You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN PANGALAT

WDT 29, 89908 TENOM, SABAH

KERTAS KERJA

MINGGU PANITIA BAHASA INGGERIS TAHUN 2020

SEMPENA PROGRAM SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN

PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN PANGALAT TENOM


1.0 LATAR BELAKANG

Aktiviti Minggu Panitia Bahasa Inggeris ini dijalankan mengikut takwim yang telah ditetapkan.
Aktiviti ini dijalankan sempena Program Sambutan Hari Kebangsaan yang menggabungkan
beberapa panitia untuk menjalankan aktiviti sepanjang bulan kebangsaan.

2.0 OBJEKTIF

Diharapkan agar program ini akan dapat :

1. Mengembangkan bakat murid melalui aktiviti yang dijalankan.

2. Mewujudkan semangat patriotisme dalam kalangan murid.

3. Mewujudkan daya saing yang sihat dalam kalangan murid.

4. Mewujudkan perasaan seronok dalam diri murid – murid di samping memupuk semangat
patriotisme.

3.0 TEMPOH PELAKSANAAN

Aktiviti panitia ini akan dijalankan pada 8 September 2020.

4.0 KUMPULAN SASAR

Aktiviti ini mensasarkan semua murid Tahun 1 hingga Tahun 6 iaitu seramai 58 orang murid.

5.0 AHLI JAWATANKUASA

Penaung : Puan Saibah Sabin (Guru Besar)


Penasihat : Semua Penolong Kanan
Ahli – ahli : Semua guru mata pelajaran Bahasa Inggeris

AKTIVITI PANITIA BAHASA INGGERIS

Aktiviti ini dijalankan di kelas masing – masing dan akan diawasi oleh guru – guru mengikut
jadual waktu kelas.

TARIKH AKTIVITI

8/9/2020 Tahap 1 – membuat bendera negeri – negeri di Malaysia


Tahap 2 – ‘word search’
ANGGARAN PERBELANJAAN

Anggaran kos untuk hadiah berdasarkan kategori yang dipertandingkan adalah seperti berikut :

PERKARA HARGA JUMLAH


JOHAN RM 15 X 6 RM 90
NAIB JOHAN RM 10 X 6 RM 60
KETIGA RM 5 X 6 RM 30
JUMLAH RM 180

PENUTUP

Semoga aktiviti yang dirancang ini akan dapat menambah minat murid – murid terhadap
Bahasa Inggeris dan mendapat pengalaman yang berharga melalui aktiviti yang dilaksanakan.

Disediakan oleh :

______________________

SHAHRIN ABDULAH
Ketua Panitia Bahasa Inggeris
SK Pangalat Tenom

Disahkan oleh :

______________________

SAIBAH SABIN
Guru Besar
SK Pangalat Tenom

You might also like