You are on page 1of 4

TARIKH TUTUP PENYERTAAN

06 Mei 2017 (Sabtu)


7.30 Pagi

PERTANDINGAN BOLA SEPAK 7 SEBELAH


PERSATUAN IBU BAPA & GURU SK ULU SUNGAI SENGAN,SIBU

BORANG PENDAFTARAN PASUKAN

NAMA PASUKAN :

NAMA PENGURUS PASUKAN : -------------------------------------------------

NO/TELEFON : -------------------------(H/P)

BIL NAMA NO. KAD PENGENALAN ALAMAT

1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

9.

10.

PENGAKUAN DIRI

Saya pengurus pasukan seperti nama di bawah dengan ini bersetuju


mengikut segala undang-undang dan peraturan serta mengikut jadual
yang ditetapkan oleh pihak penganjur dan pasukan saya mengaku tidak
akan mengemukakan sebarang tuntutan terhadap pihak penganjur di atas
sebarang musibah ke atas diri/pasukan saya sebelum, semasa dan
selepas menyertai pertandingan ini

Tandatangan :___________________________ Tarikh


:_________________________
(Pengurus pasukan)
PERATURAN PERMAINAN KEJOHANAN BOLASEPAK 7 SEBELAH PIBG SK
ULU SUNGAI SENGAN,SIBU

1. KELAYAKAN DAN PENYERTAAN

1.1. Pertandingan ini adalah TERBUKA dan tidak tertakluk hanya kepada
warga Malaysia.

1.2 PERTANDINGAN INI ADALAH TERHAD KEPADA 16 PASUKAN


SAHAJA DAN BERDASARKAN KEPADA KONSEP SIAPA CEPAT
YANG MELALUI KRITERIA BERIKUT :

1.3.1 Mendaftar sebelum tarikh tutup DAN;

1.3.2 Yuran telah dijelaskan beserta borang lengkap kepada


pihak urusetia.

1.4 Tempahan penyertaan melalui talian telefon TIDAK


DIBENARKAN bagi mengelakkan pertindihan kuota yang
ditetapkan.

1.5 Keutamaan akan diberi kepada pasukan yang menjelaskan


yuran penyertaan sebelum tarikh tutup.

2. YURAN PENYERTAAN

2.1 Yuran penyertaan adalah RM100.00 (SERATUS RINGGIT SAHAJA)


sepasukan.

2.2 Borang dan yuran penyertaan HANYA boleh diserah kepada pihak
urusetia di lokasi berikut sahaja :

2.2.1 SK ULU SG SENGAN,SIBU (u.p : Cikgu Wandy )

3. TARIKH, MASA DAN LOKASI PERTANDINGAN

3.1 Tarikh pertandingan ialah pada 6 dan 7 Mei 2017 (Sabtu dan Ahad).

3.2 Pertandingan ini akan dijalankan di Padang SK Ulu Sungai


Sengan,Sibu.

3.3 Masa pertandingan ialah 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

4. TARIKH TUTUP, TAKLIMAT DAN UNDIAN

4.1 Tarikh tutup penyertaan ialah pada 6 Mei 2017 (Sabtu) berakhir jam
7.30 pagi.

4.2 Taklimat dan undian perlawanan akan dijalankan pada 6 Mei 2017
(Sabtu) di Dewan RMT jam 8.00 pagi
4.3 Pengurus pasukan atau wakil pasukan WAJIB hadir untuk sesi
taklimat dan juga undian.

4.4 Pihak penganjur berhak menjalankan undian bagi pihak tersebut


sekiranya tiada wakil dan sebarang keputusan adalah muktamad.

5. PENDAFTARAN DAN BILANGAN PEMAIN

5.1 Setiap pasukan adalah dibenarkan mendaftar seramai 10 orang pemain


dan seorang pengurus pasukan;

5.2. Bagi setiap perlawanan, setiap pasukan di benarkan menurunkan


seramai 7 orang pemain dan 3 orang pemain simpanan;

5.3. Setiap pasukan diwajibkan menyediakan sekurang-kurangnya seorang


penjaga garisan.

6. PERATURAN PERTANDINGAN

6.1. Peraturan pertandingan adalah tertakluk kepada peraturan Bolasepak


Antarabangsa (FIFA) dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) serta
peraturan yang ditetapkan oleh pihak penganjur.

6.2 Format pertandingan akan diputuskan mengikut bilangan penyertaan


pasukan dan akan di putuskan semasa sessi taklimat dan cabutan undi
(6 Mei 2017 / Sabtu).

6.3 Pasukan yang bertanding digalakkan untuk mengamalkan konsep Fair


Play di dalam setiap perlawanan di sepanjang kejohanan ini.

6.4 Pihak penganjur berhak membatalkan penyertaan sekiranya


mendapati mana-mana pasukan yang melanggar syarat yang
ditetapkan.

7. BANTAHAN

7.1 Sebarang bantahan hendaklah sampai ke meja urusetia selewat-


lewatnya 30 minit selepas perlawanan tersebut tamat;

7.2 Setiap bantahan mestilah secara bertulis dengan disertakan wang


cagaran bantahan sebanyak RM400.00.

7.3 Wang cagaran akan hilang dan menjadi hak penganjur sekiranya
rayuan atau bantahan ditolak oleh Jawatankuasa Bantahan.

7.4. Keputusan Ahli Jawatankuasa Bantahan adalah muktamad.


8. PAKAIAN PEMAIN

8.1 Setiap pasukan diwajibkan menyediakan 1 SET JERSI bernombor


yang berlainan warna;

8.2 Jika didapati sama warna jersi dalam perlawanan berkenaan,pasukan


pertama yang dipanggil (mengikut jadual perlawanan) dikehendaki
menukar jersi dengan segera.

8.3 Pemain adalah diwajibkan memakai SHINPAD semasa perlawanan.

8.4 Pemain dilarang menggunakan atau memakai sebarang peralatan


berbahaya kepada dirinya atau pemain-pemain lain termasuk sebarang
barang-barangan kemas.

9. KECEDERAAN

9.1 Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat


sebarang kecederaan dan kehilangan barang-barang semasa
pertandingan berlangsung.

10. HADIAH PERTANDINGAN

10.1 Hadiah akan disediakan seperti berikut :

10.1.1 Johan Piala Pusingan + Medal + Hamper


Naib Johan Piala + Medal + Hamper
Ketiga & Keempat Hamper

11. PERCANGGAHAN
Sebarang percanggahan yang tidak disebutkan dalam peraturan ini
akan ditentukan oleh Jawatankuasa Penganjur dan keputusan adalah
muktamad.

12. AM

a. Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi secara terus pihak


URUSETIA pertandingan di talian 019-8798159 (Cikgu Wandy)

You might also like