You are on page 1of 6

PERATURAN DAN SYARAT-SYARAT KEJOHANAN

PERATURAN DAN SYARAT


Peraturan kejohanan ini dijalankan mengikut peraturan-peraturan Am Majlis Sukan Sekolah-
sekolah Malaysia (MSSM) dan peraturan Larian Merentas Desa MSS Sarawak dan MSS
Malaysia.

1. Nama Kejohanan : Kejohanan Merentas Desa MSSR Zon B dan


Bahagian Kuching 2019
2. Tarikh Kejohanan : 15 Januari 2020 (Rabu) : Zon B
20 Januari 2020 (Isnin) : Bahagian Kuching
3. Masa Kejohanan : 7.00 Pagi – 11.30 Tengahari
4. Tempat Kejohanan : SK Rampangi : Zon B dan
Lundu (Bahagian)

5. Kategori Kejohanan dan Jarak


Bil Kategori Had Umur Jarak Laluan

1 Lelaki 12 TKB Lahir pada tahun 2008 4 km

2 Perempuan 12 TKB Lahir pada tahun 2008 4 km

5.1 Kejohanan ini terbuka kepada semua pelajar yang menjadi ahli.
5.2 Kejohanan ini terbahagi kepada 2 kategori seperti dinyatakan di atas.
5.3 Semua sekolah dalam MSS Gabungan Kuching dibenarkan menghantar satu
pasukan sahaja bagi setiap kategori mengikut had umur yang dipertandingkan.
5.4 Setiap pasukan / sekolah hanya dibenarkan untuk mendaftar minimum 6 orang
dan maksimum 8 orang peserta bagi setiap kategori umur.
5.5 Pasukan / sekolah yang gagal menubuhkan pasukan seperti yang dinyatakan di
peraturan 5.4, sekolah berkenaan masih boleh menghantar peserta untuk acara
individu.
5.6 Kesemua (8 orang) peserta yang didaftarkan layak untuk bertanding.

6. Pendaftaran
6.1 Pelajar yang didaftarkan hendaklah warganegara.
6.2 Pendaftaran peserta hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Pendaftaran
Rasmi yang disediakan oleh JK Pengelola (BORANG A)
6.3 Butir-butir tentang seseorang peserta hendaklah dilengkapkan dan disahkan oleh
pengetua / pengurus pasukan. JK berhak untuk menolak mana-mana borang
pendaftaran yang tidak lengkap.
6.4 Peserta-peserta yang akan didaftarkan wajib membawa kad pengenalan asal atau
yang setaraf dengannya sebagai pengesahan rasmi semasa hari pendaftaran /
kejohanan. Surat akuan, surat sumpah dan sebagainya TIDAK AKAN DITERIMA
(Rujuk Peraturan Am 4 MSSM)
6.5 Dokumen lain seperti salinan kad pengenalan (Fotostat) dan sijil lahir juga tidak
akan diterima walaupun telah disahkan oleh pengetua masing-masing.
6.6 Borang pendaftaran hendaklah diisi dalam tiga salinan dan diserahkan kepada
sekolah pengelola.
7. Penetapan pungutan mata bagi berpasukan
7.1 Kejohanan ini dijalankan secara individu dan berpasukan.
7.2 Setiap pasukan boleh menurunkan kesemua 8 orang peserta dalam setiap
kategori.
7.3 Walau bagaimanapun, mata daripada 6 peserta terbaik/ terpantas dalam pasukan
yang menamatkan larian akan diambil kira untuk menentukan kedudukan
pasukan.
7.4 Pemberian markah adalah sepadan dengan kedudukan setiap peserta yang
menamatkan larian yang telah memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan
adalah seperti berikut :
7.4.1 Tempat Pertama = 1 markah
7.4.2 Tempat Kedua = 2 markah
7.4.3 Tempat ketiga = 3 markah dan seterusnya.
7.5 Pasukan yang kurang daripada 6 orang peserta yang telah menamatkan larian
TIDAK LAYAK untuk diambil kira dalam acara berpasukan keseluruhan. Namun
masih layak untuk acara individu dalam kategori yang disertainya.
7.6 Pasukan yang mendapat agregat terendah akan diistiharkan sebagai pemenang.
7.7 Jika berlaku seri, peserta yang keenam terbaik dalam pasukan akan diambil bagi
menentukan pemenang.

8. Penentuan Juara Keseluruhan


8.1 Juara keseluruhan adalah berdasarkan jumlah agregat yang terendah
dikumpulkan daripada 2 kategori yang dipertandingkan.
8.2 Setiap pasukan / sekolah mesti mendaftarkan peserta dalam 2 kategori supaya
layak dipertandingkan dalam juara keseluruhan.
8.3 Jika berlaku seri dalam kiraan agregat, pasukan yang mendapat bilangan Johan
berpasukan yang terbanyak akan dikira sebagai pemenang.
8.4 Jika berlaku seri lagi, tempat kedua dan berikutnya akan diambil kira sebagai
penentuan pemenang.
8.5 Sekiranya berlaku lagi keputusan seri, maka pencapaian terbaik pasukan untuk
Lelaki 12TKB diambilkira dalam penentuan kedudukan.

9. Hadiah-hadiah
9.1 Acara Individu
9.1.1 Hadiah individu diberikan kepada pemenang tempat pertama hingga ke 8
bagi setiap kategori.

9.2 Acara Kumpulan


9.2.1 Piala akan diberikan kepada kontigen bagi kategori kumpulan Lelaki dan
Perempuan yang menjadi Johan, Naib Johan dan tempat ketiga.

9.3 Acara Keseluruhan


9.3.1 Piala akan diberikan kepada kontigen yang menjadi Johan, Naib Johan dan
tempat ketiga bagi keseluruhan

10. Nombor Peserta


10.1 Kain disediakan oleh sekolah masing-masing yang bertanding.
10.2 Nombor dan pin hendaklah disediakan oleh sekolah masing-masing mengikut kod
sekolah, seperti yang ditetapkan dalam kejohanan Olahraga MSSM Kuching.
10.3 Nombor peserta hendaklah dipakai semasa melapor / pendaftaran pada hari
kejohanan di kedua-dua belah depan dan belakang baju.

11. Trek / Laluan Larian


11.1 Sila rujuk pada lampiran 1 untuk merujuk kepada laluan larian kejohanan.
11.2 Pasukan / sekolah yang ingin mencuba laluan bolehlah memaklumkannya kepada
pihak pengelola sebelum berbuat demikian.
11.3 Pihak pengelola berhak menukarkan / menambah mana-mana bahagian laluan
yang difikirkan tidak sesuai untuk kejohanan namun demikian penukaran atau
penambahan akan dimaklumkan kepada pasukan / sekolah yang bertanding.

12. Pakaian
12.1 Peserta hendaklah berpakaian sesuai dan kemas. Pakaian hendaklah tidak
jarang, walaupun basah dan tidak menjolok mata.
12.2 Peserta diwajibkan memakai kasut sepanjang larian dijalankan. Kegagalan untuk
membuat demikian, peserta boleh dibatalkan hak penyertaannya. (akan
diputuskan semasa mesyuarat pengurus pasukan)

13. Bantahan
Segala bantahan hendaklah dibuat mengikut peraturan 147 KOAM, kecuali perkara-
perkara berikut:
13.1 Segala masalah berkaitan dengan kelayakan (status) seseorang peserta yang
tidak dapat diselesaikan dengan memuaskan sebelum kejohanan bermula, maka
peserta tersebut boleh mengambil bahagian di bawah bantahan (under Protest)
dan perkara tersebut akan dikemukakan kepada PP D kemudian.
13.2 Bantahan bertulis hendaklah dilakukan dalam masa tiga puluh minit (30 minit)
selepas keputusan rasmi diumumkan dan disertakan dengan wang bantahan
sebanyak RM50.00 sahaja.

14. Melaporkan diri (peserta)


14.1 Semua peserta mesti melaporkan diri sekurang-kurangnya 40 minit sebelum
waktu acara berkenaan dijadualkan berlangsung.
14.2 Peserta-peserta hendaklah berpakaian dan nombor-nombor mereka mesti
disematkan dengan pin pada setiap penjuru di baju larian masing-masing.

15. Memanaskan badan


15.1 Peserta-peserta hanya dibenarkan memanaskan badan di tempat yang telah
ditetapkan.

16. Hak-hak Jawatankuasa Pengelola


16.1 Tiap-tiap acara dijalankan mengikut tarikh dan waktu seperti yang telah ditetapkan,
tetapi jawatankuasa pengelola dengan persetujuan pengerusi teknik berhak
meminda susunan acara jika difikirkan perlu. Jika berlaku pemindahan, pengurus-
pengurus pasukan akan diberitahu.
16.2 Jawatankuasa pengelola berhak memutuskan sebarang perkara yang tercatat
atau tidak tercatat dalam undang-undang Am MSSM atau peraturan kejohanan.

17. Hal-hal lain


17.1 Tempat-tempat khas akan disediakan untuk peserta-peserta dan pegawai.
Individu yang tidak berkenaan DILARANG masuk ke tempat-tempat khas yang
disediakan oleh pengelola.
17.2 Selain daripada pegawai-pegawai teknik yang bertugas dan peserta yang
mengambil bahagian, TIDAK SESIAPA PUN DIBENARKAN MASUK KE ARENA
KEJOHANAN KECUALI DENGAN KEBENARAN PENGURUS KEJOHANAN.
17.3 Jawatankuasa tidak bertanggungjawab ke atas kemalangan, kematian, kecacatan
anggota, kehilangan anggota badan dan harta benda atau sebarang kecederaan
lain yang berlaku pada :
17.3.1 Semasa perjalanan pergi dan balik di sekolah masing-masing ke tempat
kejohanan.
17.3.2 Semasa kejohanan dijalankan.
17.3.3 Di dalam dan luar sekolah, di tempat kejohanan serta di tempat
penginapan peserta.
17.3.4 Walau bagaimanapun, pihak pengelola kejohanan akan berusaha untuk
mengambil langkah-langkah bagi memastikan keselamatan dan
kesejahteraan peserta dan pegawai terjamin setakat mana yang mampu
dan munasabah.

ATURCARA KEJOHANAN

15.01.2020 (Rabu) : Zon B Kuching


Tempat Pendaftaran : SK Rampangi

Masa Perkara Tindakan

7.00 pagi Ketibaan pasukan Juru Hebah

7.15 pagi Pendaftaran peserta Pendaftaran

7.30 pagi Taklimat laluan

Pelepasan peserta lain


8.00 pagi
- Lelaki 12 TKB
- Perempuan 12 TKB
10.45 pagi Penamat larian

Penyampaian hadiah dan penutupan rasmi

11.00 pagi - Ucapan Guru Besar


- Ucapan PPD Kuching
- Pengumuman keputusan dan
penyampaian hadiah kejohanan.
11.30 tengahari Bersurai
PEMBAHAGIAN KOD-KOD SEKOLAH TAHUN 2020
Kod dan
Bil Sekolah
No.Peserta
1 SK Bako A 001
2 SK Bandar Samariang B 001
3 SJK Bintawa C 001
4 SK Geobilt D 001
5 SK Buntal E 001
6 SK Encik Buyong F 001
7 SK Gita G 001
8 SK Senari H 001
9 SK Gersik I 001
10 SK Astana J 001
11 SK Matu Baru K 001
12 SK Tabuan L 001
13 SK Tabuan Hilir M 001
14 SK Muara Tebas N 001
15 SK Pajar Sejingkat O 001
16 SK Pasir Pandak P 001
17 SK Pulo Q 001
18 SK RPR Jln Astana R 001
19 SK Semerah Padi S 001
20 SK Santubong T 001
21 SK Samariang U 001
22 SK Rakyat Tupong V 001
23 SK Salak W 001
24 SK Muhibah X 001
25 SJK Chung Hua Buntal Y 001
26 SK Gita 2 Z 001
27 SK (A) DHAKH AG 001
28 SJK Sungai Apong SA 001
29 SK Siol Kanan SK 001
30 SJK Chung Hua Pending CP 001
31 SK Rampangi RP 001
32 SJK Chung Hua Sg Buda QA 001
BORANG PENYERTAAN
KEJOHANAN MERENTAS DESA ZON B KUCHING 2020

Sekolah
PengurusPasukan
Penolong Pengurus Pasukan
Jurulatih
Guru Pengiring

Kategori : LELAKI 12 TKB


Bil Nama Peserta No Peserta No Kad Pengenalan
1
2
3
4
5
6
7
8

Kategori : PEREMPUAN 12 TKB


Bil Nama Peserta No Peserta No Kad Pengenalan
1
2
3
4
5
6
7
8

Tandatangan Pengurus Pasukan, Tandatangan Guru Besar,

........................................................... ...........................................................
( ) ( )

No.telefon:

You might also like