You are on page 1of 9

KERTAS KONSEP KEJOHANAN ANTARA RUMAH SUKAN (KARS) 2012 SMV TANJUNG PUTERI, JOHOR BAHRU

PERATURAN AM

1.0

NAMA PERTANDINGAN

1.1 KEJOHANAN ANTARA RUMAH SUKAN (KARS) SMV TANJUNG PUTERI 2012 2.0 OBJEKTIF

Memberi peluang semua pelajar melibatkan diri dalam kokurikulum (sukan) selaras dengan dasar 1 murid 1 sukan Kementerian Pelajaran Malaysia. Mewujudkan aktiviti sukan sepanjang tahun Memanfaatkan prasarana dan peluang untuk menggerakkan aktiviti sukan di sekolah. Memberi dan meningkatkan kesedaran akan pentingnya aktiviti sukan dalam kehidupan seharian Meningkatkan semangat jati diri dalam melahirkan modal insan yang aktif Memupuk kerjasama antara warga sekolah. SUKAN YANG DIPERTANDINGKAN 3.1 3.2 3.3 3.4 3.5 3.6 3.7 3.8 3.9 3.10 Merentas Desa Sukantara Kejohanan Balapan dan Padang Perbarisan Antara Rumah Pertandingan Hiasan Khemah Kejohanan Bola Sepak Kejohanan Bola Tampar Kejohanan Bola Baling Kejohanan Sepak Takraw Kejohanan bola jaring

3.0

1
Kejohanan Antara Rumah Sukan SMV Tanjung Puteri, 2012

Peraturan Am

4.0

JENIS PERTANDINGAN 4.1 Merentas Desa 4.1.1 Berpasukan Mengikut Rumah Sukan 4.2 Sukantara 4.2.1 Berpasukan Mengikut Rumah Sukan 4.3 Kejohanan Olahraga 4.3.1 Berpasukan Mengikut Rumah Sukan 4.3.2 Individu Mengikut Rumah Sukan 4.4 Perbarisan 4.4.1 Berpasukan Mengikut Rumah Sukan 4.5 Pertandingan Hiasan Khemah 4.5.1 Berpasukan Mengikut Rumah Sukan 4.6 Kejohanan Bola Sepak 4.6.1 Berpasukan Mengikut Rumah Sukan 4.7 Kejohanan Bola Tampar 4.7.1 Berpasukan Mengikut Rumah Sukan 4.8 Kejohanan Bola Baling 4.8.1 Berpasukan Mengikut Rumah Sukan 4.9 Kejohanan Sepak Takraw 4.9.1 Berpasukan Mengikut Rumah Sukan 4.10 Kejohanan Bola Jaring 4.10.1 Berpasukan Mengikut Rumah Sukan

5.0 SYARAT PENYERTAAN & KELAYAKAN PESERTA 5.1 Penyertaan adalah terbuka kepada semua pelajar Vokasional dan SKM SMV Tanjung Puteri. 5.2 Peserta yang didaftar bermain mewakili pasukannya hendaklah dari kalangan pelajar-pelajar yang sedang belajar dan didaftar sebagai ahli rumah sukan tersebut 5.3 Peserta-peserta berikut adalah TIDAK LAYAK dan TIDAK BOLEH didaftarkan sebagai pemain untuk rumah sukan berkenaan , jika: 5.3.1 Tidak mendaftar sebagai ahli mana-mana rumah sukan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. 5.3.2 Pelajar tersebut berdaftar sebagai ahli lebih daripada satu rumah sukan. 5.3.3 Pelajar tersebut sedang menjalani tempoh hukuman penggantungan atau buang sekolah.

2
Kejohanan Antara Rumah Sukan SMV Tanjung Puteri, 2012

Peraturan Am

6.0

PENDAFTARAN PESERTA 6.1 Pendaftaran Pemain atau Peserta mestilah menggunakan Borang Pendaftaran rasmi yang disediakan oleh Pihak Pengelola. Borang tersebut hendaklah dihantar kepada Jawatankuasa Pengelola sekurang-kurangnya dua minggu (2) sebelum pertandingan bermula. 6.2 Sebarang pindaan kepada Borang Pendaftaran Pemain atau pendaftaran pemain baru hendaklah dilakukan semasa mesyuarat pengurus-pengurus pasukan. Selepas mesyuarat tersebut sebarang pindaan adalah TIDAK DIBENARKAN. 6.3 Seorang pemain TIDAK LAYAK BERMAIN jika namanya tidak didaftar di dalam Borang Pendaftaran Pemain. 6.4 Untuk pertandingan-pertandingan seperti bola sepak, bola baling, sepak takraw, bola jaring dan bola tampar setiap pasukan wajib terdiri daripada pelajar tingkatan 4 dan 5 sebagaimana ketetapan jumlah pemain dalam jadual yang berikut; BI L 1 2 3 4 5 Jumla h Pemai n 18 12 12 12 14

PERTANDINGAN Bola Sepak Bola Jaring Bola Tampar Sepak Takraw Bola Baling

6.5 Penyertaan bagi setiap jenis sukan/acara setiap pasukan hendaklah mendaftar nama pegawai dan peserta masingmasing kepada Jawatankuasa Pengelola. 6.6 Pendaftaran Peserta hendaklah menggunakan Borang Pendaftaran Rasmi yang telah disediakan oleh pihak pengelola. Semua borang penyertaan mengikut jenis sukan hendaklah sampai kepada pihak pengelola selewatlewatnya 2 minggu sebelum tarikh sesuatu pertandingan bermula. 6.7 Pengesahan pendaftaran dan pertukaran nama peserta boleh dilakukan semasa mesyuarat penguruspengurus pasukan. Selepas mesyuarat pengurus pasukan pertukaran peserta adalah tidak dibenarkan. 3
Kejohanan Antara Rumah Sukan SMV Tanjung Puteri, 2012

Peraturan Am

7.0

BILANGAN PESERTA DAN PEGAWAI 7.1 Bilangan peserta/pegawai bagi setiap rumah adalah seperti berikut: BI L 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 PERTANDINGAN MERENTAS DESA SUKANTARA OLAHRAGA Perbarisan Hiasan Khemah Bola Sepak Bola Jaring Bola Tampar Sepak Takraw Bola Baling PES n.a n.a n.a 25 25 18 12 12 12 14 76 PEN G n.a n.a n.a 1 1 1 1 1 9 JLATI H n.a n.a n.a 1 1 1 1 1 6 JU M n.a n.a n.a 25 25 21 15 14 13 16 10 4

JUMLAH KESELURUHAN

8.0

PROGRAM 8.1 Program Keseluruhan

BI L

ACARA

TARIKH PENDAFTAR AN PESERTA ATAU PASUKAN


Hari Pertandingan Hari Pertandingan 15 Jun 2012 15 Jun 2012 15 Jun 2012 13/2/12 27/2/12 31/1/12 31/1/12 27/2/12

TARIKH PERTANDINGAN

1 2 3 4

Merentas Desa Sukantara

11 Feb 2012 15 Jun 2012 21 Jun 2012 21 Jun 2012 21 Jun 2012 14/2/12 31/1/12 27/2/12 15/2/12 27/2/12
Kejohanan Antara Rumah Sukan 31/1/12 1/2/12 2/2/12 SMV Tanjung Puteri, 2012

Olahraga Perbarisan Hiasan 5 Khemah 6 Bola Sepak 7 Bola Jaring 8 Bola Tampar 9 Sepak Takraw 10 Bola Baling

16/2/12

2/2/12 1/2/12 Peraturan Am

28/2/12

29/2/12

5
Kejohanan Antara Rumah Sukan SMV Tanjung Puteri, 2012

Peraturan Am

9.0

PERATURAN TEKNIK/SISTEM PERTANDINGAN 9.1 Pihak pengelola akan menetapkan sistem pertandingan bagi tiap-tiap acara yang akan dipertandingkan dalam kejohanan ini. 9.2 Semua jenis sukan/acara akan dikelolakan selaras dengan peraturan Badan Kawalan Sukan Antarabangsa dan Kebangsaan berkenaan. TEMPOH PENGELOLAAN/JADUAL PERTANDINGAN 10.1 Pihak pengelola akan menetapkan tarikh dan tempat kejohanan ini akan diadakan. 10.2 Semua jadual pertandingan bagi semua jenis sukan/acara termasuk tarikh, masa dan tempat akan ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengelola. PENANGGUHAN 11.1 Tarikh, masa dan tempat pertandingan yang telah ditetapkan / dijadualkan sama sekali tidak boleh diminta tangguh atau diubah oleh pasukan-pasukan yang mengambil bahagian. 11.2 Jawatankuasa Pengelola adalah mempunyai kuasa mutlak untuk menangguh atau mengubah sesuatu perlawanan dengan diberitahu terlebih dahulu atau diputuskan dengan serta-merta. 11.3 Mana-mana perlawanan yang ditangguhkan menurut para 11.2. di atas, maka jawatankuasa teknik dan pertandingan bagi sukan berkenaan hendaklah menetapkan semula perlawanan yang ditangguhkan itu. KEMUDAHAN 12.1 Jawatankuasa pengelola akan bertanggungjawab untuk menyediakan semua kemudahan dan peralatan pertandingan. 12.2 Pakaian seragam, jersi, peralatan peserta dan sebagainya adalah menjadi tanggungjawab rumah sukan masing-masing. PEGAWAI TEKNIK/JURI RAYUAN 13.1 Pegawai Teknik, Hakim, Pengadil , Penjaga Masa dan sebagainya bagi tiap-tiap sukan/acara akan dilantik oleh Jawatankuasa Pengelola. 13.2 Juri rayuan akan membuat keputusan berhubung dengan masalah-masalah teknik dengan Jawatankuasa 6
Kejohanan Antara Rumah Sukan SMV Tanjung Puteri, 2012

10.0

11.0

12.0

13.0

Peraturan Am

Kecil Teknik sukan/acara masing-masing dan keputusannya termasuk yang berkaitan disiplin adalah muktamad. 14.0 JURI RAYUAN TERTINGGI/JAWATANKUASA TATATERTIB 14.1 Juri Rayuan Tertinggi yang dipersetujui oleh Jawatankuasa Pengelola akan membuat keputusan muktamad berkenaan masalah-masalah berhubung dengan bantahan dan perlanggaran disiplin. 14.2 Juri Rayuan Tertinggi adalah berhak mendapat maklumat-maklumat daripada mana-mana pihak yang berkaitan dengan perkara yang akan dibincangkan untuk keputusan tersebut. 14.3 Jawatankuasa Pengelola boleh melantik mana-mana ahlinya seramai [5] lima orang termasuk seorang Pengerusi dan seorang Timbalan Pengerusi untuk mewakilinya. 14.4 Jawatankuasa Tatatertib/Juri Rayuan adalah terdiri daripada: 14.4.1 Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Pertandingan 14.4.2 Naib pengerusi 1 Jawatankuasa Pengelola Pertandingan 14.4.3 Naib pengerusi 2 Jawatankuasa Pengelola Pertandingan 14.4.4 Setiausaha Jawatankuasa Pengelola Pertandingan 14.4.5 Pengerusi Teknik Pertandingan 14.5 Jawatankuasa ini bertanggungjawab untuk mengambil tindakan yang perlu mengenai disiplin pemain dan pegawai serta sebarang kes yang berkaitan dengan perjalanan kejohanan ini. 15.0 RAYUAN/BANTAHAN 15.1 Sebarang rayuan atau bantahan bolehlah dibuat oleh Pengurus Pasukan secara bertulis kepada Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Pertandingan dalam tempoh tidak melebihi 2 jam selepas tamatnya perlawanan berkenaan dan disertai dengan RM 200.00 (Ringgit: Dua Ratus Sahaja) sebagai wang pertaruhan. Wang tersebut akan dikembalikan jika bantahan itu berjaya. 15.2 Bantahan tidak boleh dibuat terhadap keputusan mengenai perkara-perkara fakta yang dibuat oleh hakim 7
Kejohanan Antara Rumah Sukan SMV Tanjung Puteri, 2012

Peraturan Am

dan pengadil. Keputusan hakim dan pengadil adalah muktamad.

16.0

HADIAH DAN SIJIL PENYERTAAN 16.1 Hadiah dan sijil penyertaan akan disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola. 16.2 Sijil Penyertaan akan diberikan kepada semua peserta yang mengambil bahagian. 16.3 Pingat-pingat pemenang disediakan mengikut bilangan penyertaan dalam setiap acara yang dipertandingkan. SISTEM PEMARKAHAN 17.1 Johan Keseluruhan Kejohanan Antara Rumah Sukan (KARS) 2012 akan ditentukan melalui kaedah berikut: 17.1.1 Rumah Sukan yang mengumpul jumlah mata tertinggi. 17.1.2 Pemenang setiap pertandingan Merentas Desa, Sukantara dan Olahraga akan diberi mata seperti berikut: Johan : 20 mata Naib Johan : 17 mata Ketiga : 15 mata Keempat : 13 mata 17.1.3 Pemenang setiap pertandingan [Bola sepak, Bola jaring, Sepak takraw, Bola Tampar dan Bola Baling] akan diberi mata seperti berikut: Johan : 10 mata Naib Johan : 8 mata Ketiga : 6 mata Keempat : 4 mata 17.1.4 Pemenang setiap pertandingan hiasan khemah dan perbarisan akan diberi mata seperti berikut: Johan : 5 mata Naib Johan : 3 mata Ketiga : 2 mata Keempat : 2 mata

17.0

8
Kejohanan Antara Rumah Sukan SMV Tanjung Puteri, 2012

Peraturan Am

17.1.5 Jika terdapat rumah sukan yang mengumpul jumlah mata yang sama, pemenang akan dipilih berdasarkan mana-mana pencapaian terbaik yang berdasarkan jumlah kemenangan tempat pertama setiap pertandingan, sekiranya masih seri, jumlah kedudukan tempat kedua setiap pertandingan akan diambil kira. 18.0 PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN 18.1 Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam peraturan ini akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola. Keputusan adalah muktamad. KEWANGAN 19.1 Rujuk Lampiran PENUTUP 20.1 Diharap kejohanan ini dapat dijalankan dengan lancar dan teratur bagi meningkatkan mutu sukan dan bertanding dengan penuh semangat kesukanan.

19.0 20.0

Disediakan oleh: Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan Kejohanan Antara Rumah Sukan (KARS) 2012

9
Kejohanan Antara Rumah Sukan SMV Tanjung Puteri, 2012

Peraturan Am

You might also like