You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN JENDERAM HILIR,

43800 DENGKIL,
SELANGOR.

KERTAS KERJA
PROJEK KMR 2019
TAJUK : REPLIKA MASJID

22 JULAI HINGGA 22 OGOS 2019

ANJURAN
UNIT AKADEMIK
PANITIA PENDIDIKAN ISLAM
1. NAMA AKTIVITI
Replika Masjid

2 LATAR BELAKANG
Program Pembelajaran Berasaskan Projek ini akan diadakan pada 22 Julai hingga 22
Ogos 2019. Ia diadakan bagi membantu murid menguasai pengetahuan dan kemahiran dalam
PdPC. Pelbagai aktiviti yang dicadangkan akan dijalankan secara berkumpulan yang melibatkan
aktiviti hands on. Semua guru Pendidikan Islam, Bahasa Melayu, Bahasa Arab, Pendidikan Seni
Visual dan RBT akan terlibat dalam program ini.

3 JUSTIFIKASI
Program Pembelajaran Berasaskan Projek ini dipilih sebagai salah satu program penting
dalam Projek Transformasi Sekolah dan akan diteruskan pada tahun-tahun hadapan. Ini adalah
kerana ia memberi banyak manfaat dan bertujuan untuk menanam minat murid dalam sesi PdPc
yang menarik serta menambah pengetahuan kepada murid-murid. Di samping itu, kami juga
berharap dengan adanya program ini, ia dapat mencungkil dan mengasah bakat serta kemahiran
murid. Program ini merupakan platform dalam bidang akademik yang dapat menjana idea murid
untuk menghasilkan sesuatu inovasi yang baru.

4 MATLAMAT
1. Meningkatkan kolaborasi dalam kumpulan.
2. Melibatkan banyak Need to Knows pada pihak guru dan murid.
3. Menggalakkan penggunaan pelbagai kemahiran dan pengetahuan.
4. Menyediakan peluang yang luas kepada murid untuk membuat pilihan sepanjang projek.
5. Memupuk sikap berdaya saing di kalangan murid untuk mencapai pembelajaran ke
peringkat yang lebih maju.
6. Menggalakkan perbincangan secara aktif dan kolabaratif di antara murid.
7. Menyediakan proses pembelajaran sebenar yang dilalui oleh murid dan menyerupai
pekerjaan dalam dunia yang sebenar

5 TARIKH
22 Julai hingga 22 Ogos 2019
MASA
11.00 pagi hingga 1.00 petang
TEMPAT
Dewan Terbuka SK Jenderam Hilir
6 KUMPULAN SASARAN
33 orang murid tahun 5 Dinamik

7 IMPLIKASI KEWANGAN
PERUNTUKAN TS25
BIL PERKARA KUANTITI HARGA JUMLAH CATATAN
Peralatan KMR
1. i) Bahan-bahan projek
- kertas warna
- manila kad
- polystyrene board
- straw board
- gam multipurpose
- hot glue gun unit RM RM
- pita pelekat
- Batu berwarna akuarium
- Batang aiskrim
-

JUMLAH RM

8 TENTATIF PROGRAM
Program ini dijalankan pada hari persekolahan sahaja iaitu selama 4 minggu seperti jadual di
bawah :

Minggu Pertama

 Taklimat kepada semua guru dan murid


 Pembahagian kumpulan
 Perbincangan projek mengikut kumpulan
 Mencari maklumat
 Membentangkan draf projek

Minggu Kedua dan minggu ketiga

 Pembinaan projek

Minggu Keempat

 Persediaan tempat
 Showcase / pameran

9 PELAN KONTIGENSI
Program ini melibatkan aktiviti berkumpulan dari kelas tahun 5 Dinamik. Murid perlu
menerangkan hasil aktiviti mereka selepas / semasa kelas Pendidikan Islam, Bahasa Arab,
Bahasa Melayu, Pendidikan Seni Visual dan RBT dan dijalankan di dalam kelas masing-masing.

Disediakan oleh : Disemak oleh : Disahkan oleh

……………………………… …………………………………… ……………………………….


( PN NORAZWA BT BAHARUM ) ( PN. SALMAH BINTI ISMAIL ) ( PN. NORLAILI BINTI MOHD NOOR )
Penyelaras Program Guru Penolong Kanan Guru Besar
SK Jenderam Hilir

You might also like