyampaian
Sijil & Hadiah SK SG Durin 2013, para ibu-bapa, muridmurid dan mereka yang terlibat secara langsung atau
tidak langsung bagi menjayakan malis ini.
Nyanyian Ibu
Pertiwiku

Dgn berakhirnya penyampaian anugerah itu tadi, maka


berakhirlah sudah majlis kita. Untuk itu, semua hadirin
diminta untuk sama-sama berdiri bagi menyanyikan lagi
Ibu Pertiwi.
Dijemput, Puan Mildred, dengan diiringi oleh Tuan Guru
besar untuk menikmati sedikit jamuan ringan.

Pengumuman

Sebelum bersurai, di sini ada sedikit pengumuman.


- Diminta semua murid untuk tunggu di dalam dewan
kerana anda akan diedarkan susu sekolah sebentar lagi.
- Lps habis susu, murid2 RMT dibenarkan untuk keluar
mengambil makanan mereka.

15

You might also like