You are on page 1of 4

SK BANDAR BARU SG.

BULOH
47000 SG. BULOH, SELANGOR

KERTAS KERJA

(FAMILY STICK PUPPETS)


TAHUN 2
PANITIA BAHASA INGGERIS
2023/24

Anjuran:
Persatuan Bahasa Inggeris
SKBBSB
1. Pendahuluan

Panitia Bahasa Inggeris , Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Sg. Buloh, merancang untuk
melaksanakan satu program pertandingan yang berupa pendidikan iaitu ‘Four Seasons Tree’
bagi semua murid di Tahun 2. Program ini bertujuan untuk memperkasakan penguasaan
bahasa Inggeris di kalangan murid selain untuk memupuk minat terhadap bahasa ini.

2. Rasional
Program ini dijalankan untuk mempelbagaikan kaedah pengajaran bahasa Inggeris di
kalangan murid. Selain itu, program ini mengadaptasikan kaedah belajar sambil bermain. Ini
dapat membantu penguasaan bahasa Inggeris tahap maksima.

3. Penerangan Aktiviti (Semasa Pertandingan)


Semua murid Tahun 2 akan diberi penerangan mengenai ciri-ciri empat musim yang berbeza
yang terdapat di beberapa buah negara di dunia. Kemudian, murid akan ditunjukkan contoh
pokok empat musim yang telah disiapkan oleh guru. Setelah itu, template pokok empat
musim akan diberikan kepada murid. Murid akan melengkapkan dan menghias pokok empat
musim tersebut dengan menggunakan pensel warna dan bahan hiasan-hiasan lain mengikut
kreativiti masing-masing.

4. Objektif
Adalah diharapkan melalui program ini dapat;

3.1 Menggalakkan serta menarik minat pelajar mempelajari Bahasa Inggeris


sebagai bahasa kedua.
3.2 Mendedahkan pelajar kaedah pembelajaran belajar secara kreatif.
3.3 Mencungkil kreativiti, bakat serta potensi yang ada di kalangan pelajar.

5. Waktu dan Lokasi

5.1 Tarikh : October/November 2023


5.2 Tempat : Dalam kelas

6. Anjuran:

Panitia Bahasa Inggeris SK. Bandar Baru Sg. Buloh.

7. Sasaran

Semua murid Tahun 2

8. Anggaran Perbelanjaan

No Item Kuantiti RM
1. Hadiah
- Tempat pertama @RM 8.00 9 RM 72
- Tempat kedua @ RM 7.00 9 RM 63
- Tempat ketiga @ RM 6.00 9 RM 54
- Tempat keempat @ RM 6.00 9 RM 54
- Tempat kelima @ RM 6.00 9 RM 54

JUMLAH RM 297.00
9. Ahli Jawatankuasa:

Penasihat : En Saffie bin Ismail


(Guru Besar SK Bandar Baru Sungai Buloh)
Pen. Penasihat : Pn Che Haslina binti Che Abd Hadi
(GPK Pentadbiran)
Pengerusi : Pn Aasha Prabba a/p Vadiveloo
(Ketua Panitia)
Penyelaras Program : Cik Barathimani a/p Subramaniam
Penolong Penyelaras : Puan Mazni bt Ismail
Setiausaha : Pn. Nor Amirah Bt Abdul Rahim

10. Penutup

Diharapkan program ini dapat membantu peserta dalam meningkatkan penguasaan dalam
bahasa Inggeris dalam pembelajaran mahupun pertuturan. Ianya dapat dijadikan penarik
dalam merealisasikan hasrat kerajaan untuk memperkayakan bahasa Inggeris di sekolah.

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Disediakan oleh,

……………………………………
(BARATHIMANI A/P SUBRAMANIAM)
GURU BAHASA INGGERIS TAHUN 2

Disemak oleh,

…………………………………………
(AASHA PRABBA A/P VADIVELOO)
KETUA PANITIA BAHASA INGGERIS
SK BANDAR BARU SG. BULOH

Disahkan oleh,

……………………………………………..
(EN SAFFIE BIN ISMAIL)
GURU BESAR
SK BANDAR BARU SG. BULOH

You might also like