You are on page 1of 3

SK PETALING JAYA

KERTAS KERJA HIGHLY IMMERSIVE PROGRAMME


PANITIA BAHASA INGGERIS

1.0 NAMA PROGRAM : HIGHLY IMMERSIVE PROGRAMME


Dalam menuju era globalisasi, penguasaan Bahasa Inggeris amat penting di
kalangan masyarakat negara kita terutama sekali bagi warga sekolah khususnya. Selaras
dengan dasar NKRA yang mana salah satu daripada teras utamanya adalah untuk
memartabatkan Bahasa Melayu dan memperkukuhkan Bahasa Inggeris di sekolah.
Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) juga memandang serius dalam
meningkatkan kemahiran berbahasa Inggeris dikalangan guru dan murid-murid serta
komuniti dengan mewujudkan ‘Highly Immersive Programme’ dimana beberapa sekolah
dipilih untuk menjadi perintis program pembudayaan Bahasa Inggeris. Untuk
membudayakan Bahasa Inggeris di peringkat sekolah, pendedahan terhadap Bahasa
Inggeris ini amat penting dan harus dilaksanakan secara konsisten bermula daripada
sekolah rendah lagi. Dalam usaha mewujudkan suasana berbahasa Inggeris,
pembelajaran bukan sahaja boleh dilaksanakan secara formal di dalam kelas tetapi
merangkumi aktiviti-aktiviti yang seronok dan menarik perhatian.

2.0 OBJEKTIF

Program yang dijalankan ini diharapkan dapat

1. Menanamkan minat di kalangan murid, guru dan komuniti terhadap Bahasa Inggeris.
2. Meningkatkan minat murid dalam pembelajaran Bahasa Inggeris di luar kelas formal.
3. Melaksanakan arahan KPM iaitu membudayakan Bahasa Inggeris di kalangan murid,
guru serta komuniti sekolah.
4. Membudayakan Bahasa Inggeris di peringkat sekolah.

3.0 KUMPULAN SASARAN

Murid-murid Tahun 1 - 6
4.0 PELAKSANAAN

Sepanjang tahun

5.0 AHLI JAWATANKUASA HIP

Penasihat : Pn Asiah Bt Amir

Pengerusi : Pn Roselilawathi Bt Maaris

N. Pengerusi : Pn Santhi a/p Marimuthu

Penyelaras : Cik Ramani a/p Manimaran

AJK : Pn Santhi a/p Marimuthu


En. Kalidass a/l Pramkumar
Pn Salamah Bt Jalel
Pn Maureen a/p R. O. Raju
Pn Faridah Bt Ali
Semua AJK PIBG

6.0 ANGGARAN BELANJAWAN

Sumber Kewangan : Belanjawan :

- PCG Panitia Bahasa a) Hadiah Pertama : RM 5 X 18 = RM90


Inggeris
b) Hadiah Kedua : RM4 X 18 = RM 72

c) Hadiah Ketiga : RM 3 X 18 = RM 54

Jumlah : RM 216.00

7.0 AKTIVITI

Tahun 1 Make a Tangram

Tahun 2 Robot Mask

Tahun 3 Word building

Tahun 4 Picture Dictionary


Tahun 5 Proverbs, Idioms Poster

Tahun 6 Scrap Book

8.0 PENUTUP
Diharapkan dengan adanya program-program seumpama ini dapat meningkatkan lagi
minat serta pencapaian murid-murid SK Petaling Jaya dalam penguasaan Bahasa Inggeris.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

…………………………………. ………………………………………….
(CIK RAMANI A/P MANIMARAN) (PN ASIAH BT AMIR)
Penyelaras Program HIP Guru Besar SK Petaling Jaya

You might also like