You are on page 1of 7

PROGRAM 'JOM KE SEKOLAH' SK GELONG

MUKADIMAH
Kejayaan seseorang pelajar selalu dikaitkan dengan pemahaman dan tumpuan pelajar semasa proses
pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Hampir semua pelajar cemerlang menyatakan bahawa rahsia
utama kejayaan mereka adalah memberi fokus dan tumpuan semasa guru mengajar. Justeru,
menghadirkan diri ke sekolah merupakan asas dalam menjayakan proses penyampaian ilmu kepada
pelajar. Pelajar yang hadir ke sekolah berpeluang memberi perhatian dan fokus semasa belajar dan
sebaliknya pelajar yang hadir tidak akan mendapat apa-apa. Malah apa yang lebih membimbangkan
ialah pelajar yang tidak hadir ke sekolah atau ponteng sering pula terlibat dengan pelbagai masalah atau
gejala social yang lain seperti mencuri, merokok, berpeleseran dan sebagainya.

RASIONAL
Terdapat banyak rungutan daripada pihak sekolah bahawa pelajar-pelajar yang lemah dan gagal dalam
peperiksaan merupakan golongan pelajar yang kerap tidak hadir ke sekolah. Jumlah peratus pelajar
yang tidak hadir ini tentulah pula akan turut menyumbang kepada peratus penurunan kecemerlangan
akademik pelajar. Ini kerana walaupun sekolah mengadakan pelbagai program ke arah peningkatan
akademik pelajar tetapi usaha tersebut tidak sampai kepada sasaran yang sebenar disebabkan mereka
tidak hadir ke sekolah. Justeru, program Jom Ke Sekolah inii diharapkan akan dapat meningkatkan
fokus dan keprihatinan pihak sekolah terutamanya Unit Hal Ehwal Murid dalam membantu
kecemerlangan sekolah dengan memaksimakan jumlah kehadiran pelajar ke sekolah.

OBJEKTIF
1. Meningkatkan peratus kehadiran pelajar ke tahap 100 peratus.
2. Mewujudkan satu sistem pengurusan kehadiran pelajar yang efisyen dalam mengawal prestasi
kehadiran pelajar.
3. Mengurangkan gejala disiplin dalam kalangan pelajar.
4. Meningkatkan keprihatinan sekolah dan ibu bapa dalam menangani isu kehadiran dan gejala
disiplin dalam kalangan pelajar.
5. Meningkatkan prestasi kecemerlangan pelajar dalam bidang akademik dan kokurikulum.

SASARAN
Semua pelajar, Semua guru dan Ibu bapa.

PELAN TINDAKAN PROGRAM ’JOM KE SEKOLAH’


1.1 Pembentukan JK dan Mesyuarat JK ‘Jom Ke Sekolah’ peringkat Sekolah
1.2 Taklimat kepada Ahli Jawatankuasa Program dan semua guru.
1.3 Pelancaran program “Jom Ke Sekolah” peringkat sekolah
1.4 Laporan bulanan kehadiran pelajar
1.5 Pemantauan program dan aktiviti sekolah

1.6 Program Khas Pelajar;


1.6.1 Program Ponteng Sifar
1.6.2 Anugerah Kehadiran Terbaik setiap bulan (Pra – Tahun 6)

1.7 Program Khas Keibubapaan;


1.7.1 Surat Makluman/Edaran kepada semua Ibu Bapa
1.7.2 Kempen kesedaran melalui Mesyurat Agung PIBG 2010
1.7.3 Ceramah/taklimat/perbincangan oleh Unit Bimbangan dan Kaunseling

1.8 Pembentangan dapatan/Penilaian (setiap bulan- dilapor oleh PK HEM sekolah ranking ke
berapa)
SEKOLAH KEBANGSAAN GELONG,
06000 JITRA,KEDAH.
PROGRAM SEKOLAH PENYAYANG

1. Tujuan Program Sekolah Penyayang adalah bertujuan agar warga sekolah mengamal dan
membudayakan sikap kasih saying di sekolah.

2. KONSEP
Penyayang bermaksud perbuatan atau perlakuan menyayangi, mengasihi dan bersifat belas
kasihan serta menghaormati orang lain. Ini bermakna setiap warga sekolah akan memiliki sifat
kepedulian terhadap satu sama lain dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap
mesra, mengambil berat, berbudi Bahasa, saling menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan sabar.

Guru-guru yang penyayang akan menyedari bahawa murid-murid merupakan aset penting yang
perlu diberi perhatian, dijaga, dibimbing, dihargai dan disayangi setiapmasa.
Membudayakan amalan penyayang merupakan satu sifat profesional antara guru , murid, ibu
bapa, komuniti dan masyarakat.

3. OBJEKTIF
3.1 Semua warga sekolah dapat menjiwai budaya Sekolah Peyayang
3.2 Sentiasa menyedari kehadiran warga sekolah adalah aset penting kepada sekolah
terutamanya murid-murid.
3.3 Sentiasa menghargai antara satu sama lain

4. JAWATANKUASA KERJA

Penasihat : Puan.Hajah Shakirah Bt Ishak ( Guru Besar )

Pengerusi : Encik Zulkarnain Bin Muhammad ( GPK HEM )


Timbalan Pengerusi : Encik.Basri Bin Yusoff ( GPK 1 )

Encik Khairool Anuar Bin Hashim ( GPK Koku )

Setiausaha : Puan. Norhatini binti Abd Hamid

Naib Setiausaha : Encik Roshidi bin Ab Kader (Guru B&K)

Jawatankuasa : Semua guru

Sasaran : Semua murid, guru dan staf sokongan SK Gelong

Tempoh Pelaksanaan : Sepanjang tahun

Aktiviti : Program ini dijalankan secara berterusan berdasarkan pelan

jangka pendek dan pelan jangka panjang secara berfasa. Bagi

fasa pertama, aktiviti yang dicadangkan adalah seperti berikut:

i. Mengalu-alukan kehadiran murid


ii. Pelaksanaan program Mentor Mantee
iii. Hadiah galakan bulanan
iv. Pertandingan Keceriaan Kelas
v. Sambutan Hari Lahir
vi. Majlis untuk persaraan dan pertukaran guru

5. ANGGARAN PERBELANJAAN
SUMBER : Peruntukan PCG Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Gelong, Kelab Guru dan staf
(KBS)SK Gelong dan PIBG

Bil Perkara Jumlah Peruntukan


(RM)
1 Banner Program Sekolah Penyayang RM70.00 PCG B&K
2 Anugerah Kehadiran Bulanan RM20.00 PCG B&K
3 Anugerah Kebersihan dan Keceriaan Kelas RM30.00 PCG B&K
4 Majlis persaraan dan pertukaran guru - KBS
5 Sambutan Hari Lahir - Ibubapa/waris
murid
JUMLAH RM120.0
0

6. PENUTUP
Adalah diharapkan agar dengan terlaksananya program ini akan mencapai objektif seperti yang
digariskan. Komitmen dan kerjasama semua pihak akan merealisasikan harapan semua pihak
terhadap membudayakan nilai kasih sayang.

Disediakan oleh, Disahkan oleh

……………………………............ ……………………………….

(NORHATINI BINTI ABD HAMID)

Setiausaha Program Sekolah Peyayang

SK Gelong
Progra
m Jom
Ke
sekola
h

You might also like