You are on page 1of 4

LAPORAN KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SEKOLAH KEBANGSAAN

BANDAR BEHRANG 2020 KALI KE-3 TAHUN 2015

1.0 Tajuk

Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah Kebangsaan Bandar Behrang 2020 Kali Ke-3 Tahun
2015

2.0 Hari, Tarikh, Masa dan Tempat

Hari : Rabu

Tarikh : 29 April 2015

Masa : 2.00 Petang

Tempat : Padang Sekolah Kebangsaan Bandar Behrang 2020

3.0 Anjuran

Unit Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Bandar Behrang 2020 dengan kerjasama Unit Sekolah
Makmal, UPSI dan PIBG.

4.0 Rasional

Kejohanan Sukan Tahunan ini diadakan untuk memberikan pengalaman yang


menyeluruh kepada murid Sekolah Kebangsaan Bandar Behrang 2020 dalam menyertai acara-
acara yang dipertandingkan dalam sesuatu Kejohanan Olahraga. Selain dari itu, ia juga dapat
mencungkil bakat-bakat dalam kalangan murid dalam acara-acara olahraga iaitu acara balapan
dan juga acara padang. Kejohanan ini juga dapat mengembangkan potensi murid secara
seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

5.0 Objektif

Kejohanan Sukan Tahunan ini diadakan berlandaskan beberapa objektif utama. Antaranya
ialah :

i. Memenuhi takwim sekolah untuk mengadakan Kejohanan Sukan Tahunan sebagai


acara tahunan.
ii. Membina kecergasan fizikal dan mental melalui aktiviti sukan bagi membentuk
individu yang cergas dan cerdas.
iii. Memupuk semangat kerjasama dalam kalangan warga SKBB 2020 dalam
mengendalikan acara yang memerlukan kerjasama semua pihak untuk
menjayakannya.
iv. Mewujudkan semangat perpaduan dan kekitaan serta semangat berjuang dalam
kalangan murid-murid dan guru-guru melalui pertandingan antara rumah-rumah
sukan.
v. Memilih wakil sekolah untuk pertandingan pada peringkat daerah, negeri dan
kebangsaan.

6.0 Kumpulan Sasaran

Aktiviti ini diwajibkan kepada semua murid-murid Sekolah Kebangsaan Bandar Behrang 2020
kecuali murid yang mendapat kebenaran pengecualian daripada guru besar atau murid-murid
yang mendapat pengesahan sakit atau tidak boleh menyertai acara ini daripada doktor. Jumlah
keseluruhan peserta ialah 365 orang murid.

7.0 Senarai Jawatankuasa

Rujuk lampiran A

8.0 Pelaksanaan Program

Rujuk lampiran B

9.0 Impak

a) Output

Murid-murid diberi pendedahan untuk mencuba acara olahraga balapan dan padang dan
juga meningkatkan semangat kesukanan dan daya saing yang tinggi dalam diri murid.
Selain itu juga, murid juga diberi peluang untuk mengetengahkan bakat mereka
terutama dalam bidang sukan olahraga lantas melatih murid untuk mencapai tahap yang
lebih tinggi seperti MSSM.

b) Outcome

Murid-murid yang memenangi pertandingan dalam acara masing-masing akan diberi


peluang untuk mencuba sebagai wakil sekolah dalam pertandingan Kejohanan Balapan
dan Padang MSSD Daerah Batang Padang untuk tahun yang berikutnya.
10.0 Isu dan Cabaran
i. Kejohanan Sukan tidak dapat dimulai mengikut masa yang ditetapkan disebabkan
beberapa masalah teknikal.
ii. Majlis perasmian penutup tidak dijalankan kerana terdapat masalah dalam pengurusan
masa.
iii. Majlis perasmian tidak berlangsung dengan lancar.
iv. Masalah kos kerana kurang penaja luar.
v. Terdapat permasalahan dalam penggunaan borang pegawai untuk setiap acara.
vi. Sekolah jemputan bagi acara jemputan tidak disediakan tempat untuk persediaan.
vii. Terdapat beberapa sekolah yang hadir untuk menyertai acara jemputan datang pada saat
akhir.
viii. Berlaku sedikit kecelaruan dalam pemilihan pemenang anugerah olahragawan dan
olahragawati.
ix. Terdapat rumah sukan yang menyerahkan borang penyertaan pada saat akhir.
x. Beberapa orang pegawai hilang semasa tugasan mereka sedang dijalankan.
xi. Pertindihan tarikh sukan dengan sekolah menengah menyebabkan tarikh terpaksa
ditunda ke minggu hadapan.

11.0 Penambahbaikan

i. Jika Kejohanan dijalankan pada waktu petang, masa mulanya Kejohanan hendaklah
dimulakan sedikit lewat seperti jam 2.30 petang, bagi memberi ruang kepada semua
pegawai dan tetamu untuk hadir.
ii. Perlu ditekankan pada kejohanan akan datang supaya upacara perasmian penutup wajib
dijalankan walau dengan menurunkan bendera kejohanan sahaja.
iii. Pegawai yang mengendalikan acara perasmian pembukaan dan penutupan hendaklah
terdiri daripada pegawai yang cekap dan efisien dalam menjalankan tugas.
iv. Masalah kos boleh diselesaikan dengan mengurangkan kos perbelanjaan.
v. Borang kepegawaian hendaklah disediakan lebih awal dan diberi penerangan kepada
pegawai yang bertugas walaupun pegawai tersebut sudah berpengalaman.
vi. Sediakan sebuah bilik khas untuk persediaan peserta jemputan atau khemah khas
peserta jemputan.
vii. Semakan semula dengan setiap sekolah yang dijemput untuk acara jemputan sehari
sebelum acara berlangsung.
viii. Buku peraturan dan undang-undang kejohanan harus diberikan kepada hakim catatan
dalam bagi memudahkan urusan menetapkan pemenang anugerah olahragawan dan
olahragawati.
ix. Borang penyertaan harus diserahkan sekurang-kurangnya dua minggu sebelum acara
kejohanan bermula dan tindakan akan diambil sekiranya ketua rumah tidak
menyerahkan semula borang.
x. Pendaftaran pegawai wajib dilakukan bagi memastikan setiap pegawai berada dalam
kawasan kejohanan sebelum kejohanan bermula.
xi. Kejohanan sukan akan datang boleh dipertimbangkan untuk berkolaborasi dengan
sekolah menengah bagi mengelakkan pertembungan tarikh sukan.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

............................................................................ ............................................................................
(SHAFIQ AIZATULLAH B. SHAHARUDDIN) (TN. HJ. SHAMSUL ALI B. BASIR)
Setiausaha Sukan, Pen. Kanan Kokurikulum,
Sekolah Kebangsaan Bandar Behrang 2020. Sekolah Kebangsaan Bandar Behrang 2020.

Disahkan oleh,

............................................................................
(PN. HJH. NORAISHAH BINTI YUNAN)
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Bandar Behrang 2020.

You might also like