You are on page 1of 3

LAPORAN PROJEK KEMAHIRAN MEMBINA RANCANGAN ( KMR )

1. Nama Projek : Buku Skrap Keluarga dan Rakan


2. Tarikh pelaksanaan : 06 November 2019
3. Hari / Masa : Khamis (7.30 pagi – 1.00 petang)
4. Tempat : Kelas 1 Wawasan SK Bandar Behrang 2020
5. Objektif :
a. Pada akhir projek ini, murid dapat:
i. menghasilkan sebuah buku skrap mengenai keluarga dan rakan karib;
ii. menghasilkan ayat-ayat mudah bagi menceritakan mengenai keluarga dan
rakan;
iii.
6. Sasaran : Semua murid tahun 1 Wawasan
7. Butiran aktiviti :
a. Guru membina kerangka KMR bagi tahun 1 Wawasan pada minggu pertama.
b. Persiapan pelaksanaan KMR bagi tahun 1 diadakan pada minggu kedua.
c. Penerangan projek pada minggu kedua.
d. Melakukan persediaan projek pada minggu ketiga.
e. Melaksanakan KMR pada minggu keempat.
f. Guru menilai instrumen dan menentukan tahap penguasaan bagi mata pelajaran.
g. Semua guru yang terlibat berbincang bagi menentukan tahap penguasaan yang
sesuai bagi KMR tersebut.
8. Penilaian Program :
9. Kekuatan Program :
a. Murid melaksanakan projek buku skrap secara kreatif.
b. Murid aktif mengambil bahagian dalam aktiviti yang dijalankan.
c. Murid dinilai berdasarkan kemahiran-kemahiran tertentu dalam 4 mata pelajaran
teras iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Metematik.
10. Kelemahan Program :
a. Murid mengambil masa yang agak lama untuk membina ayat di dalam buku skrap.
b. Murid pada tahap BMTPM mengalami kesukaran melaksanakan projek kerana
kemahiran asas 3M masih belum kukuh.
c. Jurang kemahiran murid dalam kelas menyebabkan penilaian KMR ini tidak mampu
untuk menilai murid secara menyeluruh.
d. Penilaian KMR ini hanya mampu menilai pada satu-satu kemahiran tetapi tidak
menilai keseluruhan kemahiran seperti yang telah ditetapkan dalam silibus mata
pelajaran.
11. Cadangan penambahbaikan :
a. Penerangan kepada ibu bapa perlu diperjelaskan supaya tiada murid yang
menyiapkan buku skrap di rumah dengan bantuan ibu bapa
b. Murid perlu didedahkan dengan buku skrap bagi tajuk lain terlebih dahulu.
c. Bagi tahun 1, penilaian ini perlu dilaksanakan secara berasingan dengan mata
pelajaran lain.
d. Boleh dilaksanakan bagi menguji selepas murid betul-betul menguasai satu-satu
kemahiran.
12. Dokumentasi Bergambar :

Murid menyiapkan buku skrap Murid menjawab soalan instrumen

Murid melaksanakan mengikut arahan


Murid mendengar taklimat guru
Disediakan Oleh, Disemak oleh,

………………………….. …………………………..
(SHAFIQ AIZATULLAH BIN (PN. HJH. SITI JAMALIAH BINTI HJ
SHAHARUDDIN) RAMLI)
Guru Kelas 1 Wawasan, Penolong Kanan Pentadbiran,
SK Bandar Behrang 2020, SK Bandar Behrang 2020,
35900 Tanjong Malim, 35900 Tanjong Malim,
Perak. Perak.

Disahkan Oleh,

……………………………………..
(KAMARUL AZIZI BIN OREE)
Guru Besar,
SK Bandar Behrang 2020,
35900 Tanjong Malim,
Perak.

You might also like