You are on page 1of 7

KERTAS KERJA ACARA MERENTAS DESA

SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR BEHRANG 2020 TAHUN 2020

1.0 Pengenalan

Acara merentas desa merupakan antara acara yang wajib dijalankan setiap tahun dan sebagai acara
pembukaan untuk Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah. Acara ini dapat memupuk gaya hidup sihat
dalam diri murid dan secara tidak langsung menanam semangat persaingan secara sihat di antara semua
murid-murid.

2.0 Rasional

Aktiviti merentas desa merupakan aktiviti luar bilik darjah yang bukan sahaja menyihatkan badan
kepada seseorang murid yang melakukannya, malah mampu meningkatkan tahap sosialismenya jika
dilakukan beramai-ramai lebih-lebih lagi jika aktiviti ini dilakukan bersama rakan-rakan yang berbeza
kaum, budaya dan agama.

Selain itu, aktiviti merentas desa merupakan acara tahunan yang diadakan sebagai tanda
pembukaan aktiviti unit kokurikulum sebelum berlangsungnya Kejohanan Sukan Sekolah. Dengan
pelancaran aktiviti ini, maka ia dapat menyemarakkan semangat murid-murid untuk mengambil
bahagian dalam aktiviti-aktiviti sukan yang bakal berlangsung pada sukan sekolah nanti.

3.0 Objektif

Acara Lari merentas desa ini diadakan berlandaskan beberapa objektif utama. Antaranya ialah :

i. Memenuhi takwim sekolah untuk mengadakan acara merentas desa sebagai acara tahunan.
ii. Membina kecergasan fizikal dan mental melalui aktiviti sukan bagi membentuk individu
yang cergas dan cerdas.
iii. Memupuk semangat kerjasama dalam kalangan warga SKBB 2020 dalam mengendalikan
acara yang memerlukan kerjasama semua pihak untuk menjayakannya.
iv. Mewujudkan semangat perpaduan dan kekitaan serta semangat berjuang dalam kalangan
murid-murid dan guru-guru melalui pertandingan antara rumah-rumah sukan.
v. Memilih wakil sekolah untuk pertandingan pada peringkat daerah.

4.0 Nama Pertandingan

Acara Merentas Desa Sekolah Kebangsaan Bandar Behrang 2020 Tahun 2020.
5.0 Hari, Tarikh dan Tempat pelaksanaan

Tarikh : 17 Januari 2020


Masa : 7.30 pagi – 10.00 pagi
Tempat : Kawasan perumahan Bandar Behrang 2020 (Rujuk Lampiran)

6.0 Penganjur
Unit Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Bandar Behrang 2020

7.0 Tema
“Sukan Menjana Perpaduan”

8.0 Kumpulan Sasaran


Aktiviti ini diwajibkan kepada semua murid-murid tahap 2 (4,5 dan 6) Sekolah Kebangsaan Bandar
Behrang 2020 kecuali murid yang mendapat kebenaran pengecualian daripada guru besar atau murid-
murid yang mendapat pengesahan sakit atau tidak boleh menyertai acara ini daripada doktor. Jumlah
keseluruhan peserta ialah 276 orang murid.

9.0 Kategori Pertandingan


Pertandingan ini dikelaskan kepada beberapa kategori seperti berikut:
i. Tahun 4 lelaki dan perempuan.
ii. Tahun 5 lelaki dan perempuan.
iii. Tahun 6 lelaki dan perempuan.

10.0 Hadiah
Hadiah akan diberikan kepada murid-murid yang menamatkan lariannya dengan sah dari nombor 1
hingga 10 bagi setiap kategori lelaki dan perempuan.

11.0 Anggaran Perbelanjaan


Bil Perkara Kuantiti Jumlah
1. Hadiah RM6.00X60 RM360.00
2. Minum murid RM1.00X276 RM276.00
3. Bahan/Alatan Merentas Desa RM50.00 RM50.00
JUMLAH RM686.00
12.0 Mata Individu Untuk Rumah
Murid-murid yang menamatkan larian secara sah dan di bawah masa yang ditetapkan akan mendapat
mata larian seperti berikut:
Nombor Mata
1 10
2 9
3 8
4 7
5 6
6 5
7 4
8 3
9 2
Sampai ke garisan penamat dalam masa 40 minit 1
Kedudukan rumah dalam pertandingan ini akan ditentukan berdasarkan jumlah mata yang terbanyak.
13.0 Undang-undang dan Peraturan
Rujuk Lampiran B

14.0 Sumber Kewangan


Unit kokurikulum SKBB2020

15.0 Atur cara Acara Merentas Desa


Rujuk Lampiran

16.0 Ahli Jawatankuasa Pelaksana


Rujuk lampiran A

17.0 Lain-lain
 Lampiran C : Pelan laluan merentas desa SKBB2020
 Lampiran D : Susun Atur peralatan dan barang-barang di garisan penamat acara merentas
desa SKBB2020.
18.0 Harapan
Diharapkan program ini berjalan dengan lancar, mencapai objektif yang dirancang dan semoga
kerjasama yang terjalin dapat diteruskan untuk aktiviti sukan tahunan akan datang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

............................................................................ ............................................................................
(SHAFIQ AIZATULLAH B. SHAHARUDDIN) (PN. NORAINI BT MD NOR LAMIN)
Setiausaha Sukan, Pen. Kanan Kokurikulum,
SK Bandar Behrang 2020. Sek. Keb. Bandar Behrang 2020.

Disahkan oleh,

............................................................................
(EN. KAMARUL AZIZI BIN OREE)
Guru Besar,
Sek. Keb. Bandar bandar Behrang 2020.
LAMPIRAN B
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN
ACARA MERENTAS DESA
1. Undang-undang pertandingan.
1.1 Kejohanan ini dijalankan mengikut;
1.1.1. Undang-undang Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM)
1.1.2. Peraturan-peraturan AM Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSMM)
1.1.3. Peraturan-peraturan AM Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia
1.1.4. Peraturan Kejohanan Merentas Desa Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia
(MSSM)
1.1.5. Peraturan Kejohanan Merentas Desa Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Perak

2. Jenis pertandingan I Kategori / Jarak / Laluan


2.1. Pertandingan akan dijalankan secara individu
2.2. Kumpulan Umur dan Kategori adalah seperti berikut;
Kategori Peringkat Umur

Tahun 6 Lelaki dan Perempuan Bawah 12 Tahun

Tahun 5 Lelaki dan Perempuan Bawah 11 Tahun

Tahun 4 Lelaki dan Perempuan Bawah 10 Tahun

PPKI Terbuka

3. Pelan laluan merentas desa.


3.1 Sila rujuk pelan MERENTAS DESA untuk tahun yang berkenaan.

4. Nombor-nombor peserta
4.1. Bagi acara merentas desa tahun 2020 Sekolah Kebangsaan Bandar Behrang 2020,
nombor peserta tidak akan digunakan oleh murid-murid SKBB2020.
4.2. Jika berlaku sebarang perubahan sebelum acara, perkara berikut perlulah dipatuhi iaitu;
4.2.1 Nombor-nombor peserta akan disediakan oleh urusetia.
4.2.2 Tiap-tiap peserta diberi dua nombor untuk dipakai di hadapan dan di belakang.
4.2.3 Peserta-peserta yang tidak memakai nombornya sebagaimana yang didaftarkan
tidak akan dibenarkan bertanding.

5. Bantahan
5.1. Jika ada bantahan sebelum pertandingan dimulakan, maka perkara tersebut boleh
dikemukakan kepada juri rayuan.
5.2. Sebarang bantahan mestilah dibuat tidak lewat daripada 20 minit selepas keputusan rasmi
diumumkan.
5.3. Bantahan boleh dibuat secara lisan oleh peserta sendiri atau wakilnya kepada REFERI.
Sekiranya tidak puas hati dengan keputusan REFERI, bantahan boleh dibuat kepada
JURI RAYUAN secara bertulis mengikut Peraturan KOAM dan MSSM.
5.4. Sebarang permohonan bantahan kepada JURI RAYUAN mestilah dengan secara bertulis
dan ditandatangani oleh pihak yang bertanggungjawab terhadap peserta berkenaan
dengan wang pertaruhan sebanyak RM 50. Wang pertaruhan akan hilang sekiranya
bantahan itu didapati tidak berasas.
5.5. Borang berkenaan dan wang pertaruhan mesti diserahkan kepada Pengurus
Pertandingan.
6. Umur Pemenang
6.1. Umur pemenang-pemenang akan diperiksa sebelum pertandingan dimulakan.

7. Masa Melaporkan Diri


7.1. Peserta hendaklah melaporkan diri 15 minit sebelum acara bermula.
7.2. Hebahan tentang panggilan peserta-peserta untuk melaporkan diri bagi acara-acara akan
dibuat oleh juruacara.

8. Kebenaran Ibu Bapa / Penjaga


8.1. Kebenaran ibu bapa I penjaga adalah perlu bagi semua peserta. Pihak sekolah adalah
bertanggungjawab bagi murid-murid mendapatkan kebenaran ibu bapa I penjaga.

9. Keselamatan
9.1. Jawatankuasa pengelola merentas desa SKBB2020 tidak akan bertanggungjawab
kepada peserta-peserta jika berlaku apa-apa kemalangan I kecederaan I kehilangan
nyawa I harta benda sebelum, semasa atau selepas pertandingan dijalankan. Walau
bagaimana pun segala Iangkah keselamatan akan diambil kira oleh Jawatankuasa
Pengelola.
9.2. Peserta yang meragui tahap kesihatannya sendiri dinasihatkan mendapat nasihat doktor
sebelum bertanding.

10. Cara Pengadilan


10.1. Markah akan diberi kepada rumah sukan yang pesertanya mendapat tempat pertama,
kedua, ketiga dan sehingga tempat ke 10 mengikut jadual mata yang telah ditetapkan.
Murid yang menduduki kedudukan selain daripada itu akan mendapat satu mata, hanya
jika masih berada dalam lingkungan masa yang telah ditetapkan. Markah ini akan
dikumpulkan dan dibawa ke Kejohanan Sukan Sekolah SKBB2020 nanti. Lihat jadual di
bawah sebagai rujukan.
Nombor Mata
1 10
2 9
3 8
4 7
5 6
6 5
7 4
8 3
9 2
Sampai ke garisan 1
penamat dalam masa
40 minit

11. Arah jalan


11.1. Adalah menjadi tanggungjawab setiap peserta-peserta untuk memahirkan diri dengan
arah laluan, semua peserta dinasihatkan berlari mengikut papan tunjuk arah jalan yang
disediakan.
12. Keluar Dari Pertandingan
12.1. Peserta-peserta yang meninggalkan perlumbaan secara sukarela atau tidak melalui laluan
yang ditetapkan akan dibatalkan. Nombor peserta (jika ada) ini akan ditanggalkan oleh
Pegawai.

13. Hadiah-hadiah Individu


13.1. Mengikut budi bicara JK Pengelola.
13.2. Hadiah bagi murid-murid SKBB2020 akan diberi bagi tempat pertama, kedua, ketiga
sehingga tempat kesepuluh bagi setiap kategori.

Kedudukan Tahun 6 Tahun 5 Tahun 4


(Ranking)

Johan Emas Emas Emas

Naib Johan Perak Perak Perak

Ke-3 hingga Gangsa Gangsa Gangsa


10

13.3. Setiap murid SKBB2020 yang menamatkan perlumbaan merentas desa ini tidak akan
menerima sijil penyertaan.

14. Hadiah berkumpulan


14.1. Hadiah berkumpulan akan diberikan kepada tempat pertama dan kedua sahaja.
14.2. Hadiah berkumpulan dikira melalui mata yang dikumpul secara keseluruhan dengan
mencampurkan kategori L12TKB, P12TKB, L11TKB, P11TKB, L10TKB dan P10TKB.
14.3. Peserta yang telah DIBATALKAN penyertaan mengikut frasa 12 tidak akan diambil kira
matanya dalam pengiraan mata kumpulan.
14.4. Hadiah yang disediakan adalah termaktub kepada perubahan dan keputusan pihak
pengurusan.

15. Hak-Hak Jawatankuasa Pengelola


15.1. Tiap-tiap acara yang dijalankan mengikut masa dan tarikh yang ditetapkan boleh dipinda
susunan acaranya oleh Pengurus teknik jika difikirkan perlu.
15.2. Jawatankuasa Pengelola berhak memutuskan sebarang perkara yang tidak tersedia
dalam peraturan am kejohanan merentas desa.

You might also like