You are on page 1of 5

SK PUTRAJAYA PRESINT 5(1)

62000 PUTRAJAYA

KERTAS KERJA

PROGRAM READING KINGDOM


HIGHLY IMMERSIVE PROGRAMME
(HIP)

ANJURAN
PANITIA BAHASA INGGERIS
SK PUTRAJAYA PRESINT 5(1)
PROGRAM READING KINGDOM
HIGHLY IMMERSIVE PROGRAMME (HIP)
SK PUTRAJAYA PRESINT 5(1)

1.0 PENGENALAN

Reading Kingdom adalah salah satu program panitia Bahasa Inggeris yang akan
dijalankan di bawah Program Highly Immersive (HIP) yang merupakan satu program
daripada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia. Program ini mensasarkan semua
murid Tahun 1 hingga Tahun 6, semua warga sekolah termasuk ibu bapa dan
komuniti untuk menggunakan bahasa Inggeris dengan lebih meluas.

2.0 TUJUAN

Tujuan Program Reading Kingdom ini adalah untuk mendedahkan murid kepada
penggunaan bahasa Inggeris yang lebih meluas dengan memperkukuhkan
kemahiran mendengar, bertutur dan membaca dalam bahasa Inggeris. Persekitaran
yang diwujudkan melalui pelibatan murid yang lebih aktif dalam aktiviti bahasa
Inggeris serta pelibatan menyeluruh semua warga sekolah mampu membentuk
generasi yang lebih berkeyakinan untuk menggunakan bahasa Inggeris. Kertas kerja
ini dimajukan untuk makluman, serta kelulusan daripada pihak Sekolah Kebangsaan
Putrajaya Presint 5(1).

3.0 OBJEKTIF PROGRAM


3.1 Mewujudkan persekitaran yang mengalakkan pembelajaran bahasa
Inggeris.
3.2 Meningkatkan penggunaan dan penguasaan bahasa Inggeris dalam
kalangan warga sekolah.
3.3 Meningkatkan pelibatan murid secara lebih aktif dalam aktiviti bahasa
Inggeris yang dilaksanakan di sekolah.
3.4 Menggalakkan penggunaan bahasa Inggeris secara berterusan di sekolah.
3.5 Meningkatkan kemahiran mendengar, bertutur dan membaca menggunakan
bahasa Inggeris dalam kalangan murid-murid Tahun 1-Tahun 6 dan warga
sekolah.
4.0 TENTATIF PROGRAMME

Bil. Perkara TAHUN Minggu 1 & 2

1 Listening & Reading Tahun 1 & 2 Selasa

2 Listening & Reading Tahun 3 & 4 Rabu

3 Listening & Reading Tahun 5 & 6 Khamis

Bil. Perkara TAHUN Minggu 3 & 4

4 Listening & Speaking Tahun 1 & 2 Selasa

5 Listening & Speaking Tahun 3 & 4 Rabu

6 Listening & Speaking Tahun 5 & 6 Khamis

5.0 ANGGARAN KOS PERBELANJAAN

Bil. Perkara Unit Kos (RM)

AVF BOOMBOX Mini Portable


1 Speaker with microphone, 40 10 x 99.00 990.00
Watt

2 Brother DCP T720W Printer 1 x 949.00 949.00

3 Black and Colour Ink (BK,C,M,Y) 4 x 34.00 136.00

4 A4 Paper 70 gsm 20 x 13.50 270.00

JUMLAH 2345.00

6.0 SUMBER KEWANGAN

PCG Panitia Bahasa Inggeris, Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 5(1)

7.0 PENUTUP

Program ini merupakan satu usaha untuk meningkatkan dan membantu pengunaan
bahasa Inggeris yang lebih meluas untuk semua pihak bagi membina generasi yang
lebih berkeyakinan dalam mengaplikasikan bahasa Inggeris di dalam kehidupan
seharian. Diharapkan program ini mendapat sokongan semua pihak terutama
pengurusan Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 5(1).
LAMPIRAN
Disediakan oleh, Disokong oleh,

AVF BOOMBOX Mini Portable Speaker with microphone,


40 Watt
(FARAH A’INA BINTI SUDIN (HASNAH BINTI ISNON)
KETUA PANITIA GPK KURIKULUM & PENTADBIRAN,
SK PUTRAJAYA PRESINT 5 (1) SK PUTRAJAYA PRESINT 5 (1)

( November 2021)

Disahkan oleh,

(ZULKIPLE BIN HUSSEIN)


GURU BESAR,
SK PUTRAJAYA PRESINT 5 (1)

You might also like